Monday, November 2, 2009

DUA DUNIA EPISOD 26

Brian jatuh terduduk kerana tumbukan yang dilepaskan oleh Alex tepat mengenai mukanya. Brian memegang hidungnya, menahan darah yang mengalir dari hidungnya.

Brian mula bengang apabila melihat hidungnya berdarah. Perasaan marahnya mula membuak.

“Damn you, Brian!!! I’ll kill you tonight!!!”

Setelah memberikan satu amaran keras pada Brian, Alex pun menyerang Brian semula. Brian segera bangkit dari jatuhnya dan sedia mempertahankan dirinya.

Alex melepaskan satu lagi tumbukan tetapi dapat di tepis oleh Brian. Namun begitu, Alex sempat menendang perut Brian. Brian jatuh lagi tapi segera bangkit. Sudah 2 kali dia dijatuhkan Alex. Maruah Brian mula tercalar.

Puan Lim mula menjerit-jerit menyuruh mereka menghentikan pergaduhan. Encik Lim dan Pak Mahat kelu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan mereka.

Alex dan Brian terus berentap. Mereka saling-saling melepaskan tumbukan dan tendangan. Alex sudah beberapa kali ditumbuk oleh Brian. Darah mula mengalir dari bucu bibirnya. Malah muka Alex juga sudah mula lebam-lebam.

Begitu juga keadaan Brian. Darah mengalir dari bucu bibir dan hidungnya. Tetapi dia masih nekad bertarung kerana dia tahu dia boleh mencabut duri dalam dagingnya jika dia berjaya menghapuskan Alex malam ini.

Alex mula mendapat kuasa dalam pertarungan mereka. Pertahanan Brian mula goyah. Alex pun mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Brian. Brian pun terjatuh setelah dadanya ditendang oleh Alex. 

Tiba-tiba Alex ternampak sebatang kayu di tepi tong sampah yang berada tidak jauh dari situ. Bayangan Darren yang terlantar di hospital akibat kecederaan patah kaki tangan dan tulang rusuk segera menjelma diminda Alex. Kegeraman Alex memuncak. Alex terus mencapai kayu tersebut.

Brian sedaya upaya cuba bangkit. Apabila ternampak Alex mencapai kayu tersebut, Brian segera terduduk kembali. Brian mula berasa takut. Inilah pertama kali dia merasakan ketakutan.

Mungkin inilah perasaan orang yang aku pukul selama ini.

Alex pun menghampiri Brian yang sedang terbaring itu dengan sebatang kayu ditangannya. Dendam mesti dibalas. Alex bagaikan tidak peduli akibat yang bakal diterimanya nanti.

Alex mengangkat tinggi kayu tersebut. Alex mengsasarkan kepala Brian.

“Brian…. Say your last prayer…”

Sebelum sempat Alex menghayunkan kayu tersebut, tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Alex. Alex terkejut. Alex melihat siapa yang menamparnya. Rupa-rupanya Puan Lim telah bertindak untuk melindungi Brian apabila melihat keadaan Brian adalah seperti telur di hujung tanduk.

“You son of a bitch! Don’t ever think you can hurt my son!”

Puan Lim menengking keras. Alex terkejut dengan tindakan Puan Lim. Brian lega ibunya tampil untuk memberikan perlindungan buatnya. Brian pun bangkit dari jatuhnya sambil melemparkan senyuman sinis pada Alex.

Geram Alex melihat senyuman Brian. Alex cuba bertindak tetapi sekali lagi Puan Lim menampar muka Alex. 

Alex terdiam lagi. Sepanjang dia dibesarkan oleh Encik dan Puan Lim, tidak pernah sekali pun Puan Lim menamparnya. Tetapi selepas 25 tahun hidupnya, Puan Lim akhirnya telah menampar Alex. Bukan sekali, tapi dua kali. Hati Alex menjadi sayu.

Puan Lim cuba menampar Alex sekali lagi tetapi Encik Lim telah menahannya.

“Enough!!!”

Puan Lim pun tidak berani bertindak lagi apabila Encik Lim menghalangnya. Puan Lim pun segera mendapatkan Brian. 

Alex hanya mampu melihat Puan Lim yang dipenuhi dengan sifat penyayang itu melihat dan memeriksa muka Brian yang berdarah dan penuh dengan lebam-lebam. Alex berasa cemburu kerana suatu masa dahulu, dia yang menjadi tumpuan Puan Lim. Kini tidak lagi.

“Come on,” arah Encik Lim pada Puan Lim dan Brian. Encik Lim perasan riak muka Alex dan dia tidak mahu Alex melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Puan Lim pada Brian itu.

Mereka segera masuk. Sebelum masuk, Puan Lim berpaling dan melontarkan satu kata-kata yang bakal meremukan hati Alex.

“Hey. Hear this. I don’t want to see you face again near this house. Or maybe I just don’t wanna forever! So, get back to your own poor family and don’t ever come back to this house! You don’t belong here anymore!”

Puan Lim pun berpaling dan terus masuk ke dalam rumah bersama Brian dan Encik Lim. Alex betul-betul terasa hati dengan ayat tersebut. Airmata pun mengalir membasahi pipinya. Hujan pun turun dengan lebatnya seperti memahami hati Alex ketika ini.

Alex tidak berganjak. Dia membiarkan dirinya dibasahi hujan. Baginya, inilah malam dimana dia kini menyedari yang tiada lagi perasaan kasih dan sayang di dalam diri Puan Lim pada dirinya lagi.

Tiba-tiba, ada payung melindungi Alex. Rupanya Pak Mahat yang memayungkan Alex.

“Alex, kita masuk rumah pak cik dulu. Nanti demam pulak kamu ni.”

Alex hanya menganggukkan kepalanya. Dia pun segera menuruti Pak Mahat masuk ke dalam rumah.

========================

“Why do you say that?”

“Say what?”

“That thing… Why do you that to Alex?”

“Why not? He’s hurting our son. And what I said is true.”

Encik Lim terdiam. Sebenarnya kata-kata Puan Lim itu serba sedikit menyakitkan hatinya juga.
Puan Lim sedar yang Encik Lim marah dan sedih dengan kata-katanya. Dia segera bangun dan menghampiri suaminya itu.

“Dear… Listen. Alex is not our son anymore. No. He’s not our son from the beginning. Brian is our son. Brian is our son. Our own flesh and blood. Our heir. We must protect him. Alex is not our son. He has his own family now and I sure he will be happy with them.”

Encik Lim terus diam. Memang ada kebenaran apa yang dikatakan oleh Puan Lim itu.

“Yes. I know. But I think you’re too harsh on Alex. That thing that you said, it’s just too harsh on him.”

“Ok. I admit. That is harsh but that’s the only way to prevent him from hurting Brian again.”

Encik Lim terdiam. Dia sedar yang di dalam hati isterinya, memori bersama Alex telah terpadam untuk selama-lamanya. Tiada apalagi yang boleh mengembalikan rasa rindu dan cinta terhadap Alex dalam diri isterinya itu.

Brian hanya memerhatikan gelagat ayah dan ibunya itu.

So… Mummy ni memang dah tangkap sayang dengan aku. Tapi daddy ni ada perit sikit. Tak pe. Lu tengok la nanti, laki tua. Gua akan buat lu sayang gila kat aku sampai lu akan lupakan Alex sampai bila-bila.

Brian tersenyum sendirian.

============================

Pak Mahat membancuh teh panas untuk tetamunya. Dia juga menyediakan sedikit biskut untuk menjadi bahan kunyah untuk Alex.

Alex berada di ruang tamu. Sambil mengeringkan kepalanya dengan tuala yang diberikan  oleh Pak Mahat, dia melihat gambar-gambar keluarga yang berada di dinding sekeliling ruang tamu itu.

Alex melihat gambar keluarga yang di ambil lebih kurang 5 tahun yang lepas. Di dalam gambar tersebut, Pak Mahat dan isterinya duduk dia atas kerusi manakala 3 orang anaknya berdiri di belakangnya.

Pak Mahat kini berusia 60 tahun. Isterinya, Mak Kiah, pula sebaya dengannya. Tetapi Allah lebih sayangkan Mak Kiah dari semua umat Islam di bumi ini. Mak Kiah meninggal dunia pada 3 tahun lepas. Anak sulungnya, Rahman, juga sudah meninggal setahun yang lepas ketika berumur 31 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Anak keduanya, Razak, berumur 29 tahun dan sudah berkeluarga dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Razak, seorang pegawai kerajaan dan kini berkhidmat di Sarawak. Manakala anak bongsunya, Rohayu, 25 tahun dan sebaya dengan Alex, kini berkerja untuk Petronas dan sedang bertugas di Nigeria.

“Alex, mari minum.”

Alex berpaling. Pak Mahat sedang meletakkan minuman di atas meja. Alex pun segera duduk.

“Nah. Teh panas. Kegemaran kamu kan?”

Alex sedikit terkejut.

“Mana Pak Mahat tahu saya ni minat teh?”

Pak Mahat gelak kecil.

“Kan ke kamu ni selalu main dengan Ayu kat sini. Bila petang je, Mak Kiah kau buatkan air untuk kamu berdua. Ada sekali tu, Mak Kiah buat kopi. Bila kamu minum, kamu terus termuntah. Kamu cakap kamu tak suka kan kopi. Sejak tu, mana ada Mak Kiah buat kopi lagi kalau kamu datang ke sini.”

Alex berasa terharu kerana Pak Mahat masih ingat akan perkara-perkara kecil seperti itu.

“Mesti Pak Mahat sunyi kan tinggal sorang-sorang kat rumah besar macam ni?”

Pak Mahat hanya tersenyum mendengar kata-kata Alex.

“Apa nak buat, Alex…. Mereka semua ada tanggungjawab masing-masing. Tak kan pak cik nak halang diorang dari tinggalkan rumah ni kan?”

Alex hanya mengangguk. Dia terus meminum teh yang dihidangkan oleh Pak Mahat.

Pak Mahat pun menyambung bicaranya.

“Alex…. Dengar sini. Pak cik nak kamu maafkanlah Puan Lim tu. Pak cik tau, bila dia lempang kamu dan bagi kata-kata pedih tadi, kau mesti kecewakan?”

Alex hanya tunduk tanpa menjawab soalan tersebut.

“Apa yang Puan Lim buat tadi tu, adalah untuk melindungi anak dia…”

“Tapi Pak Mahat, Brian tu betul-betul dah pukul kawan saya sampai separuh mati..”

“Ya. Pak cik tau. Tapi kalau ahli keluarga kita kena pukul, mesti la kita nak lindungi dia kan?”

Alex terdiam mendengar kata-kata Pak Mahat.

“Kalau ayah kamu kena pukul walaupun dia yang bersalah, tapi kamu mesti nak pertahankan dia jugak kan?”

Alex angguk.

“Macam ni la, Alex. Kamu lupakanlah dendam kamu dengan Brian tu. Kita doa saja pada Allah agar Brian tu di berikan pembalasan yang setimpal. Lagipun sebagai umat Islam, tak baik kita nak menyimpan dendam ni.”

Alex terus diam. Tetapi dia sedar apa yang diperkatakan oleh Pak Mahat itu benar belaka.

“Kamu tumpukanlah hidup kamu dengan keluarga baru kamu tu. Lupakan Keluarga Lim ni. Ini bukan lagi keluarga kamu. Kamu bukan lagi tinggal di rumah ni. Kamu bukan lagi sesuai di rumah ni.”

Airmata Alex mula mengalir. Pak Mahat sedar yang Alex sedih mendengar penjelasannya itu.

“Maafkanlah pak cik kalau kata-kata pakcik ni menyakitkan hati kamu, Alex.”

“Tak pe. Apa yang pak cik katakana tu semuanya betul. Saya tak boleh hidup dalam masa silam lagi. Saya kena pandang ke depan.”

Pak Mahat lega mendnegar kata-kata Alex itu.

“Alex, baik kamu tumpukan hidup kamu untuk menjadi seorang muslim yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t. samada di dunia dan di akhirat.”

Alex tersenyum. Mungkin itu yang patut dilakukan oleh dirinya sekarang. Dia kini ada family sendiri. Punya kehidupan baru.

“Dah. Habiskan teh kamu tu. Hujan pun dah berhenti. Baik kamu balik. Nanti risau pula emak kamu tu.

Alex angguk dan segera menghabiskan tehnya.

=========================

Baru Alex mahu pulang, hatinya merasa tidak keruan. Mungkin dia perlu melihat Darren kembali. Alex pun segera menukar arah tujuannya untuk kembali ke hospital.

Sebaik sahaja sampai ke wad Darren di tahan, Alex ternampak Kenny bersama-sama dengan kawan mereka yang lain. Langkah Alex termati. Malas pula dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain. Semenjak berpindah keluar dari rumah keluarga Lim, dia tidak pernah berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain kecuali Darren.

Alex pun berpatah balik. Mungkin belum sampai masa untuk dia bersua muka dengan kawan-kawannya yang lain.

Alex segera menuju ke arah lif. Mungkin dia patut mengikut nasihat Pak Mahat supaya terus pulang ke rumahnya.

Pintu lif terbuka. Baru Alex mahu melangkah masuk, tiba-tiba dia tersentak kerana tersua dengan muka yang memang dikenalinya.

Tidak sangka Karren berada di dalam lif tersebut.

======================

“So… Ni semua kerja Brian?”

Alex mengangguk.

“What happen to your face?”

“I go to my… I mean, Brian house and…”

“you fight with him?’

Alex angguk lagi. Alex pun terus menceritakan hal yang sebanr kepada Karren. Dari pergaduhan di dalam disko sehinggalah kisah dirinya ditampar oleh Puan Lim.

“I’m so sorry for you. I just don’t understand why your mummy..”

“She’s not my mummy anymore.”

Karren terdiam.

“Sorry. I just don’t believe that Mrs. Lim slapped you..”

“Just forget about it,” celah Alex sebelum Karen menamatkan ayat tersebut.

Suasana hening seketika.

“Karren, I want you to promise me something,” Alex bersuara semula.

“Yes. What is it?”

“Please… Tolong jauhkan diri you dari Brian. I just have a feeling that he wanted to hurt you. I think you’re next on his list.”

“Me? Why me?”

“Dia tu memang nak sakit kan hati I. Dia nak orang yang I sayang semuanya dimusnahkan. I don’t want you to end up in hospital just like Darren.”

Karren terharu mendengar kata-kata Alex. Nyatalah yang Alex juga masih rindu dan sayang pada dirinya.

“Can you promise me? Please… Tolong jangan rapat atau berkawan dengan Brian…”

“Yes. For you I will.”

Mereka berdua tersenyum kembali. Karren benar-benar gembira melihat senyuman Alex. Ia bagaikan penawar bagi segala kesedihan yang dialaminya semenjak kebelakangan ini.

Karren pun memegang tangan Alex.

“Alex, I love you.”

Alex terdiam mendengar luahan hati Karren. Tetapi di sudut hati Alex, dia memang masih cintakan Karren.

“Karren, will you still love me in the morning?”

“Forever and ever, babe.”

=========================

Kata-kata pengarang

Ramai betul pembaca blog ni yang complain sebab aku ni lambat betul nak update blog ni. Firstly, aku mahu minta maaf banyak-banyak pada kamu semua sebab lambat sangat update blog ni. Aku agak sibuk kebelakangan ini. So aku harap kau semua faham dengan situasi aku ya?

Sunday, October 18, 2009

DUA DUNIA EPISOD 25

“Alex, kau jaga kereta pak cik ni baik-baik tau? Kau jangan la bawak laju-laju sangat. Paham-paham la… Kereta pak cik ni dah season….,” pesan Pak Abas, jiran sebelah rumah, kepada Alex.

“Ok. Pak cik jangan risau,” Alex mula resah.

Banyak cakap pulak orang tua ni. Aku nak cepat pergi hospital ni. Nak tengok Darren.

“Nah. Ni kuncinya,” Pak Abas menghulurkan kunci kereta.

Oleh disebabkan Alex meninggalkan rumah Keluarga Lim sehelai sepinggang tanpa membawa keretanya, Alex kini agak sukar untuk bergerak kemana-mana. Alex juga belum bekerja. Jadi memang sukar baginya untuk membeli kereta buat masa sekarang.

“Terima kasih.” Alex segera menyambar kunci kereta dan terus menghidupkan enjin.

“Alex… Ingat tau. Jangan bawak laju-laju. Karang tanggal pulak enjin kereta aku tu…”

Itulah pesanan terakhir dari Pak Abas yang masih berlegar-legar di dalam benak minda Alex.

Tetapi pesanan itu terpaksa dilupakan. Kini, apa yang ada dalam kepala Alex ialah dia ingin memecut kereta itu secepat mungkin untuk sampai ke destinasi yang mahu ditujunya. 

Minta maaf banyak-banyak la, Pak Abas. Saya betul-betul nak cepat sampai ni.

Destinasi Alex kali ini ialah sebuah rumah yang pernah digelar oleh Alex sebagai syurga duniawi miliknya. Rumah di mana Alex dibesarkan dari kecil sehingga beberapa bulan lepas. Rumah yang banyak menyimpan memori suka dan duka, pahit dan manis dan rumah yang mengajarnya erti kehidupan di dunia ini.

Rumah yang didiami oleh dua insan yang pernah dianggap sebagai ibu dan ayahnya suatu masa dahulu.

Bermacam perasaan bermain dimindanya semasa mahu menuju ke rumah Keluarga Lim. Ada sedikit rasa gembira kerana kembali pulang ke ruamhnya dan berjumpa dengan kedua “bekas” ibubapanya.

Namun hari ini, fokusnya berbeza. Sebab utama dia kembali ke rumah tersebut ialah untuk menuntut bela atas apa yang terjadi pada Darren. Untuk membalas dendam untuk setiap luka dan darah yang mengalir dari tubuh Darren. Untuk melepaskan geram kepada seorang manusia yang tidak berhati perut dan hilang daratan.

Airmata Alex segera meleleh apabila bayangan Darren mula muncul dalam kepalanya. Keadaan Darren yang kini terpaksa bergantung nyawa pada mesin memang menyentap perasaannya.

Alex memang tidak sangka yang Darren akan menerima balasan yang sebegitu rupa dari Brian.

Brian?

Apabila nama itu muncul dimindanya, nafsu amarah Alex mula membuas. Perasaan geram mula mengaburi minda. Hanya darah Brian yang akan membetulkan keadaan ini.

Brian. Siap sedialah kau untuk pergi ke neraka jahanam hari ini.

Perasaan geram telah mendorong Alex untuk terus memecut laju ke arah rumah Keluarga Lim.

======================

Fizan termenung jauh. Dia sendiri tidak sangka yang Brian akan memukul Darren sehingga sedemikian rupa.

Fizan melihat baju yang sedang dipakainya.  Paul Smith ciplak berwarna puitih yang dibelinya di Uptown Danau Kota. Baju putihnya itu ternoda dengan darah Darren yang terpercik setelah dibelasah teruk oleh mereka.

Fizan melihat gelagat Brian dan kawan-kawannya yang lain. Mereka semua sedang bersuka ria tanpa memikirkan apa yang terjadi tadi. Mereka bergelak ketawa bagaikan satu kejayaan yang besar telah dicapai setelah membelesah Darren.

Semuanya sedang menari mengikut alunan muzik techno dan dance yang diputar oleh DJ disko tersebut.

Fizan hanya termenung. Tiada mood untuk mengikut kawan-kawannya yang lain. Fikiranya terus melayang semasa Darren dipukul tadi.

Setelah semua orang mengepung Darren, mereka pun menyerang Darren secara serentak. Tetapi Darren bukanlah lawan biasa yang pernah mereka hadapi sebelum ini. Dada Darren terisi dengan ilmu mempertahankan diri.

Darren berjaya menumbangkan seorang demi seorang lawan yang cuba mencederakannya.

Brian hanya memerhatikan dari jauh. Belum berminat untuk menceburkan diri dalam pergaduhan tersebut.

Akhirnya nasib mula tidak menyebelahi Darren lagi. Jumlah lawannya terlampau ramai. Dia mula menerima tumbukan dan tendangan dari lawan-lawannya. Darren mula berasa letih. Darah sudah pun mengalir dari bucu bibirnya.

Melihat Darren mulai lemah dan tidak bermaya, Brian akhirnya menghidu peluang untuk menamatkan pergaduhan tersebut. Darren pun terus meluru ke arah Darren secara mengejut.

Brian segera menghanyunkan kayu baseball ditangannya sekuat hati dan menghentak dada Brian.

Bunyi tulang patah kedengaran. Mungkin beberapa batang tulang rusuk Darren sudah patah. Darren jatuh ke atas jalan raya. Darren meronta-ronta kesakitan. Kemungkinan organ dalamannya juga tercedera akibat pukulan kayu baseball itu.

Darren cuba bangkit dan mempertahankan diri. Sebelum sempat dia bangun, Brian sekali lagi melibaskan pukulan kayu baseballnya tepat mengenai belakang Brian. 

Darren rebah semula. Brian cuba memukul kepala Darren tetapi Darren sempat menahan hayunan kayu baseball itu dengan tangan kirinya. Akibatnya, tangan kiri Darren pun patah.

Darren berguling-guling di atas jalan raya sambil memegang tangan kirinya. Buat pertama kali dalam hidup Darren, dia merasa kesakitan yang amat sangat.

“Pegang kaki dia! Pegang kaki dia, cepat!!”

Arahan Brian itu segera di patuhi oleh kawan-kawannya itu. Mereka semua memegang dan menegakkan kaki Darren.

“Kau terajang aku dengan kaki kau ni kan? Biar aku patah-patahkan kaki kau macam lidi penyapu hari ni!”

Tanpa belas kasihan, Brian memukul kedua belah kaki Darren sekuat hati dan berulang kali. Darren meraung kesakitan. Salah seorang pengikut Brian segera menutup mulut Darren agar jeritannya tidak didengari oleh orang lain.

Bunyi tulang kaki Darren yang patah kedengaran 2-3 kali. Nyatalah kedua-dua kaki Darren kini sudah patah. Bukan setakat patah dua, mungkin lebih.

Fizan agak terkejut dengan tindakan kejam Brian. Apa yang dilihatnya memang tidak pernah dibayangkannya selama ini. Dia tidak sangka Brian yang dikenali sejak zaman persekolahan itu berubah bagaikan manusia yang tiada perasaan. 

Fizan melihat keadaan sekeliling dengan harapan ada orang awam yang lalu-lalang di situ dan ternampak pergaduhan tersebut. Ini sahaja cara untuk memberhentikan pergaduhan ini.

Darren terus berguling-guling di atas jalan. Kecederaan yang dialaminya semakin lama semakin menyakitkan fizikal dan mentalnya. Darren cuba menggerakkan kakinya untuk bangun dan lari dari situ, tetapi dia tidak dapat merasa kakinya lagi. Arahan otaknya yang mahukan dia bangkit dari situ bagaikan tidak didengari oleh otaknya.

“Kau nak bangun? Nak lari dari aku? Ha… Cuba la bangun kalau boleh.”

Kata-kata sinis Brian itu disambut helai ketawa kawan-kawan lain kecuali Fizan. Tiba-tiba Fizan mula merasa bersalah dan belas kasihan pada Darren.

“Dah la tu, Brian. Cukup-cukup la tu. Aku rasa dia pun dah dapat balasan setimpal dah ni,” pujuk Fizan supaya memberhentikan segala kegilaan Brian.

“Jap, bro. Bagi aku one last shot.”

Brian pun mendekati Darren dengan kayu baseball di tangannya. Fizan dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal dilakukan oleh Brian.

“Woi, bangsat! Aku nak kau ingat baik-baik eh? Don’t you ever mess with me again. Understand?”

Darren tidak menjawab. Sebaliknya dia memberikan satu pandangan tajam pada Brian.

“Sial. Berani kau jeling kat aku macam tu ya?”

Darren pun menghayunkan satu pukulan tepat mengenai kepala Darren. Kepala Darren pecah. Darah mula menyembur keluar dari luka kepala Darren.

Fizan terkejut dengan tindakan kejam Brian. Brian dan kawan-kawan lain terus gamat mengetawakan nasib malang Darren.

“Woi. Kau ni dah kenapa? Aku bawak kau kat sini, suruh enjoy. Yang kau termenung macam ayam berak kapur ni, ape hal?”

Fizan terkejut dengan sergahan Brian.

“Aku rasa, kita tak patut la belasah budak cina tu teruk sangat macam tadi… Kesian dia, beb…”

Brian mula pelik dengan Fizan.

“Kau ni kenapa? Nak kata kau mabuk, aku tengok kau tak sentuh lagi pun air kau tu..”

“Aku tak mabuk. Aku tengah waras ni.”

“Hehehe… Dah la, Fizan. Kau tak payah nak tunjuk kau punya baik la. Kau macam tak biasa je belasah orang…”

“Tapi aku tak patut la belasah dia teruk macam tu. Parah dia kita kerjakan. Aku kesian kalau dia cacat kekal nanti…”

Belum sempat Fizan menghabiskan ayat, Brian pun mencekak Fizan.

“Eh… Kau jangan nak jadi budak baik pulak ni? Kau jangan nak belagak jadi ustaz la,” Brian mula hilang sabar dengan Fizan.

“Kau ni kenapa nak cekik-cekik aku pulak ni?” Fizan menepis tangan Brian.

Oh… Sekarang dah pandai melawan ya?”

“Kau dah banyak berubah. Dulu nama kau Riz, sekarang Brian. Dulu kau gila-gila jugak, tapi ada batas. Sekarang kau dah macam tak de batasan. Kau sanggup buat apa je asal kau puas. Kau dah tak pikir pasal orang,” Fizan mula meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Brian.

“How dare you talk me like that?”

“Tengok. Sekarang kau pun dah asyik speaking je…”

“Hei. Apa guna parents aku hantar aku pegi kelas BI kalau aku tak speaking. What a waste…”

Fizan mula menyampah dengan perangai Brian yang semakin menjadi-jadi lagaknya.

“Dah la, Riz. Ops, silap. Brian. Kau enjoy la dunia baru kau yang kau bangga-banggakan tu…”

Fizan pun berjalan meninggalkan Brian. Brian bengang dengan perangai Fizan.

“Fizan! Don’t go. Nobody walk away from me!”

Fizan buat tidak faham. Dia terus meninggalkan Brian. Fizan sengaja memprovokasi Brian dengan tindakannya itu.

“Woi!!! Babi!!! Blah la kau. Mat rempit macam kau memang sampah jalanan. Mat rempit macam kau memang taraf low life scum. Kau tak layak nak dapat apa-apa dari aku. Mat rempit macam kau memang tak layak nak hang out dengan aku! Kau memang mat rempit hina!”

“Apa kau cakap?”

Brian menoleh ke belakang. Rupa-rupanya kawan-kawan Brian yang yang terdengar maki hamun Brian pada Fizan tadi.

“Kau maki apa tadi? Cuba kau ulang balik…,” salah seorang dari mereka, Samad, bertanya pada Brian dengan renungan tajam.

“Rileks… Aku bukan makan kau orang. Tapi aku Cuma marah kat Fizan je…”

“Tapi ayat kau tu, menghina kita orang ni semua. Kau guna ayat mat rempit. So, lu maksudkan kami semua sekali tau?”

Fizan hanya memandang dari jauh. Dia tersenyum. Nampaknya cara provokasinya telah bekesan. Dalam sekelip mata, semua kawan-kawannya telah berpaling tadah menentang Brian.

“Rilek la. Kita kan geng?” Brian mula memujuk kawan-kawannya supaya bertenang.

“Telajak perahu, boleh di undur. Telajak kata, boleh bawak masuk kubur,” tambah Samad lagi.

“Lu cakap lebih, bai. Lu pun rempit jugak dulu, macam kita orang ni,” tambah sorang lagi kawannya.

Brian mula merasakan yang kawan-kawannya kini sudah hilang rasa hormat padanya. Brian pun berpaling dan meninggalkan mereka. Setelah menjauhkan diri dari mereka semua, Brian berpaling dan menjerit kepada mereka semula.

“Woi! Mat rempit bangsat! Lu orang jangan nak berlagak la. Lu orang tak rasa semua ni kalau aku takde tau!”

Sebahagian mereka yang berada di dalam disko itu terkejut dengan jeritan Brian dan memandang kearah Brian.

“Hari ni, lu orang halau gua ya? Kau tengok nanti. Satu hari nanti, korang semua akan merangkak balik kat tangan aku. Korang tunggu je la hari tu nanti!”

Setelah melemparkan amaran pada “bekas” kawan-kawannya, Brian pun melangkah pergi dari situ. Brian melewati Fizan yang tersenyum sinis sambil memandang Brian.

Brian tidak mengendahkan senyuman Fizan. Dia hanya membendung perasaan amarahnya itu.

Senyum puas-puas. Just wait and see. I will wipe that smile right out of your f*cking face.

Brian terus keluar dari disko. Dalam hatinya dia hanya mahu pulang ke rumah.

=====================

Alex akhirnya sampai di destinasi yang ingin ditujunya.

Alex keluar dari kereta Pak Abas. Dia merenung ke arah rumah Keluarga Lim. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu apabila sampai di depan bekas rumahnya itu.

Tetapi Alex perlu membulatkantekadnya. Apabila bayangan Darren yang cedera parah itu mula timbul didalam bayangannya, rasa amarahnya tiba-tiba membuak-buak.

Aku kena selesaikan malam ni jugak.

 “Brian!! Brian!! Keluar kau, bangsat!! Keluar kalau kau berani. Aku ada hutang nak lunaskan dengan kau ni!!”

Sambil menjerit-jerit, Alex pun mengggegarkan pagar rumah keluarga Lim dengan sekuat hatinya.

Encik dan Puan Lim tersedar dari tidur mereka setelah mendengar bunyi bising diluar. Malah, bukan setakat mereka berdua sahaja. Jiran mereka, Pak mahat juga tersedar kerana keriuhan tersebut.

Encik dan Puan Lim keluar berjumpa dengan Alex. Hati Encik Lim begitu gembira kerana dapat berjumpa kembali dengan Alex. Sementera Puan Lim pula keluar dengan muka masam mencuka.

“What do you want?” soal Puan Lim membuka perbualan.

“I want to see Brian.”

“He went out with his friend.”

Alex kecewa. Sasaran yang dicarinya tiada di rumah.

Keadaan menjadi hening seketika. Perasaan bercampur-Baur antara suka dan duka antara Encik Lim dan Alex. Puan Lim terus masam.

“Why do you want to see Brian?” Encik Lim bersuara semula. Cuba menghilangkan rasa janggal yang menyelubungi mereka.

“Brian and his friend have beaten up Darren badly. Darren has suffered a broken hand. Both of his legs are broken too,” jawap Alex dengan perasaan sebak di hati.

“What? But why?”

“I don’t know. He also smashes Darren head wide open.”

“Wait,” Puan Lim mencelah. “Do you have any prove that Brian do that to Darren?”

Soalan tersebut memang sukar mahu dijawab oleh Alex. Dia memang tiada buki untuk menyabitkan kesalahan tersebut pada Brian tetapi berdasarkan cerita Darren tentang pergaduhan mereka di disko malam sebelumnya.

“I Don’t have any prove. But….”

“No prove? Case close,” Puan Lim segera mematikan ayat Alex.

Encik Lim tidak terkejut dengan sikap Puan Lim yang berubah sejak ketibaan Brian. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dikatakan atau dibuat ketika ini. Pak Mahat pula hanya memerhatikan dari jauh. Dia tidak mahu campur hal keluarga orang lain.

Tiba-tiba ada sebuah kereta sampai di rumah tersebut. Alex merenung tajam ke arah pemandu kereta tersebut.

Pemandu kereta tersebut pun keluar dari kenderaan. Rupanya Brian yang keluar dari kereta tersebut.

Brian agak terkejut melihat Alex berada di rumahnya pada waktu begini. Belum sempat Brian bertanya apa-apa, Alex sudah pun meluru ke arah Brian.

“You son of a bitch! You’ll pay for what you done to Darren!”

Alex pun melepaskan satu tumbukan padu tepat mengenai muka Brian. Darah terpancut dari lubang hidung Brian.

Puan Lim menjerit terkejut. Encik Lim dan Pak Mahat pula terkejut dengan tindakan Alex. 

Satu soalan timbul di dalam kepala merek berdua.

“Patut ke aku masuk campur atau aku biarkan mereka menyelesaikan sengketa mereka sendiri?”

Thursday, October 8, 2009

DUA DUNIA EPISOD 24

Darren menghembuskan asap rokoknya. Dia mencampakkan punting rokok ke dalam longkakng. Darren melihat jam tangannya lagi.

Where the hell is he? He's always late…

Darren menyalakan sebatang lagi rokok. Masuk ni, sudah batang yang kelima Darren hisap sambil menunggu sepupunya, Kenny.

Darren memandang jamnya lagi.

Shit!!!! Dah lambat sejam ni Should I wait for him or I just go in there?

Darren memang malas betul kalau sepupunya itu mengajaknya berhibur di kelab. Bukannya kerana sepupunya itu berperangai tidak senonoh, Cuma Kenny sering lambat kalau berjanji.

Kalau Darren  tidak tunggu dan terus masuk ke dalam kelab, memang tak masuklah si Kenny tu. Kononnya segan masuk kelab seorang diri.

Darren mula bengang. Dia segera menelefon sepupunya. Kedengaran lagu New Devide nyanyian Linkin Park dicorong telefon bimbitnya digunakan oleh Kenny sebagai Caller Ringtone nya.

Lagu nak pakai lagu Transformers. Tapi lembab macam siput.

“Hello…,” Kenny menjawab.

“Hello… Where the hell are you? I’ve been waiting for you for about an hour now!” gertak Darren dengan nada sedikit garang.

“Chill, bro… I’m on my way…”

“Shit!!! Dari tadi pun on the way. Where are you? Johor? It shouldn’t  take this long to reach here..”

“Ok… Ok… Jam la. Sekejap lagi sampai la….”

“I just wait for another 15 minute. If you late, kau masuk la dalam kelab ni sorang-sorang. Do you feel me?”

“Ok.. Ok…”

Talian terputus.

Darren tersenyum seorang diri. Kenny memang sangat takut padanya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

“Are you waiting for someone?”

Darren kenal suara yang datang dari belakangnya itu. Dia pun berpaling untuk melihat siapa gerangan suara tersebut.

Seperti yang di sangkakan, memang Brian. Kelihatan Brian sedang memegang sebatang pemukul baseball di tangannya.

“I think you waiting for Alex…. Right?” tanya Brian lagi.

“No… Not Alex. Why?”

“Hahaha… Poor, Alex. At least, kalau dia yang datang malam ni, he can be the witness.”

“Witness?”

“Yup. Saksi melihat bagaimana kau akan di belasah dengan teruknya sampai masuk hospital…. Or maybe die in my hands.”

Darren tersenyum mendengar provokasi Brian. Geli hatinya mendengar kata-kata provokasi Brian yang langsung gagal sama sekali menakutkan dirinya.

“So, you think you can beat me with that baseball bat?”

“No.”

“No?”

“Yes. I can’t beat alone or with the help of this bat.”

Brian segera memetikkan jarinya. Dengan segera, semua kawan-kawan Brian, termasuk Fizan, mengepung mengelilingi Darren.

Situasi kini berubah. Perasaan cemas dan takut segera menyelubungi diri Darren. Darren pun melihat semua pengikut Brian yang mengepungnya. Kalau termasuk Brian, semuanya dalam 13-15 orang. Darren kini sedar, dia kini dalam situasi merbahaya.

“So, Darren. Kau rasa kau boleh menang lagi ke kali ni? Ramai ni, boleh ke kau menang?”

Darren tidak menjawab. Dia bersedia untuk menghadapi musuh-musuhnya itu.

Brian agak gembira melihat Darren dalam ketakutan.

“Kau tunjuk lagak dengan aku ya semalam. Sekarang baru kau tau, siapa aku ni,” Brian meneruskan provokasinya.

Darren tidak mahu terus bertikam lidah. Dia hanya focus pada musuh-musuhnya.

“Kawan-kawan!!!! Apa tunggu lagi!!! Laukkan dia habis-habis. Jangan kasi tinggal sisa pun.”

Mereka semua terus menyerbu kea rah Darren. Darren kini hanya mampu berdoa dan berharap akan ada orang datang untuk membantunya pada saat-saat genting ini.

==========================================

Hari ini merupakan hari yang paling mengembirakan buat Alex semenjak dia berpindah masuk ke dalam keluarga barunya ini.

Pagi tadi, dia mendapat panggilan dari sebuah syarikat yang mahu menemuduganya untuk bekerja di syarikat tersebut.

Jika Alex berjaya mendapatkan pekerjaan dengan cepat, dapatlah dia menbantu meringankan beban ayahnya. Lebih-lebih lagi, tidak lama lagi Raihana akan melanjutkan pengajiannya di universiti dalam bidang kedoktoran.

“Kenapa abang tersengih je dari tadi ni?”

Alex terkejut. Rupanya tingkah lakunya dari tadi diperhatikan oleh Raihana. Alex berasa sedikit segan.

“Kenapa ni bang? Tersengih je dari tadi…..”

Alex tidak menjawab. Hanya tersenyum.

“Abang dah dapat girlfriend eh?”

“Hish, Rai ni… Ada ke situ pulak. Tak de lah… Tak de kena mengena dengan perempuan ataupun cinta…”

Raihana tersenyum melihat muka Alex yang sudah merah padam itu.

“Habis tu, kenapa bang? Cerita la kat Rai sikit…”

“Abang dapat job interview next week.”

“Ye ke? Congrats… Ingat apa la tadi… Nampak teruja sangat.”

“Mesti la teruja. Abang kesian tengok ayah kerja sorang-sorang. Lagipun tak lama lagi kan Rai nak masuk universiti. Lagipun course medic tu banyak pakai duit.”

Raihana terdiam. Tiba-tiba dia terasa dia bagaikan menjadi beban pada keluarganya.

“Sorry, bang… Tak sangka Rai dah jadi beban untuk abang dan ayah…”

“Hish… Nonsense. Beban apa pulak ni…”

“Ye lah… Abang baru je masuk family ni, tapi dah terbeban dengan Rai. Kalau Rai tahu, Rai ambik course yang senang-senang je… Yang tak pakai banyak duit…”

Alex tersengih mendengar penjelasan adiknya itu.

Sensitive hati adik aku ni.

“Rai… Dah memang menjadi tanggungjawab ayah dan anak lelakinya untuk menanggung keluarganya. Lagipun, abang dah mengabaikan tanggungjawab untuk family kita ni selama 25 tahun. So, dah sampai masanya abang bertanggungjawab atas family kita ni.”

Raihana terharu mendengar kata-kata abangnya. Dia tidak menyangka yang Alex yang baru dikenalinya semenjak beberapa bulan ini adalah jauh lebih baik daripada abangnya yang terdahulu, Riz. 

Raihana melihat Alex sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dan sayang kepada keluarganya. Tidak seperti Riz yang mementingkan dirinya dan langsung tidak pernah ambil tahu mengenai hal keluarga. Sihat dan sakit pening ahli keluarganya yang lain tidak pernah di ambil peduli oleh Riz.

Tetapi Alex berbeza. Alex memang seorang abang yang sering di dambarkan semenjak dari dulu lagi. Seorang abang yang bertanggungjawab dan sedia memberikan pandangan dan nasihat apabila di perlukan.

“Lagipun, rugilah kalau kepandaian Rai ni digunakan untuk ambik course yang senang dan tak mencabar betul tak?” sambung Alex lagi.

Raihana tersenyum mendengar gurauan abangnya itu. Dan Raihana mengenalpasti satu lagi sifat Alex. Pandai mengambil dan menghiburkan hati orang lain.

Telefon bimbit Alex berdering.

“Excuse me. Abang jawab call ni ya?”

“Ok.”

Alex menjawab panggilan tersebut.

“Hello.”

“Hello… This is Alex?”

“Speaking. Who’s there?”

“Kenny. Do you remember me? I’m Darren’s cousin.”

“Yes. I remember. Eemm… Kenapa ni? Macam cemas je bunyinya…”

“Darren. Dia kena pukul. His hands… His legs… Patah. Kepala dia pun pecah…,” Kenny mula tercungap-cungap. Mungkin kerana terlalu cemas.

“What? When? Eemm… Kat mana Darren sekarang?”

“Kat general hospital….”

“Ok. I’m coming.”

Alex memutuskan talian.

“Rai, ayah dengan mak mana?”

“Diorang pergi rumah Pak Deris. Anak Pak Deris bersalin. Entah la kenapa tak lama sangat, tak balik-bailk lagi ni… Kenapa ni, bang?”

“Kalau diorang tanya, cakap abang keluar kejap. Abang keluar kejap… Pergi hospital.”

“Hospital? Kenapa?”

“Kawan abang, Darren. Kena pukul.”

“Ok.”

Alex pun terus bergegas mahu ke hospital. Raihana memerhatikan abangnya itu.

Baru aku nak bermanja dengan abang aku. Dah kena keluar pulak…

=========================

Alex sampai ke hospital. Dia terus pergi ke kaunter untuk mendapatkan maklumat tentang Darren. Setelah mendapat maklumat, Alex terus bergegas menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

Sebaik sampai ke wad rawatan yang ingin dituju, Alex ternampak Kenny. Dia segera mendapatkan Kenny.

“Kenny!”

“Darren!”

“What happen?”

“I exactly don’t know what happen… But I think his was beaten by a group of people. I don’t know who done it.”

“Tell me what happen. From the beginning…"

Kenny pun menceritakan tentang temujanji mereka. Kenny yang tiba lambat tidak tahu apa yang terjadi. Apabila Kenny sampai di tempat kejadian, Darren sudah pun terbaring dan berlumuran darah.

“Kalau lah aku tak datang lambat… Maybe I can help him…”

“Relax… Kau dah inform Parents dia.”

“Dah. Tapi mereka ada kat Australia. Tengah cari flight nak balik dengan segera.”

“What doctor said about Darren?”

Kenny terdiam. Seperti sukar untuk memberitahu Alex.

“Come on… Tell me.”

"Doktor kata, dua-dua kaki Darren patah. Tangan kiri dia pun patah jugak. Tulang dagu dia retak. Ada 3-4 batang tulang rusuk sebelah kiri dia patah jugak… Kepala dia…”

“What abou it? What about his head.”

Kenny mula mengalirkan air mata.

“Kepala dia cedera serius. Macam kena pukul dengan senjata. Kepala dia darah teruk. Darren lost a lot of blood. Doktor kata, kalau sembuh pun mungkin akan meninggalkan effect yang tak baik pada Darren.”

Alex terdiam. Tak sangka kecederaan yang dialami oleh Darren begitu serius.

“Mana Darren? Aku nak tengok dia…”

“Sini….”

Kenny pun membawa Alex ke wad tempat Darren dirawat. Alex telah di bawa ke sebuah bilik di mana di dinding bilik rawatan tersebut, terdapat sebuah cermin besar dimana para pelawat boleh melihat pesakit yang terlantar di atas katil dari luar.

Alex mahu masuk ke dalam bilik rawatan tersebut tetapi dihalang oleh Kenny.

“Kita tak boleh masuk. Doktor Cuma bagi kita tengok dari luar je. Darren ni masih dalam keadaan kritikal.”

Sedih hati Alex melihat keadaan Darren. Hampir keseluruhan badan Darren di balut dengan kain. Kedua-dua belah kaki dan tanggan kirinya telah disimen. Menitis air mata Alex melihat kawan baiknya dalam keadaan demikian.

Di sebelah katil Darren, terdapat 2-3 jenis mesin yang wayarnya dipasang pada badan Darren.

“Itu life supported machine,” terang Kenny, seolah-olah tahu yang Alex tertanya-tanya apa mesin yang berada di sekeliling Darren itu.

“Oh, ya… Kata doktor lagi. Paru-paru Darren pun tercedera jugak. Itu yang buatkan dia lagi teruk sekarang,” sambung Kenny lagi.

“Kenny, you really don’t know who did this?”

“I don’t know. Like I said, bila aku sampai Darren dah habis kena belasah. Nak kata kes rompakan, wallet Darren ada lagi dalam Jeans dia tu…”

Kegeraman dan kemarahan Alex memuncak. Kenny mungkin tidak tahu angkara siapa yang menyebabkan Darren terlantar di hospital. Tetapi Alex seperti sudah menduga perbuatan siapa. Walaupun tiada bukti kukuh, tetapi Alex amat pasti ini semua memang perbuatan ‘dia’.

“Kenny, I have to go now.”

“Where you wanna go?”

“Aku… Aku nak inform kawan-kawan kita yang lain.”

“Ok.”

Alex pun segera beredar.

Tetapi dia bukan, mahu memberitahu tentang kejadian buruk ini kepada kawan-kawan lain. 

Tetapi ingin mencari Brian dengan segera.

Hutang darah, dibalas dengan darah.

Saturday, September 19, 2009

UCAPAN HARI RAYA


Sebenarnya aku ingin menulis episod baru Dua Dunia sebelum berhari raya tetapi aku kesibukan membuat persiapan untuk Hari Raya yang mendatang ini.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan ini (bukan ambil kesempatan pada kaum wanita ya?) untuk memohon maaf kepada semua pembaca Warmness On The Soul dan Tears Don't fall jika ada entri aku yang mengguris perasaan atau membuatkan kamu sakit jiwa ketika membaca entri aku kerana tatabahasa yang berterabur seperti budak darjah 2 atau kesilapan ejaan yang sering aku lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

Thursday, September 10, 2009

DUA DUNIA EPISOD 23

Fara tekun menyiapkan sarapan untuk suaminya yang tersayang. Fara perlu cepat menyiapkan sarapannya kerana takut-takut anaknya akan terbangun nanti.

Anak sulungnya yang berusia 3 tahun itu amat manja dengan dirinya. Jika anak lelakinya itu terbangun dan tidak Nampak Fara di sekelilingnya, pasti anaknya itu akan menangis.

Fara sudah biasa dengan keadaan tersebut. Memujuk anaknya ketika baru bangun tidur adalah perkara yang sering dilakukan. Tapi kalau boleh, dia mahu anaknya bangun dengan aman tanpa perlu menangis.

Sarapan sudah siap. Fara menyediakan mee goring bersama telur goring. Kesempatan hari cuti ini telah diambil sebaiknya oleh Fara memasak untuk suaminya yang tercinta. Kalau hari kerja, memang sarapan di luar sahaja.

“Abang!! Sarapan dah siap.”

Suami Fara turun dari tingkat atas. Suaminya, Kamil, turun dengan senyuman mesra.

“Sayang abang masak apa pagi ni?” tanya suaminya mesra.

“Mee goreng je..”

“Mee goreng? My favorite…”

Mereka makan bersama. Mereka makan sambil berbual mesra. Dari topik anak hingga ke isu semasa.

“Hari ni sayang nak jalan ke mana?”, tanya Kamil pada Fara.

“Kita duduk rumah je boleh taka bang? Fara penat sangatlah minggu ni. Dari hari Isnin sampai hari Jumaat, asyik OT je. Penat la bang…. Kita keluar esok je boleh?”

“Abang tak kisah.”

Setelah selesai bersarapan, Fara mengemaskan  meja makan sementara Kamil pergi ke ruang tamu untuk menghidupkan televisyen. Tiba-tiba, kedengaran ada bunyi ketukan di pintu rumah mereka.

Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni?

Kamil pergi mendapatkan pintu. Setelah membuka pintu, kelihatan  seorang gadis sedang mengusung beg dan menangis teresak-esak.

“Karen?”

“Abang…”

Karen terus memeluk abangnya itu sambil menangis. Tangisannya semakin kuat. Fara yang berada di dapur juga terdengar tangisan tersebut lalu bergegas untuk melihat apa yang terjadi.

Fara agak terkejut melihat kedatangan adik iparnya, Karen, pada pagi hari. Tetapi yang lebih mengejutkan, kenapa Karen menangis?

======================

Telefon bimbit berbunyi. Alex menjawab panggilan tersebut.

“Hello…”

“Hello, my friend,” kedengaran suara Darren di corong telefon.

“Ha.. Why do you call me early in the morning?”

“Haha… I got a great story to tell you, Alex.”

“Great story? What is it?”

“Are you free today?”

“Yes. Why?”

“I’ll pick you up. Kita lepak-lepak sambil borak-borak.”

“Wait a sec… Ni cerita pasal apa yang kau excited sangat nak cerita kat aku ni..”

“About Brian lah…”

“Oh.. How about last night?”

“Rileks.. Jumpa nanti baru cerita. Ok?”

“Ok. Aku tak de hal.”

“Nanti aku jemput kau kat rumah. Dalam pukul 2.”

“Ok.”

Talian terputus…..

======================

Telefon bimbit berbunyi. Fizan yang tersedar kerana bunti telefon bimbitnya yang berkali-kali itu  menjawab panggilan tersebut.

“Hello…”

“Hello! Babi betul. Dah dekat 20 kali aku call baru nak angkat,” marah Brian.

“Oh, ye ke? Lain kali bagi la salam dulu…”

“Bapak kau… Aku bukannya Islam lagi..”

“Oh.. Lupa. Apahal ni?”

“Aku nak jumpa dengan kau. Bawak geng-geng kita sekali.”

“Eh? Apahal ni? Serius je.”

“Memang serius. Aku nak buat plan. Nak belasah orang.”

Fizan teruja.

“Bab gaduh yang best ni. Aku dah lama tak bergaduh ni.”

“Dah, dah. Cepat siap. Kita jumpa tempat biasa.”

“Ok.”

Talian terputus.

============================

 Kamil dan Fara tekun mendengar cerita dari Karen. Karen bercerita tentang apa yang terjadi di rumah ibubapa mereka, kisah percintaan nya dengan Alex yang sudah berakhir dan kisah hidup Alex yang kini telah tinggal dengan keluarga barunya.

Mohd Kamil Wong, atau dulunya dikenali sebagai Dennis Wong, bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengari dari adiknya itu. Kamil tidak sangka yang Karen telah melalui detik-detik penuh cabaran dalam hidupnya berseorangan.

“Adik, sabar la ya. Ini semua dugaan. Mana ada manusia yang sepanjang hidupnya tidak menempuh sebarang dugaan atau masalah.”

Karen hanya tunduk mendiamkan diri. Tetapi hatinya terasa sedikit lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

“Abang… Kak Fara.. Boleh tak Karen tumpang tinggal di sini untuk sementara waktu. Kalau balik kat rumah sewa tu, jiwa Karen rasa tak tenteram sikit la..,” pinta Karen.

“Boleh Karen. Abang dan Kak Fara tak kisah pun. Betul tak, sayang?” tanya Kamil pada isterinya.

“Ya lah. Akak tak kisah. Lagipun, boleh la Karen kenal dengan rapat sikit dengan Farid.”

“Farid? Oh yes. Your Son. How old he is?” Karen baru teringat pada anak saudaranya itu.

“Dia dah 3 tahun pun.

Karen tersenyum. Kali terakhir Karen berjumpa dengan Farid semasa Farid baru hendak belajar merangkak.

“Sekarang ni, Farid dah pandai bercakap ke, kak?”

“Dah. Tapi pelat sikit.”

Karen tersenyum lagi. Mungkin apabila tinggal bersama kanak-kanak kecil boleh membuatkan hatinya lembut dan lebih tenteram.

“Terima kasih abang, akak…”

“Apa yang nak di terima kasihkan… Kita kan sekeluarga… Betul tak bang?”

Kamil hanya tersenyum.

Karen juga tersenyum. Namun Karen akan lebih gembira jika ayat yang dituturkan Fara itu dituturkan juga oleh ibu dan bapanya sendiri.

================================

“Kau bertumbuk dengan dia dalam Zouk?”

Darren mengangguk sambil tersenyum.

“Habis, kau ok je?”

“Mesti la ok. Dia tak dapat nak balas sikit pun. Aku je yang sibuk belasah dia. Tengok la siapa lawan dia.”

Alex menggelengkan kepala. Tak sangka Brian mempunyai niat mahu mengganggu Karen. Dan Alex juga tidak sangka Darren sanggup mempertahankan Karen dan dirinya sehingga begitu pula.

“Patut kau tak payah la tumbuk dia, Darren..”

“No way. He cross the line. Nobody can talk a bad thing about my friend. Dah la dia kutuk kau. Lepas tu, nak kacau Karen pulak tu,” Darren cuba mempertahankan tindakannya itu.

Alex tersenyum. Dia memang sudah faham semangat setiakawan Darren.

“Anyway, thanks for stood for me.”

“No problemo.. That’s friend are for.”

Mereka bersalaman.

“Darren, aku nak mintak pertolongan dari kau sikit ni…,” Alex bersuara kembali.

“Ha.. Apa dia, Alex? Kau cakap je, aku mesti tolong punya,” Darren bercakap dengan penuh bersemangat.

“Aku nak kau tolong tengok-tengok kan si Karen tu untuk aku. Kau tau la kan, aku dengan dia dah putus.”

“Tapi.. Bukan ke korang dah setuju nak jadi kawan….”

“Yes, we have. But things will never be the same again for both of us. Mesti akan timbul sikit perasaan janggal antara kami berdua.”

“Ok. I understand.”

“Good. Tolong ya, Darren? Aku dah mula rasa sikit risau bila Brian tu dah mula nak libatkan Karen.”

“Yeah.. Aku pun mula risau jugak ni. Maybe you should call her and warn her about Brian. At least she will know about Brian agenda.”

“Yes. I will call her. Anyway, thanks again my friend.”

“No problem.”

===========================

“La.. Sorang je ke mamat yang nak kita belasah ni?”

“Ye la. Sorang je. Dah tu kau nak berapa banyak, bahalol? Satu kampong?”

“Tak thrill la. Setakat sorang, aku dengan kau pun boleh settle kan…”

Fizan seperti tidak berpuas hati kerana mangsa sasaran pada malam ini hanya seorang sahaja.

“Woi, bangsat. Kau tengok mulut aku ni.”

Brian menunjukkan bekas lebam pada bucu mulutnya itu. Brian juga menunjukkan bekas lebam pada pipi kirinya itu.

“Parah jugak kau kena ya? Sejak jadi orang kaya, kau dah tak reti gaduh lagi ke? Jadi lembik?” peril Fizan sampai ketawa. Malahan, jenaka Fizan itu juga disambut dengan hilai tawa dari rakan-rakan yang lain.

“Bapak lu lah. Cina ni tau taekwando, karate, kung fu dan segala yang lain la. Tu yang susah nak lawan dia. Lagipun, masa aku nak serang dia balik, bouncer disko tu dah tahan kitaorang. Kalau tak, aku rasa dah patah dah gigi apek sekor tu..”

“Ok. So macam mana plan malam ni?” tanya Fizan untuk kepastian.

“Kau ni pekak ke apa? Kan dah bincang tadi.”

“Gua lupa… Heheh…,”

“Pukul 11 kumpul kat sini. Lepas tu kita gerak ramai-ramai pergi disko tu. Nanti aku masuk dulu, tarik dia keluar and then kita sauk dia ramai-ramai. Kasi dia lembik macam mak nyah. Ok?”

“Ok!!” sambut semua. Mereka semua sudah bersedia dan bersemangat untuk membelasah Darren.

Mereka mula berbual perkara-perkara lain. Tiba-tiba, Liza datang menghampiri Brian.

“Hai, Brian,” tegur Liza lembut.

“Eh? Hai Liza.”

“Lama awak tak call saya? Kenapa eh?”

“Sorry sangat-sangat la. Saya busy sikit la kebelakangan ni.”

“Yak e. Tak kan la nak call 5 minit pun tak sempat kot.”

“Ok. Saya janji, lepas ni saya call awak tiap-tiap malam walau sesibuk mana pun. Ok?”

“Ok. Janji tau? 5 minit pun jadi.”

“Ok.”

Mereka berkucupan.

“Brian. Jom kita pergi tempat lain.”

“Pegi mana?”

“Mana-mana la. Asalkan kita pergi tempat lain. Saya nak jugak rasa naik kereta besar.”

“Ok. Jom.”

Liza pun masuk ke dalam kereta.

Bohsia murahan. Kau ingat aku nak sangat ke dengan pompuan sundal macam kau ni? Buat layan kejap-kejap boleh la. Nanti bila aku dah dapat ikan yang lagi besar, aku buang kau dalam tong sampah.

“Awak senyum apa?” tanya Liza.

“Eh.. tak de apa..”

Mereka pun beredar dari situ.

Friday, August 28, 2009

DUA DUNIA EPISOD 22

Darren melihat sekelilingnya. Mencari kelibat Brian.

Where’s the hell is this man?

Darren sebenarnya tidak kenal pun Brian, malah tidak pernah berjumpa dengannya. Jadi memang dia tidak tahu bagaimana ruap paras Brian itu.

Bila di Tanya pada Brian, jawapnnya mudah.

“Jangan risau, bro. Aku dah tengok muka kau.”

“Bila masa kau tengok muka aku?”

“Ada dalam album si Alex ni. Dalam bilik dia.”

Sial betul budak ni. Tak habis-habis menyelongkar bilik Alex, tengok semua private item milik Alex.

Yang Alex ni pun satu. Dah tau nak keluar dari rumah tu, bawak la semua personal item. Ini main tinggal je. Habis budak bangsat ni tengok semua.

Tiba-tiba bahu Darren di tepuk dari belakang. 

Darren pun berpaling memandang orang yang menepuk bahunya itu. Kelihatan seorang lelaki sedang tersengih di belakangnya.

“You must be Darren.”

Nampaknya Brian kini juga sudah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Semenjak tinggal bersama Keluarga Lim, mereka telah menghantar Brian ke kelas Bahasa Inggeris. Ini kerana satu hari nanti, Brian bakal mengambil alih syarikat milik keluarga mereka.

Syarikat Keluarga Lim terlibat dengan urus niaga import-export dan kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris memang amat dititik beratkan. Malahan, tidak lama lagi Brian akan dihantar pula ke kolej untuk mempelajari selok belok perniagaan.

“Yes. I’m Darren. And you must be Brian.”

“Yup. Nice to meet you.”

Mereka bersalaman.

“Kenapa tak masuk?”

“Actually, aku tunggu kau. Why you want to see me?”

“Well, apa kata kita masuk dulu. Kita bual sambil minum-minum sikit… Kasi basah tekak. Apa macam?”

“OK.” 

Mereka melangkah masuk ke dalam disko itu.

==================================

Sudah lebih empat jam mereka di dalam disko tersebut. Sudah banyak arak yang mereka minum. Mereka juga sudah menari dengan bermacam-macam jenis perempuan di dalam disko itu. 

Mereka kepenatan. Mereka berdua terus duduk. Sebotol Chivas Regal dihantar ke meja mereka.

“What’s that?” tanya Brian.

“This is Chivas Regal. But people often called it Chivas. It’s a scotch whisky. Made in Scotland,” jawab Darren.

“Oh.... Give me some.”

Darren menuang Chivas tersebut ke dalam gelas. Dengan pantas Brian meminumnya.

Darren agak terkejut.

“Wow.... Baru berapa bulan kau duduk kat rumah Family Lim ni, kau dah boleh minum ya?”

Brian senyum bangga.

“Sebenarnya, sebelum aku duduk dengan family baru aku ni pun, aku dah memangdah biasa minum pun.”

“Eh? Wait a minute? Bukan ke kau ni Islam dulu? Islam mana boleh minum.”

Brian ketawa sinis mendengar soalan dari Darren itu.

“That was nonsense. Orang lain mungkin tak minum. Tapi aku tidak. Aku minum je. Mengarut la hukum haram minum arak tu. Benda best macam ni boleh jadi haram. Mengarut la. I’m glad I’m not a muslim anymore.”

Darren hanya mendiamkan diri. Darren mempunyai kawan yang beragama Islam juga sebelum ini. Tapi mereka semua patuh dengan hukum agama yang mengharamkan mereka daripada meminum arak. 

Brian ni dah jauh sesat agaknya.

“Anyway, kau tak cakap dengan aku lagipun apa sebab kau nak jumpa aku ni?” tanya Darren. Dia mahu kepastian dengan segera.

“Haha… Rileks la bro. Sebenarnya aku jumpa dengan kau ni sebab aku nak berkawan dengan kau je. Aku ni tak banyak lagi kawan yang sebangsa dengan aku. That’s all.”

Darren terdiam. Agak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Brian.

“Hei, Darren. Look that girl. She’s hot.”

Brian menudingkan jarinya kea rah seorang gadis berbangsa Cina dengan pakaian yang agak seksi.

“Yes. She’s hot,” Darren setuju dengan pendapat Brian. Dengan skirt pendek pangkal peha dan baju yang menampakkan sebahagian besar cleavage itu, amoi itu memang nampak hot.

“Look over there. Yang tu lagi hot. Dah macam Amber Chia.”

Darren memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Brian. Seorang lagi amoi cantik yang seksi. Kali ini memakai tube.

“Darren. Apa kata kita bet nak? Siapa yang dapat main dengan perempuan paling hot malam ni, dia menang?”

“Main? Apa tu?”

“Main… Ala… Orang putih kata One Night Stand. Having a sex la…”

“Ooh… Sorry la… Aku dah ada girlfriend la.”

“What? Hahaha… Takut girlfriend ke?”

“Bukan takut. Tapi setia.”

“Sudah la. Come on la. Jom la. Kau try perempuan tu. Aku try yang rupa macam Amber Chia tu.”

“Sorry. I can’t.”

“Kenapa pulak ni? Bukan korang semua macam ni ke? Pergi disko mabuk-mabuk. Main dengan perempuan. Esok buat benda yang sama.”

“Look here man. Memang aku cina. Tapi aku dan kawan-kawan aku bukan macam tu, ok? Kami bukan jenis tiap-tiap malam bertukar-tukar pasangan. Tidur dengan perempuan yang berlainan tiap-tiap malam.”

“Ye ke? Habis tu aku tengok ada je cina yang macam tu?”

“Memang ada. Tapi bukan semua. Macam Melayu jugak. Ada jugak Melayu yang minum arak. Tapi tak semua yang minum kan. Segelintir saja. Macam tu jugak kami orang Cina. Tak semua macam tu.”

“Alamak. Nak bersyarah pulak dia ni…”

“Bukan bersyarah. Aku Cuma nak membetulkan pandangan kau pada Bangsa Cina. Kau pun Cina sekarang. So aku tak nak kau tersalah tanggapan tentang bangsa kita. Faham? Kita pun ada maruah juga. Bukan suka-suka saja boleh having a sex with any girl in the disko.”

Brian mula bosan dengan syarahan panjang lebar dari Darren itu. Dia mula menunjukkan mimic muka bosan.

“Ok la. Sorry kalau aku dah salah tanggapan pada bangsa kita. Ok, kita bincang benda lain. Kau kenal Karen kan?”

Darren  agak terkejut dengan soalan Brian.

“Yes. Kenal. Why?” Darren mula risau apabila nama Karen mula keluar dari mulut Brian.

“Dia tu girlfriend Alex kan? Or should I say ex-girlfriend.”

“Yes. Why? Kenapa tanya-tanya pasal Karen ni?”

“Boleh tak kalau kau kenalkan aku dengan Karen?”

“What for?” 

“Aku nak kenal dengan Karen la. Since Karen is not Alex girlfriend’s anymore, apa salahnya kalau aku mencuba nasib. Betul tak?”

“No,” balas Darren dengan laju.

“No? Apa yang no?” tanya Brian kehairanan kenapa Darren dengan lajunya tidak bersetuju.

“Alex and Karen is my friend. I don’t want to see my friend hurt.”

“Aku nak kenal dengan dia la. Lagipun, apa salahnya. Dia single, aku pun single. Tak salahkan?”

“No. Aku tak setuju. Dengan gaya hidup dan pemahaman kau tu, aku tak setuju kau nak berkawan dengan Karen.”

“Apa salah aku?”

“Pasal tadi tu.”

“Pasal tidur dengan perempuan tu?”

“Yes. Aku dah ada girlfriend pun kau ajak aku tidur dengan perempuan lain. Dan kalau kau dapat tackle Karen tu, mesti kau akan buat benda yang sama kan?”

“Rileks la. Jangan la jadi orang kuno sangat. Apa kata kalau kita jumpa Karen sekarang. Tak pun kau call dia, ajak dia ke sini.”

“No way man.”

“Why you’re over protective to Karen? Kau bukannya bapak dia pun. Lagipun, dia dah tak de apa-apa dengan Alex..”

“Memang aku bukan bapak dia. Tapi aku tak nak dia kecewa lagi. Dia dah tempuh macam-macam benda sekarang. Aku tak nak kau sakit kan hati dia.”

“Ok. Kalau kau tak nak tolong, aku boleh cari Karen sendiri.”

“Don’t you ever try to do that.”

“Really? Kalau aku buat jugak apa kau nak buat?”

“Aku akan berbuat apa sahaja untuk mengahalang kau dari menghampiri Karen.”

Darren berdiri sambil menggenggam kedua penumbuknya.

“Kau nak pukul aku ke, Darren? Mampu ke kau nak pukul aku?” Brian terus mengeluarkan kata-kata provokasi kepada Darren.

“Jangan kan pukul. Lebih dari tu pun aku sanggup buat.”

“Oho… Takut ya aku… Jom kita tengok siapa lagi hebat.”

Setelah habis berbicara, Brian terus menghayunkan penumbuknya pada Darren. Dengan mudah Darren mengelak tumbukkan Brian.

Brian tidak puas hati. Dia terus menghayunkan tumbukan padu kepada Darren. Tetapi dengan mudah Darren menepis ke semua tumbukan tersebut.

Brian agak terkejut kerana semua tumbukannya mudah di tepis oleh Darren. Brian tidak tahu yang Darren merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam Taekwando dan Karate.

Darren mula menyerang balas. Satu tumbukan padu telah hinggap ke perut Brian. Brian merasakan bagaikan sebiji batu telah hinggap ke perutnya.

Darren terus mengganas. Satu lagi tumbukan hinggap di perut Brian. Terkeluar isi perut Brian. Chivas yang diminumnya tadi tersembur keluar. 

Darren belum berpuas hati. Darren melepaskan satu tumbukan tepat ke muka Brian. Brian jatuh tersungkur. Baru Brian hendak bangun semula, Darren melancarkan satu tendangan tepat ke dada Brian.

Brian jatuh tersungkur semula. Dadanya begitu sakit. Tulang rusuknya terasa bagaikan sudah patah semuanya.

Sejurus kemudian, datang beberapa orang bouncer meleraikan mereka. Mereka segera dipisahkan.

“Brian!!! Dengar sini baik-baik!!! Kalau kau cuba dekat dengan Karen. Nahas kau nanti!!!”

Sambil menahan kesakitan, Brian mendengar kata-kata amaran itu. Dan berputik satu dendam dalam hati Brian.

Aku mesti balas!!!

==========================

“Karen! Wake up! Dah pukul berapa ni. Tak nak breakfast ke?”

Mrs. Wong mengetuk pintu bilik Karen berkali-kali, namun tiada suara yang menyahut panggilan itu.

Mrs. Wong pun cuba membuka pintu bilik Karen.Pintu terbuka.

Tak berkunci rupanya.

Mrs. Wong masuk ke dalam bilik. Tapi tiada kelibat Karen. Mrs. Wong mencari di dalam bilik air, Juga tiada.

Mrs. Wong ternampak sepucuk surat di tinggalkan di atas meja solek. Mrs. Wong segera membaca surat itu.

Mummy,
Saya minta maaf kerana meninggalkan rumah ini tanpa memberitahu mummy terlebih dahulu. Saya dapat merasakan yang rumah ini tidak lagi seperti dahulu. Rumah ini tidak lagi mampu memberikan rasa bahagia dan kegembiraan seperti dahulu. 

Saya kembali ke rumah ini untuk mendapatkan ketenangan. Tapi saya kini sedar, rumah ini sudah tiada lagi keharmoniaan sejak pemergian abang Dennis.

Oleh itu, saya mahu pergi te tempat lain yang mampu memberikan ketenangan dalam jiwa saya. Saya sekali lagi ingin meminta maaf atas pemergian saya ini.

And mummy, I love you. I always love you… Forever…

Airmata pun jatuh bercucuran di pipi Mrs. Wong.

Adakah aku akan kehilangan Karen juga nanti?

Sunday, August 23, 2009

DUA DUNIA EPISOD 21

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk  semua pembaca blog Warmness On The Soul dan Tears Don’t Fall. Semoga anda semua mendapat rahmat di bulan yang mulia ini.

================

Doktor Wong keluar dari wad persalinan. 

Lega. Puas hati. Gembira

Itulah perasaannya. Doktor Wong sangat gembira dan lega bila dia berjaya menjalankan tugasnya dengan baik.

Baru sebentar tadi, dia menyambut seorang wanita melayu melahirkan seorang anak. Anak lelaki.

“Puan Maryam, ini anak puan,” Doktor Wong menunjukkan anak yang baru disambutnya itu kepada ibunya.

Si ibu, yang bernama Maryam, gembira kerana berjaya melahirkan anaknya. Tetapi dia juga tidak melihat anaknya itu dengan jelas kerana matanya kabur. Mungkin kerana keletihan akibat melahirkan anaknya itu.

Doktor Wong mengarahkan jururawat supaya mencucui bayi tersebut dari kotoran darah dan meletakkannya di wad untuk bayi-bayi yang baru bersalin.

“Mana si suami nya?” Tanya Doktor Wong pada jururawat yang bersama-samanya menyambut bayi itu.

“On the way kot. Tadi yang hantar Puan Maryam ni ke hospital pun bukan laki dia. Jiran dia yang hantar.”

Doktor Wong angguk. Dia pun keluar dari wad bersalin itu dan segera menukar baju.

Doktor Wong melihat jam di tangannya. Hampir pukul 4 pagi.

Baik aku balik tidur. Esok nak kerja lagi.

Baru Doktor Wong membuka langkah untuk pulang ke rumah, tiba-tiba dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya. 

Eh? Kalau tak salah aku, itu Lim Ah Chun.

Doktor Wong pun pergi menghampiri Lim Ah Chun yang dimaksudkan itu untuk mengenal pasti muka tersebut.

Sah. Ini memang Lim Ah Chun. Anak si bangsat Lim Ah Jhai tu!

Secara tiba-tiba, timbul rasa marah yang bukan kepalang dalam hati Doktor Wong. Dendam lama mula menghantui dirinya. Dia tidak sangka dendam lama ini akan berdarah kembali di hospital ini.

Seorang jururawat datang kepada Lim Ah Chun dan bercakap sesuatu padanya. Lim Ah Chun pun beredar masuk ke wad yang berdekatan.

Doktor Wong meninjau. Nampaknya Lim Ah Chun juga masuk pada satu lagi wad bersalin dalam hospital tersebut.

Jururawat yang bercakap dengan Lim Ah Chun itu berjalan kea rah Doktor Wong. Doktor Wong pun menahan jururawat tersebut.

“Seha, itu... Yang awak cakap tadi tu.. Nama dia tu Encik Lim Ah Chun?”

“Ya. Doktor Wong. Kenapa? Doktor kenal dia ke?”

“Ah.. Tak kenal sangat. Pernah satu sekolah dengan dia dulu. Apa dia buat kat sini? Isteri dia bersalin ke?”

“Ya, Doktor.”

“Nama isteri dia Lim Siu Ling kan?”

“Ya, doktor.”

“Anak apa dia dapat?”

“Anak lelaki. Kenapa doktor? Macam-macam pulak yang doktor nak tahu pasal dia?”

“Ah… Saja je nak tau. Ok la. Saya nak jumpa dengan dia kejap la. Nak berbual-bual dengan dia.”

“Ok.”

Jururawat bernama Seha itu berlalu pergi. Selepas Seha hilang dari pandangan mata Doktor Wong, Doktor Wong pun segera bergegas ke wad untuk bayi-bayi yang baru bersalin di tempatkan.

Doktor Wong pun masuk ke wad tersebut. Tiada orang lain dalam tersebut. Ada 5-6 orang bayi yang baru bersalin ditempatkan di dalam wad tersebut.

Doktor Wong tersenyum. Dengan jumlah bayi  yang sikit, lebih senang dia ingin mencari bayi milik Lim Ah Chun itu.

Doktor Wong segera mencari. Doktor Wong pun membaca satu-persatu tag yang di pasang di kaki bayi-bayi tersebut. Ada juga stiker pengenalan identity yang dilekatkan pada kepala katil bayi tersebut.

I’M A BOY!!
SON OF: Lim Siu Ling

Dah jumpa.

Doktor Wong mengangkat bayi lelaki milik Lim Ah Chun dan Lim Siu Ling itu.

Tapi apa aku nak buat dengan anak dia ni? Tak kan aku nak bawak lari pula. I will be a fugitive. Cops all over the country will search for me.

Doktor Wong terdiam sebentar. Buntu memikirkan cara terbaik untuk melunaskan dendamnya.

Tiba-tiba Doktor Wong terpandang bayi yang berada di katil sebelah.

I’M A BOY!!
SON OF: Maryam Bte Isa

Ini bayi yang aku sambut tadi.

Doktor Wong melihat keadaan fizikal Bayi yang dilahirkan Maryam sebentar tadi. Dari segi tubuh, memang samam besar. Berat pun tak jauh beza. Malahan, kulit mereka pun sama putih.

Bagaikan ada seekor syaitan yang berbisik di telinganya,  Doktor Wong secara tiba-tiba terfikir untuk menukarkan kedua-dua bayi tersebut.

Sepantas kilat, Doktor Wong pun cepat-cepat menukarkan bayi tersebut.

Doktor Wong memandang ke arah bayi Maryam yang kini berada di dalam katil milik bayi Lim Siu Ling.

“Maafkan aku ya? Kau terpaksa jadi mangsa keadaan dalam kes ni. Kau terpaksa aku pisahkan dengan ibu kandung kau. Tapi tak pe. Kau akan hidup senang. Keluarga Lim tu kaya. Kaya dengan harta milik bapak aku!!!”

Kemudian Doktor Wong mengalihkan perhatiannya pada bayi Lim Siu Ling yang berada di dalam katil bayi milik Maryam.

“Dan kau. Kau pun terpaksa menjadi mangsa keadaan. Kau terpaksa menjadi kuda hitam dalam kesalahan datuk kau. Datuk kau kejam. Dia rampas harta bapak aku. Dan sekarang, kau akan rasa padahnya. Jangan kau harap kau boleh senang dengan harta rampasan dari bapak aku tu!!! Faham?”

Dan begitulah terjadinya es pertukaran anak antara keluarga tersebut. Tragedi yang menyebabkan takdir dan masa depan kedua-dua bayi itu berubah sama-sekali….

============================

Doktor Wong tersandar di kerusi malasnya. Sudah agak lama peristiwa itu dilupakan. Tetapi tidak sangka, ia muncul kembali.

Mengikut perancangannya, Doktor Wong ingin mengintip kehidupan kedua-dua bayi tersebut. Dia ingin melihat bagaimana bayi-bayi tersbut dibesarkan.

Dan apabila Lim Ah Chun atau Encik Lim ingin menghembuskan nafas terakhir, baru dia mahu membocorkan rahsia dan pada masa itu Encik Lim sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Tetapi, api dendam kesumat itu mula terpadam apabila isteri Dokto Wong melahirkan seorang anak lelaki 2 bulan kemudian, yang dinamakan Dennis. Setahun kemudian, Doktor Wong dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata, kali ini perempuan, yang diberi nama Karen.

Semenjak itu, Doktor Wong sudah melupakan semua dendam kesumat antara dia dan Keluarga Lim. Sehinggalah dia bersua kembali dengan Keluarga Lim kerana rahsia mereka tertukar anak sudah dapat diketahui.

Doktor Wong berasa cemburu pada Encik Lim kerana mereka mendapat kembali anak lelaki mereka yang asal. Ini kerana Doktor Wong merasakan dia sudah kehilangan anak lelakinya kerana dia sudah mengahalau Dennis keluar dari rumahnya setelah Dennis menukar agamanya kepada Islam dan berkahwin dengan seorang gadis beragama Islam.

Mana adil Dia dapat balik anak lelaki dia. Aku pulak dah hilang anak lelaki.

Maka dendam Doktor Wong pun bergolak kembali. Rasa benci dan marah mula mengusai dirinya.

Aku perlu berbuat sesuatu pada meraka. Tapi, apa yang aku nak buat? Bunuh? Culik? 

“Apa yang abang menungkan tu?”

Doktor Wong terkejut mendengar sapaan isterinya, Mrs. Wong yang berdiri di belakan kerusi malasnya itu.

“You ni… Buat I terkejut je..”

“Sorry..,” Mrs. Wong duduk di kerusi yang berada di sebelah Doktor Wong.

“Dear…..,” tegur Mrs. Wong dengan nada yang lembut.

“Yes. What do you want this time?”

“I just want you to be softer to Karen. Kadang-kadang I tengok you’re too rough on her.”

“What do you mean? I mana ada kasar dengan dia?”

“Look. Since Dennis gone, I change a lot. You tak macam dulu. Dulu you selalu manjakan Karen. Tapi sekarang ni, nak bercakap dengan dia pun susah. Why are you doing this? Karen tak de kena mengena dengan keputusan Dennis nak berkahwin dengan perempuan Islam tu..”

“Sebab dulu I selalu sangat manjakan Dennis tu sampai dia dah tak nak dengar cakap I. Why must he choose that Malay girl, that Islam girl. Banyak lagi perempuan cina yang cantik-cantik, yang lebih fashionable, yang lagi seksi, yang ada karier lebih baik berbanding that damn stupid Malay girl.”

Mrs. Wong mula terdiam. Air matanya mula mengalir.

“Kalau Dennis tu tak nak ordinary girl, I boleh carikan. Dia nak model? Pelakon? Semua I boleh carikan. Setakat Andrea Fonseka, Hannah Tan, Amber Chia… I boleh tolong dia melamarkan. Kalau dia nak kahwin dengan pelakon Hong Kong pun, I boleh pergi sana. Tapi not with that Islam girl, ok?”

Mrs. Wong hanya mampu menangis.

“Dear…… Why do you hate Malay people so much?”

“I’m not hate Malays… I just hate Islam. Islamlah yang menyebabkan mak dan ayah saya berpisah. Islam yang telah menyebabkan kami sekeluarga jatuh ke lembah kemiskinan. Dan Islam juga yang menyebabkan keluarga kami musnah.”

Doktor Wong pun bangun dari kerusi malsnya itu dan terus masuk ke dalam rumah.

Mrs. Wong yang masih di situ sedikit terkejut dengan kata-kata Doktor Wong.

Selama ini, Doktor Wong tidak pernah sekali pun bercerita tentang kisah keluarganya. Semasa mula berkenalan dahulu, Doktor Wong hanya menyatakan yang dia seorang anak yatim piatu yang sudah kehilangan emak dan ayahnya semasa umur 15 tahun.

Tetapi pada malami ni. Sedikit cerita tentang keluarga Doktor Wong terbongkar.

Keluarganya musnah kerana Islam? Tak kan lah agama boleh memusnahkan keluarga. Tak masuk akal ni…

Mrs. Wong masih bingung tetapi dia sedar yang dia perlu mengorek rahsia keluarga suaminya itu untuk mendapatkan kisah yang lebih jelas….

=============================

Karen terdengar satu persatu butir pergaduhan mummy dan daddy nya itu. 

Karen sebenarnya sudah lali dengan situsai begitu. Semenjak permegian Dennis, mereka sering bertengkar.

Mrs. Wong amat marah dengan tindakan Doktor Wong yang menhalau Dennis. Sebab itu mereka sering bertengkar. Semasa Doktor Wong menghalau Dennis, Mrs. Wong tidak mampu membantah kerana takut kepada suaminya itu.

Karen sedar yang rumah ini bukanlah lagi tempat yang aman seperti dulu. Rumah yang dianggapnya sebagai syurga dunia satu masa dahulu. Semua itu tidak wujud lagi.

Karen tahu yang rumah ini tida ksesuai lagi untuk dijadikan tempat melupakan keduakaannya setelah putus dengan Alex. Dia perlu mencari tempat lain.

Masih ada satu lagi tempat yang boleh menjadi tempat untuk dia menghilangkan rasa gundah gulananya. 

Hanya rumah dia yang aku belum pergi…

Karen bertekad untuk ke rumah ‘dia’ esok.

================================

“Oh… Jadi bulan Julai ni, Rai masuk ke UM la ya?”

Raihana angguk. Dia gembira bila dapat berkongsi rasa gembiranya bersama abang barunya itu.

Kalau dengan Riz dulu, memang tiada masa untuk mereka berbual bersama. Raihana masih ingat lagi yang Riz pernah berkata yang berbual dengan dia hanya ‘membuang masa’ dan ‘tak de untung satu sen pun kalau berbual dengan Rai ni’.

Itulah ayat yang menyebabkan raihana sendiri pun malas mahu berbual dengan Riz. Tapi kini dia gembira kerana Alex seorang pendengar yang baik.

Alex terus membaca surat tawaran tersebut.

“Wow… Rai dapat sambung course medic la. Jadi doktor la nampaknya adik abang ni..”

“Insyaallah..”

“Eemm… Apa Rai cakap tadi?”

“Insyaallah.”

“Apa maksudnya tu?”

“Dengan izin Allah…”

“Oh…”

Alex sedar, banyak perkara yang perlu dipelajari tentang Islam. Dia masih dungu dalam hal-hal agama ini.

“Abang agak-agak, Rai ni boleh jadi doktor yang berjaya ke?”

“Mesti la boleh… Eh, silap. Insyaallah..”

Raihana tersenyum melihat gelagat abang barunya itu.

“Dan Rai akan doakan abang menjadi muslim yang baik juga..”

“Terima kasih… Baik hati adik abang ni…”

“Kejap eh, bang. Nak pergi ke bilik air kejap.”

Raihana pun berlalu pergi ke bilik air. Alex termenung dan berfikir.

Kalau Raihana masuk ke UM sambung belajar jadi Doktor, rasanya tak cukup duit ayah nak tanggung Rai ni. Memandangkan sekarang ni aku pun dah duduk sini dan gaji ayah kat bengkel tu bukan besar mana pun.

Alex bertekad satu lagi perkara. Selain menjadi muslim yang baik, dia juga perlu mencari pekerjaan untuk membantu ayahnya menyara keluarganya.

Yup. Aku kena mula cari kerja esok.

==================================

Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tapi aku ingin meminta maaf pada pembaca blog aku jika ada entri aku yang membuatkan kamu berasa marah dan kurang selesa pada aku.

Jika secara tiba-tiba aku dah lama tak update blog ini, aku berharap kamu semua dapat mendoakan keselamtan aku. Aku akan kembali secepat yang mungkin…(jika aku menghilang)

Monday, August 17, 2009

DUA DUNIA EPISOD 20

Maaf kerana lama tak update. Aku tengah busy gila. Rumah aku sedang di renovate. Maaf sekali lagi....


=====================

Karen pulang ke rumah. Karen mencari teman serumahnya, Christy, tetapi tidak dijumpai.

Merayaplah tu. Tak pun, ada date.

Karen duduk tersandar di sofa. Karen baru sahaja putus cinta dengan kekasih hati kesayangannya, Alex. Tetapi Karen berasa agak hairan.

Kenapa aku tak sedih? God, I just lost the love of my life. But i haven't cry for once. Why?

Karen tidak sangka dia mampu menghadapi perkara ini dengan tenang.

Tetapi dia sedar yang semua kini telah berubah. Semuanya tinggal kenangan. Tiada lagi berdua, kini hanya berseorangan.

Alex ada berkata yang dia masih mahu terus berkawan dengan Karen. Tetapi kawan dan kekasih memang satu terma yang amat jauh berbeza.

Memang mereka berdua masih boleh berjumpa, berbual dan menonton wayang bersama-sama sebagai kawan.

Tetapi kini tiada lagi belaian manja,. Tiada lagi saat-saat romantis. Tiada lagi pelukan mesra. Tiada lagi bermain SMS hingga ke subuh hari. Tiada lagi bergayut di talian selama 5-6 jam.

Tiada lagi semua itu.

Dan kini, baru air mata Karen mengalir. Dia tidak mahu bersendirian di kala saat-saat ini. Karen lantas mencapai telefon bimbitnya.

Di saat ini, hanya ada seseorang sahaja yang mampu menjadi tempat untuk Karen mengadu nasib... Iaitu ibunya.

"Hello mummy..."

"Karen, my baby. How are you?"

Karen tidak menjawab. Dia terus menangis.

"Karen, dear... Why are you crying?"

"I just broke-up with Alex.."

"What? Kenapa? Mari sini balik rumah. Kita bual panjang..."

============

"Mr. Yap. Ini gambar terbaru hasil intipan saya."

Bidin memberikan sampul surat besar yang mempunyai puluhan gambar.

Mr. Yap mengambil sampul tersebut. Dia membuka sampul tersebut lalu membelek gambar-gambar yang terkandung di dalam sampul surat tersebut.

"Mr. Yap, awak nak tau satu benda tak...?"

"Alex dah pindah ke rumah family asal dia? Itu ke yang awak nak cakap?"

Terkejut Bidin mendengar kata-kata Mr. Yap.

"Eerr... Dari mana Mr. Yap tau pasal ni? Saya belum bagitau lagi...."

"Bidin... Kadang-kadang, ada sesetangah information yang saya boleh dapat lebih awal dari kamu..," senyum Mr. Yap.

"Oohh.... Ye ke?" Bidin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Senyap seketika. Mr. Yap terus asyik menatap gambar-gambar tersebut.

"Mr. Yap, semalam sikit lagi saya nak kantoi dengan Alex.."

Mr. Yap terkejut. Matanya membulat. Dia segera mencekak leher baju Bidin.

"Dia ada nampak muka awak tak?"

"Eerr.. Jangan macam ni Mr. Yap. Mr. Yap jangan risau. Saya pakai topi koboi besar. Siap pakai Ray-Ban lagi. Confirm dia tak cam muka saya..."

"Bagus!"

Mr. Yap melepaskan Bidin. Bidin sedikit berasa takut dengan kejadian tadi.

"Bidin! Saya nak awak lebih berhati-hati. Jangan sampai tertangkap dengan Alex atau Riz..."

"Brian Mr. Yap... Dia dah tukar nama..."

"Whatever! Yang penting, jangan sampai tertangkap. Faham?"

"Faham."

Mr. Yap segera mengemaskan semua gambar. Dia mahu pulang.

"Mr. Yap, saya nak tanya sikit.."

"What?"

"Eemm.. Kenapa eh kita nak terus kena mengintip Alex? Kan dia dah keluar dari rumah Keluarga Lim? Lagipun Mr. Yap berdendam dengan Keluarga Lim kan?"

Mr. Yap tersenyum mendengar soalan Bidin itu.

"Bidin... Alex dan Riz..."

"Brian, Mr. Yap.."

"Ok. Alex dan Brian mempunyai personaliti yang berbeza. Kita boleh memperalatkan Brian.Brian tu gila duit. Metarialistik. Dia tu hanya mementingkan dirinya sahaja. Tak macam Alex. Alex sentiasa memikirkan orang lain. Lagi-lagi keluarganya."

"Oh... Kira family first la ni?"

"Bagus. Pandai pun kau ni, Bidin. Sebab tu aku mahu kau ikut Alex. Aku tak mahu dia tolong Keluarga Lim. Walaupun dia dah kena halau, tapi hati Alex tu masih lagi pada keluarga lamanya tu. Lagipun, Alex tu rapat dengan ayahnya. Aku tak mahu Alex masuk campur kalau apa-apa jadi pada Keluarga Lim."

"Oh... Ok. Saya faham boss!!!"

Bidin mengangkat tabik.

"Hahaha.. Kau pandai bodek aku ya?"

"Bukan bodek. Tapi ini rasa respect pada saya pada Mr. Yap sebab Mr. Yap la klien saya yang bayar paling mahal sepanjang hidup saya ni..."

Mereka pun ketawa bersama...

======================

Karen menangis semahu-mahunya di dalam pelukan ibunya itu. Kini, baru Karen rasakan bertapa pedihnya hati dan perasaannya apabila putus cinta.

"Sabar, sayang... Maybe you just to good for him... Sebab tu dia mintak putus."

Karen terus menangis. Dia tidak menceritakan sebab perpisahan antara dia dan Alex.

Karen hanya memberitahu ibunya yang mereka putus secara aman, tanpa gangguan orang ketiga ataupun sebab lain.

Mrs. Wong mula risau dengan keadaan anak perempuannya yang seorang ini. Setahunya, Karen hanya pernah bercinta dengan Alex sahaja sepanjang hidupnya. Jadi, ini boleh dikatakan pengalaman putus cinta pertama kali buat Karen.

Mrs. Wong mula risau. Dia bimbng jika anak perempuannya itu membuat tindakan bodoh untuk mengubat hatinya yang terluka itu.

Bunyi kereta kedengaran.

"Karen, daddy dah balik tu.."

Karen terus menangis tanpa memperdulikan kepulangan ayahnya.

"Karen? Why are you here? And, why are you crying?"

Karen tidak menjawab. Dia mengangkat mukanya dan memandang ayahnya. 

Doktor Wong terkejut melihat mata Karen sudah pun bengkak kerana terlalu kuat menangis.

Rupa-rupanya, ayah Karen ialah Doktor Wong. Doktor yang merawat Riz semasa dia kemalangan dan doktor yang berjaya menyelesaikan krisis pertukaran anak antara Keluarga Lim dan Keluarga Rahman.

"Karen dah broke-up with Alex...," jawab Mrs. Wong.

Doktor Wong kelihatan tenang. Dia pergi mendapatkan Karen. Doktor Wong pun mencium dahi Karen.

"Dear... Just forget about him. Someday, you will meet with other man that far better than him..."

"I don't want other people. I just want Alex."

Doktor Wong sedikit marah dengan jawapan tersebut. Dia terus beredar dan masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Karen... Kenapa buat daddy marah?"

Karen tidak menjawab. Dia terus menangis.

==========================

Doktor Wong segera menutup pintu biliknya. Dia berasa lega kerana Alex telah memutuskan hubungan dengan Karen.

Bagus kau putuskan hubungan dengan Karen.

Doktor Wong lega kerana sekurang-kurangnya Karen tidak mengikut jejak langkah Alex untuk memeluk Islam.

Sebenarnya, memang Doktor Wong sudah lama mengenal Alex. Sejak dia dilahirkan. 

Doktor Wong menyambut Riz yang ketika itu yang di lahirkan oleh Puan Lim. Manakala Alex yang dilahirkan oleh Maryam disambut oleh doktor yang lain di wad sebelah.

Tetapi, semenjak Alex dan Riz keluar dari hospital selepas mereka selamat dilahirkan, Doktor Wong memang tidak pernah berjumpa dengan Alex lagi.

Doktor Wong masih ingat lagi ada beberapa kali Karen membawa Alex datang ke rumah untuk diperkenalkan kepada dia dan isterinya.

Tetapi setiap kali Karen cuba memperkenalkan Alex, Doktor Wong terpaksa bergegas ke hospital kerana ada kes kecemasan. Segala perjumpaan akan dibatalkan.

Alex tidak pernah datang ke rumah mereka malah tidak pernah juga berjumpa dengan Doktor Wong. 

Alex hanya pernah berjumpa dengan Mrs. Wong dua kali dan kedua-duanya secara tidak sengaja ketika Alex terserempak dengan Karen di pasar raya yang sedang menemankan ibunya.

Tahun lepas, Doktor Wong secara curi-curi melihat gambar Alex yang terdapat di dalam telefon bimbit Karen. Dia pun menghantar gambar tersebut ke telefon bimbitnya menggunakan bluetooth.

Doktor Wong menyimpan gambar Alex kerana jika dia terserempak dengan Alex, dia ingin melihat bagaimana orangnya Alex itu. Dia tidak mahu Alex menipu dan merosakkan satu-satu anaknya yang masih ada selepas dia kehilangan Dennis yang telah berkahwin dan memeluk agama Islam.

Namun, Doktor Wong tidak pernah terserempak dengan Alex. Sehinggalah hari di mana dia berjumpa dengan Alex di hospital kerana kes tertukar anak.

Nasib baik Doktor Wong belum membuang gambar yang dicurinya dari telefon bimbit Karen tahun lepas. Dia pun segera melihat gambar tersebut dan ternyata bayi yang bertukar tersebut ialah Alex yang bercinta dengan anaknya itu.

Patut la muka macam melayu, tak macam cina.

Tapi kini Doktor Wong lega kerana Alex dan Karen sudah putus cinta. 

Doktor Wong pun duduk di katilnya dan termenung. Fikirannya masih bercelaru. Seperti memikirkan perkara yang amat berat di dalam kepalanya.

Adakah ini karma? karma yang akan membalas dosa aku selama ini? Tetapi, bagaimana pula dengan dosa mereka? Siapa yang akan balas dosa mereka?

=======================

Brian sudah siap bersedia ke disko untuk bertamu dengan Darren.

Brian mengemaskan dirinya. Dia yakin dengan penampilannya. Dia yakin yang dia bakal mendapat perhatian seluruh disko malam ini.

Brian tersenyum.

Seronok ni. Malam ni aku nak mabuk puas-puas. Aku nak romen dengan pompuan-pompuan yang cun-cun kat disko tu nanti.

Brian mencapai telefon bimbitnya. Dia segera menelefon Darren.

"Hello.."

"Hello my bro, Darren... Dah siap ke?"

"Dah siap? Aku dah sampai pun kat sini. Dah sepuluh minit dah."

"Ha? Dah sampai. Cepat lu sampai bro.."

"Aku kalau tak datang sini, tak bukak Zouk ni. Aku ni macam tukang rasmi pembukaan la..."

"Hahaha... Ok, Darren. Gua sampai sekarang jugak."

"Ok."

Talian terputus.

Brian segera turun ke bawah meluru ke keretanya.

Darren terdiam seketika.

Kenapa Brian ni beria-ia sangat nak jumpa aku? Aku kena hati-hati sikit ni..

Bersambung.....

Thursday, August 6, 2009

DUA DUNIA EPISOD 19

Hari ini memang betul-betul hari yang banyak kejutan untuk Karen.

Malam semalam, Alex menelefonnya. Alex mengajak Karen berjumpa dengannya.

Gembira hati Karen. Siapa yang tidak gembira apabila kekasih kesayangan menelefon untuk berjumpa.

Tetapi kegembiraannya terbantut apabila melihat Darren, kawan baik Alex, turut ada di tempat yang dijanjikan.

Agak terkejut tetapi tidak kisah sebab Darren memang kawan baik semenjak zaman persekolahan mereka. Jadi tiada apa yang ingin disegankan.

Tetapi bertambah terkejut apabila mengetahui sebab pertemuan tersebut.

Karen sangat terkejut. Hatinya bagaikan kaca yang hancur berkecai. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang di ceritakan oleh Alex.

“So… Sekarang ni kau dah tinggal dengan family kau yang barulah ya?”, Tanya Darren.

“Yup. Oh… Bukan family baru. Family asal aku…,” jawab Alex tenang.

Karen tidak mampu berkata-kata. Tiada gambaran yang boleh membayangkan perasaan Karen.
Di satu sudut, dia gembira kerana sekurang-kurangnya Alex sudah kembali ke keluarga asalnya. Malah, dari raut mukanya, jelas dia gembira sekarang. Tidak seperti masa mula-mula Riz berpindah masuk ke rumah Keluarga Lim. Alex sering bermurung dan bermasam muka, serta sering cepat marah.

Tetapi di satu sudut hatinya yang lain, Karen amat merasa sedih dan kecewa. Ini kerana apabila Alex mengambil langkah untuk berpindah keluar dari rumah Keluarga Lim, ini bermakna Alex yang berada di depan matanya bukan lagi Alex yang dulu.
 
Lelaki yang berada di depan matanya ini bukan lagi lelaki berbangsa cina bernama Alex, tetapi seorang lelaki berbangsa Melayu beragama Islam yang tidak di ketahui apa nama melayunya.

Dan apabila Alex sudah kembali ke keluarga asalnya, ini bermakna mereka kini tidak boleh meneruskan lagi hubungan percintaan mereka. Keluarganya sangat menentang perhubungan berlainan bangsa dan agama.

“Walaupun aku dah pindah ke keluarga baru aku, tapi tak bermakna kita tak boleh berkawan lagi. Betul tak?” kata Alex kepada Darren.

“That’s right man. Aku tak kisah apa nama kau lepas ni. Ali ke, Omar ke, Abu ke…. Kau tetap diri kau yang aku kenal daripada kita sekolah rendah lagi,” balas Darren. 

Kemudian mereka serentak memandang kea rah Karen. Kelihatan Karen seperti mahu menitiskan air mata.

“Bro… I Should go now. I think you have things to settle with Karen.”

“Ok.”

Darren pun pergi meninggalkan Alex bersama-sama Karen. Alex rasa berdebar. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut diucapkan pada Karen.

Alex membuka bicara.

“Karen… Are you ok?”

“Yes. I’m fine…”

Serentak air mata Karen jatuh membasahi pipinya. Alex mengambil tisu lalu mengelap pipinya.

“Darling… Saya tahu tindakan saya kali ni dah mengubah semuanya tentang kita. I know, lepas ni kita tak boleh nak teruskan hubungan kita lagi sebab family you….”

Belum habis bicara Alex, Karen segera mencelah.

“No. Jangan salahkan diri awak sendiri. What you doing now is the best thing that should do. Kalau apa yang you buat ni boleh buat you happy, I tak kisah…. This is your life. You boleh buat apa saje dengan hidup you.”

Mereka berdua terdiam sebentar. Agak lama. Alex menyambung kembali.

“So… What about us?”

Karen terdiam mendengar soalan Alex itu.

Yes. What about us?

Karen memandang wajah Alex. Wajah lelaki yang amat dicintainya selama ini.

“I don’t know,” jawab Karen pendek.

“Karen. I hope kita tak bermasam muka tentang ni. Mungkin ini takdir kita. Maybe dah tak de jodoh antara kita...,” Alex menyambung bicara. Dia tahu jika mereka terus berdiam diri, apa yang terbuku di dalam hati tidak akan terluah dan perkara ini juga tidak akan selesai.

“Yes. You’re right. This is our faith. I pun harap kita tak bermasam muka tentang ni. I harap kita dapat putuskan hubungan kita dengan baik.”

Lega sedikit Alex mendengar kata-kata dari Karen.

“I know. Deep inside your heart, mesti perit you nak terima hakikat ni. I pun macam tu jugak. Tapi ini takdir hidup kita. I hope one day you will find a better man than me.”

Karen tersenyum.

“Yes. Same as me. I hope you can find a far better woman than me… Yang tak kuat shopping macam I.”

Mereka ketawa serentak. Nampaknya situasi semakin baik.

“So, ini tak bermakna kita tak boleh terus berkawankan. Keluar makan sama-sama. Tengok wayang sama-sama. Pegi shopping sama-sama. Cuma kali ini kita keluar sebagai kawan. Boleh kan?”, Tanya Alex lagi untuk kepastian.

Karen tersenyum. “Of course. No problem.”

“So, for the last time… I Just want to say that…..,” Alex terberhenti seketika.

“Say what?”

“I just nak cakap yang dalam ramai-ramai perempuan, you lah girlfriend yang paling I sayang selama ini. I tak pernah rasa happy sangat melainkan masa tengah couple dengan you…”

Karen tersenyum terharu dengan kenyataan Alex.

“I pun sama. You la satu-satu lelaki yang dapat membahagiakan I. Dengar tu ya? Satu-satunya. Bukan macam you. Dalam ramai-ramai perempuan. Dasar playboy.”

“Hei… I berhenti jadi playboy tau bila jumpa dengan you.”

Mereka ketawa serentak.

“Friend,” Alex menghulurkan tangan.

“Yes. Friend,” Karen menyambut salam Alex.

============

Brian membuka pintu bilik Alex. Dia gembira melihat bilik itu sudah kosong sekarang. Brian pun masuk ke dalam bilik Alex. Dia pun baring di katil Alex.

Sekarang, budak jahanam tu dah berambus. Senang sikit hati aku. Aku la raja dalam rumah ni sekarang.

Brian tersengih seorang diri.

Brian pun bangun melihat keadaan bilik di sekelilingnya. Mata Brian melilau mencari barang-barang yang menarik di dalam bilik Alex.

Di bukaknya laci almari milik Alex. Brian terjumpa PSP di dalam laci itu.

Brian pun mengambil PSP itu dan cuba bermain PSP tersebut. Selepas 15 minit, Brian mula bosan. Bukannya bosan di sebabkan PSP itu tidak menarik, tetapi dia tidak tahu hendak bermain dengan PSP tersebut.

Sial betul Susah pulak game ni. Sedangkan Play Station yang cucuk kat TV tu pun aku jarang-jarang main, inikan pulak PSP.

Brian menyelongkar laci yang lain pula. Dia menjumpai sebuah buku.

Diari ke ni?

Brian membuka buku tersebut.

Organizer rupanya.

Brian pun membelek-belek organizer tersebut. Brian tersenyum. Nampaknya dia sudah menjumpai sesuatu yang berharga.

================

Pak Mahat terkejut mendengar cerita dari Encik Lim. Tidak sangka banyak perkara sudah terjadi di rumah sebelah jirannya  yang tidak diketahuinya selama ini.

“Jadi… Alex dah ke mana?”, tanya Pak Mahat.

“Saya pun tak tahu la Pak Mahat. Rasanya dia cari keluarga asal dia agaknya.”

“Sabar la, Lim. Apa yang jadi tu mesti ada hikmahnya.”

“Tapi Pak Mahat, saya dah jaga Alex tu dari dia kecik. Dari besar tapak tangan. Sampai la umur 25 tahun. Masakan saya boleh lupakan macam tu saje…”

“Saya tau. Saya pun tengok Alex tu baik budaknya. Sabar la ye?”

Pak Mahat tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Dia sendiri tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.

“Lim, kau telefonlah doktor yang rawat anak kau masa dia accident tu. Mesti dia tau kat mana rumah keluarga asal Alex.”

“Tak payahlah, Pak Mahat.”

“Eh? Kenapa pulak?”

“Alex dah buat keputusan untuk tinggalkan rumah ni. Dia pun tak bahagia sejak si Brian tu pindah ke sini. Mungkin dia akan lebih bahagia dengan keluarga asalnya…”

Pak Mahat terdiam mendengar kata-kata Encik Lim itu. Dia faham bertapa sedihnya seorang bapa yang kehilangan anak.

“Sabar la, Lim. Aku yakin kau akan bahagia dengan anak kau yang baru ni….”

“Harapnya macam tu lah….”

===================

Darren membawa keretanya dengan perlahan kerana fikirannya sedikit terganggu dengan cerita Alex tadi.

Dia betul-betul tidak sangka yang Alex telah meninggalkan keluarganya. Tetapi jika dirinya diletakkan dalam situasi yang sama dengan Alex, dia akan keluar juga dari rumah itu.

Malah, Darren masih risau dengan Karen. 

Dapatkah Karen menerima hakikatnya sekarang? Dapatkah Alex memujuk Karen?

Timbul sedikit rasa sesal kerana meninggalkan Alex berseorangan dengan Karen. Bagaimana kalau Karen hilang pertimbangan di situ. Mungkin dia dapat membantu Alex.

Tapi kalau apa-apa terjadi, pasti Alex akan menelefon aku. So, mungkin semuanya ok?

Tiba-tiba telefon Darren berbunyi.

Alamak. Baru aku terfikir pasal diorang. Dah dapat call pulak. Mesti Alex tak boleh nak handle Karen agaknya. Entah-entah, si Karen tu dah mengamuk kat situ agaknya.

Darren mencapai telefon bimbitnya. Tiada nama Alex yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Hanya ada nombor. Ternyata bukan Alex.

Nombor siapa pulak ni? Aku pun tak save nombor ni? Siapa pulak ni?

Darren segera menjawab.

“Hello.”

“Hello….. Darren ke ni?”

“Yes. I’m Darren. How’s there?”

“I’m Brian.”

Darren terdiam sebentar.

Brian? Macam pernah dengar. Tak kan la ni Brian yang gantikan Alex tu…. Apa eh nama melayu dia….

“Brian? Who’s?”

“Saya Brian. Dulu nama saya Riz. Rizal. Anak kandung Keluarga Lim. Tak kan Alex tak de cerita kat awak kot?”

Yup. Memang inilah orang. Bull eyes.

“Ya. Brian… Kenapa awak cari saya?”

“Saje je… Nak berkenalan dengan awak…”

“Actually, mana kamu dapat nombor phone saya ni?”

“Oh… Lupa nak bagitau… Saya ambik dari organizer dia…”

Sial je budak ni. Suka-suka tengok private item orang lain.

“Oh… Ok. So, baik kita jumpa je. Lagipun I tengah drive ni…”

“Ok. We meet up at Zouk. Tempat favorite korang. Ke nak jumpa kat tempat lain?”

“Mana kau tahu tu tempat favorite kami?”

“It’s in the organizer..”

“Owh… Ok. Jumpa malam ni. Midnight. Don’t be late.”

“I will not.”

Talian terputus.

Sengal juga Alex ni. Nak pergi disko pun nak tulis dalam organizer.

Dan Darren terus berfikir. Apakah sebab sebenar Brian mahu berjumpanya malam ni? 

Perlukah dia memberitahu perkara ini kepada Alex?

Tidak. Baik aku jumpa dia dulu. Tengok apa yang dia nak…

Darren terus memandu keretanya….. 

======================

“Bye.”

“Bye.”

Karen pun pulang ke rumahnya dengan menaiki teksi. Kereta Karen rosak.

Jika dulu, Alex boleh mengambil Karen jika keretanya rosak. Sekarang tidak lagi. Dia sudah tiada kereta.

Alex pun melihat kiri dan kanan. Mencari teksi. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang mempunyai kamera ditangannya sedang mengambil gambarnya.

Lelaki tersebut terkejut kerana dia telah di kesan oleh Alex. Dia pun cepat-cepat melarikan diri.

Alex pun mengejar lelaki tersebut. Lelaki itu berlari dengan pantas. Malah, dia amat cekap melarikan diri dengan mencelah-celah di tepi orang yang sedang lalu lalang. 

Alex terus mengejar tetapi akhirnya lelaki tersebut telah hilang di celah-celah orang ramai.
Geram Alex kerana tidak berjaya mengejar lelaki tersebut. Perbagai soalan bermain di dalam mindanya.

Siapa lelaki yang menangkap gambar aku tu? 

Apa sebabnya lelaki itu mengintip aku? 

Dan yang penting sekali, siapa yang mengintip aku sebenarnya? Adakah aku dalam bahaya?

Sunday, August 2, 2009

DUA DUNIA EPISOD 18

Aku minta maaf kepada pembaca blog ni sebab lama sangat tak update blog ni. Laptop ada problem. Kalau nak bukak Microsoft Words pun, kena tunggu 5 minit baru boleh terbuka. Inikan pulak nak bukan internet. Maafkan aku ya? 

================================

Rahman kelihatan tak keruan. Walaupun dia berbaring di atas tilam, tapi dia merasakan yang dirinya sedang berbaring di atas batu. Keras dan menyakitkan. Pelbagai benda bermain di dalam fikirannya.

“Kenapa ni, bang? Lain macam je abang ni? Kenapa tak tidur lagi?”

Rahman memandang ke arah isterinya itu.

“Awak tak rasa apa-apa ke?”

“Rasa apa pulak?”

“Ye lah… Pasal Alex tu..”

“Kenapa dengan dia?”

“Ye lah tiba-tiba je dia muncul depan pintu rumah kita. Panggil awak mak, panggil saya ayah..”

“Abang ni…. Bersyukur la pada tuhan, dia dah kembalikan anak kita. Kenapa abang banyak soal pulak ni…”

“Abang takut dia datang ke keluarga kita ni dengan hati yang tak ikhlas..”

“Abang, saya yakin yang dia dah mendapat rahmat dan hidayah untuk balik semula ke pangkuan keluarga asal dia. Abang tak payah la nak mempersoalkan benda macam tu.”

“Mana awak tahu dia ikhlas?”

“Saya ni mak dia. Saya yang mengandungkan dia dalam perut saya ni 9 bulan 10 hari. Walaupun saya tak besarkan dia, tapi saya amat yakin yang dia memang ikhlas. Naluri keibuaan saya cakap macam tu… Saya boleh nampak dari mata dia, bang. Dia memang ikhlas....”

Rahman terdiam mendengar kata-kata isterinya. Mungkin benar. Naluri seorang emak memang berbeza dengan naluri seorang ayah.

“OK. Saya percaya dengan awak. Saya harap dia boleh sesuaikan diri dia dengan keluarga kita ni…”

“Abang jangan risau, saya yakin dia boleh…..”

====================================

Raihana berasa sedikit canggung tadi.

Semasa dia mahu tidur, dia menegur ‘abang barunya’ itu.

“Selamat malam, bang.”

Raihana menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Selamat malam.”

Alex menyambut salam Raihana. Raihana mencium tangan Alex. Tiba-tiba, Alex memeluk Raihana dan mencium dahinya.

Memang tidak salah dari segi agama atau nilai kekeluargaan untuk seorang abang memeluk dan mencium adik perempuannya. Pelukkan dan ciuman itu menunjukkan kasih saying antara adik dan abang.

Tapi yang membuatkan rasa janggal terbit kerana lelaki yang memeluk dan menciumnya tadi ialah seorang lelaki yang tidak pernah dibesarkan bersama dan secara tiba-tiba muncul pada malam ini dan memeluknya. Itu mungkin yang menyebabkan Raihana merasa janggal.

Ala… Nanti lama-lama nanti hilang la rasa janggal tu.

Raihana mula teringat sesuatu. Sepanjang dia menjadi adik kepada Riz, tidak pernah sekali pun Riz menunujukkan rasa kasih saying pada dirinya. Jangankan nak peluk, nak bersalaman dengan dengan Riz pun tidak pernah.

Mungkin Alex boleh jadi abang yang lebih baik dari Riz?

Raihana tersenyum. Mungkin impiannya untuk mendapat abang yang mengambil berat pada dirinya seperti kawan-kawanya yang lain sudah tercapai…

================

Alex tersedar dari tidurnya. Semenjak Brian pindah masuk ke rumahnya, Alex sering kali tidak dapat tidur dengan nyenyak. Tapi kali ini, dia betul-betul rasa aman dan selesa. Tiada tekanan apabila masuk ke rumah Rahman.
 
Alex merasakan dirinya bagaikan di syurga.Walaupun pada kenyataannya, bilik yang menjadi bilik tidurnya itu adalah bilik tidur Riz satu masa dahulu.

Segalanya amat selesa di dalam bilik ini. Walaupun bilik ini jauh lebih kecil berbanding biliknya di rumah Encik Lim dulu. Tiada air-cond, tiada katil king size, tiada televisyen 42 inci, tiada DVD player dan tiada segalanya.

Yang ada dalam bilik ini hanyalah sebuah katil bujang yang hampir runtuh, almari baju yang sudah tidak berpintu, kipas siling yang perlahan dan poster seksi Pamela Anderson yang hanya memakai bikini dengan pose seksi di tepi kolam renang.

Ayah dan mak tak marah ke si Riz ni tampal poster macam ni dalam bilik? Ke sebab Riz tu degil sangat sampai diorang dah tak ambik peduli?

Alex Cuma tersenyum. Dia pun menanggalkan poster tersebut dari dinding.

Alex mencapai tuala dan terus ke bilik air. Alex melihat bilik air keluarga Rahman memang jauh berbeza dengan bilik air Keluarga Lim.

Tiada bathtub.

Nampaknya aku dah tak boleh berendam.

Tiada air panas.

Alamak… Aku ni dah la suka mandi air panas.

Tiada tandas duduk.

Alamak….. Lagi satu ni. Tak pernah la pulak aku cangkung kalau nak berak.

Alex segera berhenti dari merungut.

Aku tak boleh macam ni. Aku dah pilih keluarga ni. Aku kena ikut cara keluarga ni. Lagipun, kalau ikut kan inilah cara sebenar aku dibesarkan.

Alex pun mandi tanpa banyak soal. Cuma masih sedikit berasa canggung ketika buang air besar.
Sesudah mandi, Alex pun ke meja makan untuk bersarapan sekeluarga. 

Sarapan pertama bersama keluarga baru aku…. 

Aku akan ingat sampai bila-bila….

Sebaik Alex duduk, Rahman pun membaca doa makan. Maryam dan Raihana menadah tangan. Alex tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia hanya tunduk ke bawah semasa doa dibacakan.

Hidangan sarapan mereka pagi itu ialah nasi lemak yang dimasak oleh Maryam sendiri. Beserta kopi O pekat. Alex mengambil nasi lemak dan segera menyuapkan ke dalam mulut.

“Wow…..”

“Kenapa, Alex?”, soal Maryam kehairanan.

“Mak cik…. Eerr.. Mak. Seumur hidup saya makan nasi lemak, tak pernah saya rasa nasi lemak sedap macam ni. Memang jauh sedap nasi lemak ni dari yang saya beli dari kedai. Superb. Dah sama sedap dengan Nasi Lemak Kampung Baru ni….”

Maryam ketawa kecil. Geli hatinya mendengar gurauan Alex.

“Alex…. Nasi lemak jual dengan nasi lemak buat sendiri mesti la lain…”

“Tapi mak…. Ini betul-betul sedap ni. Tak pernah dalam dunia saya rasa sedap macam ni.”
“Hish… Kamu ni… Ada je..”

Rahman dan Raihana tersenyum melihat muka Maryam kemerah-merahan kerana pujian Alex.

Sesudah habis Rahman mengumpulkan semua ahli keluarganya di ruang tamu. Ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan, kata Rahman. Rahman memulakan bicaranya dengan nada serius.

“Alex… Kami sekeluarga bebesar hati untuk menerima kamu dalam keluarga kami…. Lagipun, memang kamu ni anak kandung kami. Jadi, memang kami bersyukur amat kepada Allah Taala kerana mengembalikan kamu kembali ke pangkuan kami…”

Maryam menitiskan air mata. Air mata gembira. Sekurang-kurangnya dia sudah kembali mendapat anak lelakinya semula.

“Tapi….”

Bicara Rahman terberhenti seketika.

“Kenapa ayah? Apa yang tak kena dengan saya? Saya ada buat silap ke?”

Tanya Alex bertalu-talu.

“Bukan. Cuma masa kamu di Keluarga Lim dan sekarang kamu di keluarga ini… Kamu mesti rasa berbezakan. Kami tak mampu nak bagi kamu kemewahan macam keluarga kamu yang dulu tu. Kami tak mampu bagi semua tu. Tak de duit dalam keluarga ni. Tak de kereta besar dalam keluarga ni…

Belum habis Rahman bercakap, Alex bangun dan melutut di depan Rahman. Dengan segera air mata Alex mengalir di pipi.

“Ayah… Saya dah merasai semua tu ayah… Memang betul. Masa saya tinggal dalam keluarga lama saya, saya macam tidur atas duit. Duit tidak jadi masalah tapi duit tak boleh beli nilai kekeluargaan. Apa guna duit menimbun di depan mata saya kalau saya tak rasa bahagia?”

Rahman terdiam. Dia sedar yang anak lelakinya ini memang ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan keluarga. Memang ikhlas ingin menjadi ahli keluarganya.

Rahman dapat merasakan yang Alex bakal menjadi anak lelakinya yang lebih baik berbanding Riz, yang kini sudah menjadi Brian. Dia yakin Alex akan jadi anak yang taat pada keluarganya.

Rahman pun memeluk Alex. Mereka bercucuran air mata. Maryam dan Raihana juga menangis.

Mereka tahu bertapa seksanya jiwa Rahman semasa Riz terlantar di dalam hospital dan bagaimana Rahman hampir hilang arah bila Riz memutuskan untuk meninggalkan keluarga ini.

“Ada satu lagi perkara yang perlu dibincangkan…,” Rahman menyambung bicara semula.

“Apa dia ayah?”

“Kali ini pasal peribadi kamu… Dalaman kamu..”

“Dalaman saya? Kenapa pulak dengan saya, ayah?”

“Macam yang kamu tahu. Bila kamu masuk ke keluarga ini, kamu patut sedar sesuatu kan?”

Alex terdiam. Berfikir sebentar.

“Ya. Saya tahu. Agama saya.”

“Ya, Alex. Agama kamu. Kamu tahukan kami semua penganut Islam. Dan kamu kini sudah menjadi sebahagaian dari kami. Jadi kamu juga perlu menukar agama kamu.”

“Ya. Saya tahu, ayah. Itu tak jadi masalah. Saya akan bekerja keras untuk jadi sorang muslim yang baik.”

Rahman tersenyum.

“Tapi Alex. Kamu kena betul-betul mendalami Islam. Islam bukan hanya di mulut, tapi juga di hati. Kamu kena ikhlas menjadi sorang muslim. Kamu kena yakin kepada tuhan kita, Allah Taala. Kamu kena taat atas segala tuntutan dan ajarannya. Kamu sanggup?”

“Ya. Saya sanggup.”

“Kamu sanggup melepaskan cara hidup kamu sebelum ni?”

“Ya, ayah. Saya memang sanggup.”

Rahman bangun menghulurkan tangannya kepada Alex.

“Selamat datang ke dalam keluarga kami.”

Alex pun menyalam tangan Rahman dan mencium tangannya itu.

“Pasal hal-hal agama ni, kamu jangan risau. Ayah boleh bincang dengan tok imam kat masjid tu. Nanti ayah mintak tolong dia serapkan kamu dalam kelas agama yang dia buat di masjid tu.”

“Terima kasih ayah…”

“Dan satu lagi…”

“Apa dia ayah?”

“Ada satu lagi benda yang perlu di ubah..”

“Apa lagi ayah? Apa yang nak kena ubah lagi.”

“Nama kamu. Kalau kamu dah masuk Islam, kamu kenalah tukar nama kamu. Boleh kalau tak mahu tukar, tapi sedap sikitlah kalau kamu tukar nama kamu…”

Alex tersenyum. Kalau Riz boleh tukar jadi Brian, kenapa tidak dia?

“Ayah nak carikan nama untuk saya, atau saya cari sendiri?”

“Sebab kamu datang ke keluarga ni dengan kerelaan hati kamu, apa kata kalau kamu sahaja yang pilih sendiri. Boleh?”

“Boleh.”

“Saya tolong abang pilih nama nanti ya? Lagipun, adik ada simpan buku senarai nama yang baik dalam Islam tu…,” sampuk Raihana.

“Ok,” jawab Alex.

Mereka pun ketawa keriangan.

Maka, terciptalah satu keluarga yang bahagia hari ini…..

Tetapi sejauh manakah kebahagian itu akan berkekalan?  

Sunday, July 19, 2009

HIATUS LAGI DAN LAGI, DAN LAGI.....

Maafkan aku...

Tapi aku terpaksa Hiatus untuk sementara waktu...

Banyak sangat perkara yang terjadi dan perlu di settle kan....

Jumpa minggu hadapan....

Wednesday, July 8, 2009

DUA DUNIA EPISOD 17

Seperti biasa, setiap kali ada tetamu datang ke rumah kecil keluarga Rahman, Maryam biasanya yang bertugas untuk membuat minuman untuk tetamu yang datang menghilangkan kehausan mereka. Air kopi menjadi pilihan Maryam untuk dihidangkan kepada tetamu rumahnya itu.


Maryam akan membuat air untuk tetamunya dengan rasa gembira kerana ada juga tetamu yang sudi datang ke rumah kecilnya untuk melawat dan bertanya khabar keluarganya.

Tetapi kali ini berbeza. Maryam membuat air kopi untuk tetamunya dengan perasaan yang bercampur-baur. Gembira, sedih, ragu-ragu.... Semuanya ada.

Maryam sedang membuatkan air minuman untuk tetamu yang paling tidak disangka-sangkakan akan datang ke rumahnya. 

Tetamu yang datang kali ini ialah bayi yang dikandungkannya selama 9 bulan lebih kurang 25 tahun dahulu tetapi akhirnya telah bertukar dengan bayi yang lain.

Beberapa bulan yang lepas, tetamu itu tidak mahu mengaku dan menerima dirinya dan juga suaminya sebagai ibu dan ayahnya. Tetapi pada malam ini, tetamu itu sudah berada di depan mata mereka.

"Mak... Ayah... Adik.... Saya dah balik..."

Dia panggil aku mak?

Maryam tersenyum sendiri. Timbul rasa gembira dan bersyukur terhadap apa yang terjadi pada malam ini.

Kopi sudah siap dibancuh. Maryam pun membawa kopi ke ruang tamu.

Alex kelihatan kepenatan dan senyap sahaja. Raihana dan Rahman yang duduk bersama juga tidak bersuara.

"Mana Alex dapat tahu kami tinggal kat sini...," tanya Maryam memecah kebuntuan.

Alex sedikit terkejut dengan pertanyaan Maryam. Alex memandang ke arah muka Maryam. Maryam tersenyum. Senyuman yang menghilangkan rasa takut dan gelisah Alex.

"Eerr... Dari Doktor Wong. Saya call dia tadi.. Dia yang bagi alamat rumah ni..."

"Oohhh..."

Keadaan senyap kembali.

"Kenapa awak datang ke sini?"

Pertanyaan Raihana telah menyentak lamunan semua orang terutamanya Alex.

Muka Alex serta merta berubah. Raihana yang perasan dengan perubahan riak muka Alex segera meminta maaf pada Alex.

"Sorry ye..."

"It's ok..."

Berat rasa Alex mahu bercerita. Tapi dia tahu dan sedar dia kini ingin menjadi ahli keluarga mereka dan rasanya tidak perlulah untuk dia berahsia lagi.

===============================

Encik Lim duduk di sofa empuk di ruang tamunya. Keempukan sofa tersebut bagaikan tidak terasa lagi setelah pemergian Alex tadi.

Encik Lim masih teringat lagi pandangan mata Alex bila dia melangkah keluar dari rumah itu. Pandangan mata yang penuh dengan perasaan kecewa dan sedih.

Air mata Encik Lim mula mengalir. Anak kesayangannya kini sudah hilang dari pada pandangan matanya.

Encik Lim mula risau tentang Alex. Ke mana dia pergi? Dah makan ke belum? Di mana dia tidur malam ini?

Bercelaru kepala Encik Lim. Anak yang dibesarkan dan ditatang seperti minyak yang penuh sehingga 25 tahun kini menghilang entah ke mana.

"Darling.... What are you doing down here?"

Encik Lim berpaling ke belakang. Kelihatan Puan Lim sedang tersenyum lebar.

"You ni kenapa? Gelisah tak tentu pasal aje ni?"

"You ni memang.... Memang tak berhati perut!!!" Akhirnya Encik Lim tidak mampu lagi membendung perasannya. Kali ini dia akan meluahkan perasaannya.

"Haa?? What with you?"

“Not me. It’s You!!!! Why the hell you throw away our son?”

“What do you mean? I tak buat apa-apa pun..”

“You halau anak kita. Itu you kata tak buat ape-ape?”

“Halau anak kita. No. Anak kita tu sihat je. Ada kat atas tu. Dalam bilik, tengah tidur. His fine..”

“Not him…. Alex…”

“Alex?? His not our son….. And hell, his also not your son!!”

Encik Lim terdiam sejenak. Dia tidak sangka isteri kesayangannya itu sanggup berkata demikian.

"Look, dear... You have to forget Alex... His not our son. Brian is our son. Our biology son. Anak yang datang dari darah daging kita. Dari benih kita. Dalam badan dia tu, mengalir darah keluarga Lim. That's Brian. Not Alex!! Alex tak de darah keturunan Lim, ok? Dia bukan anak kita. Bukan datang dari benih kita..."

"Tapi.. Dah hampir 25 tahun kita besarkan dia..."

"I know dear.... But you have to face the reality.... Brian is our son..."

Encik Lim terdiam semula. Dia sedar, tiada apa lagi yang mampu mengubah pemikiran isterinya itu. Di dalam hati isterinya itu kini sudah dipenuhi dengan api kebencian.

"Come, dear... Let's go up stairs...," pujuk Puan Lim apabila melihat ketidak keruan suaminya itu.

"Tak pe... You naik dulu.. Nanti I naik."

Tanp mereka sedari, Brian sedang mendengar segala perbualan dan perbalahan kedua suami isteri itu.

Brian tersenyum puas. Dia pun segera masuk ke dalam biliknya. Mencapai telefon bimbitnya. Dengan segera Brian menelefon Fizan.

"Hello...," kedengaran suara Fizan sayu di corong telefon. Fizan yang sudah tertidur.

"Hello... Oit, Fizan! Kau tengah buat apa je tu?"

"Siot la kau ni!!! Cuba la bawak-bawak bagi salam."

"Banyak la kau. Aku bukannya Islam lagi!"

"Oh... Ye tak ye jugak... Ha, apa hal ko call aku malam-malam buta ni?"

"Yang kau tidur awal ni kenapa? Tak pernah-pernah kau tidur awal ni?'

"Sakit la perut aku. Kena sepak dengan Alex tadi..."

"Baru kena sepak sekali dah kecoh!!! Gua banyak kali kena tumbuk dengan dia, rileks je...."

"Ha.. Ye la, ye la. Ni kenapa kau call aku ni?"

"Besok keluar jom. Kita celebrate sikit..."

"Nak celebrate ape pulak ni?"

"Nak celebrate kemenangan aku pada Alex."

Fizan terdiam sekejap. Kehairanan apa maksud Alex dengan kemenangan.

"Apa yang kau menang? Menang motor ke? Kalau ikut-ikutkan, masa bergaduh tadi kau yang kalah.."

Brian ketawa besar.

"Aku menang benda lebih besar dari tu..."

"Apa yang kau menang?"

"Aku dah berjaya buat Alex kena halau keluar dari rumah ni..."

"Ha? Betul ke ni?"

"Yup. Sekarang ni, aku la satu-satunya anak lelaki dalam rumah ni. Aku la satu-satunya pewaris harta keluarga Lim ni kalau kedua-dua mak bapak aku tu mampus nanti..."

"Haaa..?? Ye ke? Kau biar betul ni!! Bila dia kena halau, beb?"

"Tadi. Baru je."

"So, nak pergi mana esok?"

"Malam esok kita keluar. Pergi disko. Kita kasi mabuk."

"Ok, set. Kita mabuk sampai lupa dunia!!!"

Mereka gelak besar bersama.

============================

Rahman, Maryam dan Raihana terkejut mendengar cerita dari Alex. Mereka semua tidak sangka yang ibubapa Alex akan menghalau dia kerana Brian.

"Tak sangka pulak mereka sanggup halau awak..."

Alex tersenyum sinis.

"Saya lagi tak sangka. Mungkin ini takdir saya..."

Mereka terdiam semula.

"Boleh saya minta sesuatu...," sambung Alex semula.

"Ya, apa yang anak nak?" jawab Maryam ramah.

"Boleh saya tumpang tidur kat sini untuk sementara waktu?"

"Sementara waktu? Sampai bila-bila pun boleh. Awak kan anak kami. Betul kan, bang?", Maryam memandang Rahman.

Rahman tersenyum. Tanda setuju.

"Selamat datang ke dalam keluarga kami."

Maryam memeluk Alex.

Alex bagaikan tidak percaya. Beberapa jam yang lepas, dia berasa sedih kerana telah di halau oleh ibunya. Beberapa jam yang lepas, dia kehilangan keluarga.

Tetapi beberapa jam kemudian, dia kini sudah menjadi ahli keluarga kepada satu keluarga baru yang asing baginya. Tetapi yang pasti, ini memang keluarganya yang sebenar. Keluarga yang berkongsi darah daging yang sama dengannya.

Bersambung........

=========================

P/S: Aku memohon maaf kepada pembaca kerana aku menggunakan istilah Mr. Lim dan Mrs. Lim. Sepatutnya Encik Lim dan Puan Lim. Harap maaf.

Wednesday, July 1, 2009

DUA DUNIA EPISOD 16

Alex melihat bibirnya di cermin. Luka, bengkak dan pecah.

Alex menyentuh bibirnya dengan hujung jari dengan pelahan-lahan.

“Adoi!”

Alex kesakitan. Geram hati Alex.

Sial punya Riz… Eh, Brian. Ah! Tak kiralah apa nama dia sekarang.  Pecah bibir aku dibuatnya.

“Alex! Kenapa sentuh bibir you tu? Mari saya letak ubat.”

Alex akur arahan Karen. Alex terus duduk di sofa empuk yang menghiasi rumah sewa Karen itu.

Karen meletak ubat pada bibir Alex yang luka-luka itu. Dahi Alex berkerut menahan sakit.

“Sakit ke?”, Tanya Karen

Alex menggeleng.

“Eleh… Tak nak mengaku pulak you tengah sakit. Ego!”

Alex tersenyum. Namun hatinya masih geram mengenangkan peristiwa di depan wayang di KLCC tadi.

Alex memang sudah mengagak yang mereka pasti akan bergaduh kali ini. memandangkan Brian bersama kawan-kawannya yang ramai, pasti dia mengambil kesempatan untuk bergaduh.

“Wwaa… Abang ku…. Ini ke bakal kakak ipar saya nanti?”

Brian (Riz) mendekati Karen. Alex menghalang kemaraan Brian.

“Oohhh…. Abang nak halang saya ke? Mampu kea bang halang saya?”

“Brian…. Baik kau berambus. I don’t want to fight with you.”

“Why? Are scared of me? Or are you not man I enough?”

“Brian… Just go!”

Brian ketawa kecil melihat Alex cuba member pelindungan pada teman wanitanya. Brian berpaling pada kawan-kawannya.

“Kawan-kawan semua!! Abang gua takut nak gaduh dengan gua!! Abang gua penakut!!!”

Keadaan menjadi bising. Kawan-kawan Brian meriuhkan suasana.

“Tak kan takut kot, Bro?” Fizan mencuba untuk provoke Alex.

Semakin kuat hilai ketawa mereka semua. Orang ramai yang lalu lalang semua berpaling dan menumpukan perhatian pada mereka semua.

“Alex… Sebagai seorang adik, saya nak bagi peluang sikit pada abang. Saya bagi abang peluang untuk tumbuk saya dulu. Ini kira macam penghormatan pada abanglah ni.”

Alex hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu melayan perangai gila adiknya itu.

“kenapa? Kau takut ke? Takut mama marah kau nanti kat rumah?”

Alex terus mendiamkan diri. Alex melihat keadaan sekeliling. Cuba melihat jalan keluar. Malangnya, dia dan Karen telah dikepung oleh kawan-kawan Brian yang lain.

Brian berjalan mengelilingi Alex dan Karen. Dia kemudia berhenti dibelakang Karen dan memegang rambut Karen dan menghidunya.

“Wow…. Wanginya rambut you.”

Karen terkejut dengan tindakan Brian. Dia menepis tangan Brian.

Alex geram dengan perbuatan Brian tapi masih cuba sedaya upaya untuk bersabar.

“Wangi badan you ni… Mesti badan you lagi wangikan?”, Brian terus melemparkan kata-kata untuk membuatkan Alex marah.

“Brian… Jangan bagi aku marah…”

“Kenapa Alex? Kau marahkan aku? Tumbuklah aku. Ni! Tumbuk kat sini.”

Alex mengetapkan bibir. Dia sendiri tidak pasti berapa lama lagi kesabaran dirinya dapat bertahan.

“Siapa nama awek kau ni? Karen kan?”

Alex mendiamkan diri lagi.

“Pegh.. tak nak jawap tu.”

Brian mengalihkan perhatian pada Karen.

“Macam ni lah Cik Karen. Apa kata awak ikut saya. Macam yang awak tahu, Alex ni bukan darah daging Keluarga Lim. Dia tak dapat mewarisi harta keluarga. Saya ni anak kandung Keluarga Lim. So, apa kata Cik Karen ikut saya. Tak guna awak terus dengan Alex ni. Dia ni, habuk pun tak de tau.”

“Tak ingin I nak follow you,” Karen menjawap dengan keras.

“Oh, jual mahal ye..”

Brian terus menarik tangan Karen.

“Hei!! What are doing? Let me go!”

Dan pada tika inilah, segala kesabaran Alex telah hilang ditiup angin. Segela kegeramannya yang terkumpul setelah sekian lama akhirnya meledak bagaikan gunung berapi.

 Alex pun melepaskan satu tumbukannya tepat mengenai hidung Brian. Darah keluar memancut dari hidung Brian. Brian jatuh terlentang.

Brian bangun semula. Memegang hidungnya yang berdarah. Kawan-kawannya cuba masuk campur tetapi Brian sendiri menghalang.

“Oohh…. Dah pandai melawan ye? Ok. Jom kita tengok, antara kita adik beradik siapa yang paling hebat,” Brian mula mencabar Alex.

Alex kini sedar tiada jalan lagi untuk berpatah balik. Mahu tak mahu, Alex kini terpaksa bergaduh untuk pertama kalinya dalam hidup.

Brian melepaskan tumbukan tetapi dengan mudah Alex mengelak. Brian menumbuk lagi tetapi sekali lagi Alex mengelak. Tiba giliran Alex pula untuk menumbuk. Tumbukan Alex tepat mengenai pipi kiri Brian.

Brian mula bengang. Dia pun menendang perut Alex. Alex jatuh terduduk. Brian menendang lagi tapi dapat di elak oleh Alex. Alex bangun dan menumbuk Brian dan tepat mengenai hidung Brian semula. Kesakitan Brian tidak dapat dibendung lagi. Dia menjerit kesakitan.

Fizan tidak senang hati melihat kawannya kesakitan Fizan terus menuju kea rah Alex. Tetapi nampaknya Alex sudah bersedia. Alex mengelak dan menendang perut Fizan. Fizan terjatuh.

Melihat lawannya sudah terpesong perhatiannya, Brian pun melepaskan tumbukan tepat pada mulut Alex. Alex terjatuh. Bibirnya pecah. Brian cuba menggasak semula tetapi pasa saat-saat genting tersebut, kelihatan sekumpulan pengawal keselamatan tiba di tempat pergaduhan.

Mereka semua lari bertempiaran. Alex mencapai tangan Karen dan terus melarikan diri.

“Darling…”

Alex mula tersedar dari lamunannya. Dia memandang ke arah Karen.

“You berangan apa tu?”

Alex hanya tersenyum. Wajah cantik Karen telah meniup kesemua kesakitan yang dideritainya. Samada secara zahir atau batin.

“Mari saya ubat bibir you tu. And then you can go home.”

Wajah Alex terus muram.

“Why dear? Did I say something wrong?”, Karen risau jika kata-katanya melukai Alex.

“No…. Just… Saya pun tak tahu samada saya patut balik ke rumah atau tak?”

“Kenapa you cakap macam tu?”

“Sebab saya tak pasti apa reaksi my parents about this…”

“Maksud you?”, Karen tidak faham maksud sebenar Alex.

“I rasa mesti my parents will backup his sticking ass for this…”

================================

Mr. Yap membelek-belek gambar yang diberikan oleh Bidin. Gambar pergaduhan antara Brian dan Alex di hadapan wayang.

“Hahaha!!! Akhirnya, Riz dan Alex bergaduh juga akhirnya…”

“Mr. Yap… Silap tu. Nama Riz yang baru sekarang Brian. Brian Lim,” Bidin membetulkan Mr. Yap.

“Oh. Dah tukar nama rupanya.”

Mr. Yap terus tersenyum. Sedikit hajatnya telah terkabul kini. Keluarga Lim mula berpecah belah.

“So, tugas saya dah tamat ya, Mr. Yap?”, Tanya Bidin yang sebenarnya masih belum mahu Mr. Yap menamatkan servisnya kerana Mr. Yap membayar upah yang agak lumayan berbanding klien-kliennya yang lain.

“Belum lagi, Bidin…. Tugas kamu baru bermula…”

“ Baru bermula?”

“Buat masa sekarang kamu mengintip dulu. Nanti saya akan bagi tugas baru pada kamu. Tapi tugas ni agak mencabar. Kamu boleh buat ke?”

Bidin tersengih.

“Boleh Mr. Yap. Tapi upahnya pun…. Kena la makin mencabar. Berul tak?”

“Itu awak jangan risau Bidin. Upahnya memang lumayan. Lumayan hingga awak boleh bercuti setahun lepas semua ni selesai..,” Mr. Yap cuba meyakinkan Bidin.

“Betul ke , Mr. Yap? Kalau macam tu, saya On je.”

Mr. Yap tersenyum. Dia amat gembira kerana apa yang diimpikan pasti akan tercapai tak lama lagi.

==================================

Alex membuka pintu rumahnya. Dia menjenguk kepalanya ke dalam. Melihat keadaan sekeliling. Tiada kelibat ibubapanya mahupun Brian di ruang tamu. Alex melangkah masuk.

Tiba-tiba tekaknya terasa haus yang amat. Alex pun melangkan ke dapur.

Sebaik sahaja Alex membuka lampu dapur, kelihatan Ibubapa Alex serta Brian sudah menunggu ketibaannya. Alex agak terkejut dengan kemunculan mereka dengan tiba-tiba itu.

“Baru nak ingat rumah ke, Alex?”, jerkah Mrs. Lim sambil menjengkilkan matanya.

Alex tidak menjawab. Dia terus ke arah peti sejuk dan mengambil air sejuk lalu minum.

“Wahhh… Sekarang kau dah kurang ajar ye, Alex? Dah tak tahu nak tegur sapa dengan kami lagi, ya?”

‘Kau’? Alex terkejut mendengar perkataan itu terpacul dari mulut ibunya itu.

Sebelum ini, Mrs. Lim tidak pernah membahasakan dirinya sebagai kau. Biasanya, ibunya itu akan memangilnya dengan panggilan yang manja. Tapi kini tidak lagi.

“Kalau kau dah tak tahu nak hormatkan kami lagi, kau boleh keluar dari rumah ni!!!!”

Mr. Lim terkejut mendengar kata-kata yang terhambur dari mulut isterinya itu. Dia tidak sangka yang isterinya itu sanggup menghalau Alex keluar dari rumah.

“Darling… Kenapa tegas sangat ni? Tak kan la you nak halau Alex keluar dari rumah pulak…,” Mr. Lim cuba memujuk isterinya itu supaya menarik balik kata-katanya yang terlepas itu.

“Yes! I want he to get lost from this house. His not belong here!!”

Terkejut Mr. Lim mendengar kata-kata yang keluar dari mulut . Dia betul-betul tidak sangka yang isterinya memang begitu serius kali ini.

“ Darling… Tak kan la you nak halau anak you sendiri…”

“Anak? Siapa anak I? Alex? Huh!!! Alex is not my son and he is also not your son. My only son is of course my lovely, Brian…” Mrs. Lim memeluk Brian. Brian tersenyum sinis sambil memandang Alex dengan satu tenungan tajam.

Mr. Lim terkejut. Nampaknya keadaan sudah menjadi serius. Dia perlu berbuat sesuatu untuk menghalang perkara ini menjadi semakin buruk.

Tetapi…. Kata-kata Alex telah membunuh niatnya itu.

“Tak pe lah, Mama…. Memang Alex nak keluar pun dari sini. I already sick living in this hypocrisy house!”

Alex berpaling dan melangkah pergi.

“Mama jangan risau. Alex tak kan ambik satu pun harta dari rumah ni. Alex keluar sehelai sepinggang…”

“Alex….,” Mr. Lim pergi menghalang Alex dari melangkah pergi. Tapi dengan tenang Alex hanya tersenyum kepada ayahnya.

“Papa… Don’t worry about me anymore. Just take care the new family.”

Alex pun melangkah kea rah pintu. Sebelum melangkah keluar, Alex berpaling kepada ke belakang. Memandang kea rah wajah ibu dan ayahnya yang membesarkannya hamper 25 tahun untuk kali terakhir.

“Mama… Papa…. Walau apa pun yang mama dan papa buat pada Alex…. I will always love you and respect you like my own parents… I will never forget all the sweet memories of us as a family…. And I always remember both of you as my first parents who thought me about the greatest thing in the world…. That is…. ‘Love’…”

Alex pun melangkah keluar dari rumah agam Keluarga Lim. Meninggalkan rumah yang menyimpan 1001 memori yang tak mungkin akan dilupainya untuk selama-lamanya.

Mrs. Lim tersenyum puas. Dia sudah tidak sanggup membesarkan seorang anak lelaki yang bukan datang dari darah dagingnya.

Brian ketawa puas di dalam hatinya kerana sudah berjaya menghapuskan pesaing untuk merebut semua harta Keluarga Lim.

Cuma Mr. Lim yang menangisi pemergian Alex. Menangisi pemergian seseorang yang sudah dianggap sebagai anak untuk sekian lama.

==========================

 Raihana sedang asyik menonton televisyen. Rancangan siri drama yang memaparkan tentang kehidupan tentang sekumpulan pelajar di Universiti.

“Wwaaa… Taksubnya tengok cerita tu. Dah mula berangan nak jadi siswi ye?” usik Rahman.

Raihana tersenyum malu. Pipinya mula merah. Dengan wajahnya yang cantik dan mempunyai kulit yang putih, Raihana kelihatan comel apabila pipinya menjadi kemerah-merahan.

Maryam yang sedang melipat baju hanya tersenyum melihat gelagat anak-beranak itu.

“Assalammualaikum….”

“Waalaikummussalam…,” jawab Rahman. “Siapa pulak la datang rumah kita malam-malam ni? Cuba kamu tengok Raihana.”

Raihana patuh. Dia pun bangun dan pergi membuka pintu. Sejurus pintu terbuka, Raihana agak terkejut dan menjerit kecil apabila melihat tetamu yang datang.

“Siapa tu Rai?” Tanya Rahman apabila mendengar jeritan kecil anak daranya itu.

“Ayah… Emak… Baik datang sini..tengok siapa yang datang ni…”

Rahman dan Maryam agak hairan dengan reaksi Raihana. Mereka pun segera bergegas ke arah pintu.

Sebaik sampai ke muka pintu, Rahman dan Maryam terkejut melihat tetamu yang datang pada malam hari itu.

“Abang… Ini bukan ke…”

“Ye… Abang pun rasa dia jugak ni…”

Tetamu yang datang ke rumah mereka itu hanya mendiamkan diri.

Raihana pun menegur tetamu tersebut.

“Aaa… Awak ni bukan ke…”

“Ya… memang saya.”

Tetamu itu mengangkatkan mukanya. Memandang terus kea rah Rahman, Maryam dan Raihana.

“Mak…. Ayah… Adik… Saya dah balik…”

Rahman pun terus kelu tak terkata apabila mendengar Alex memanggil dirinya ayah untuk pertama kalinya…..

Bersambung…..

Tuesday, June 23, 2009

DUA DUNIA EPISOD 15

Mula-mula sekali, aku ingin meminta maaf kepada pembaca blog ini sebab aku sudah agak lama gagal mengemaskini blog ini. Aku agak sibuk buat kebelakangan ini. Harap kamu semua dapat bersabar dan terus memberikan sokongan pada blog ini.

================================

Fizan mula bosan menunggu. Dia kembali melihat jam tangannya yang berharga RM 10 yang dibelinya di Petaling Street Bulan lalu.

"Mana bangsat tu, Fizan? Lama siot tunggu. Peluh dah ketiak aku ni!!!", tanya Samad. Mula kurang sabar menunggu.

Fizan diam. Tiada jawapan.

"Fizan....."

"Mana aku tau lah, babi!!! Cuba kau sabar sikit!!!"

Fizan mencapai kembali handphone-nya.  Fizan mendail kembali nombor Riz.

Ada bunyi tona deringan. Namun masih tiada yang mengangkatnya.

Sial la. Si bodoh ni dah tukar nombor ke? Call tak angkat-angkat pun.

Fizan memandang Samad. Samad memandang muka Fizan dengan pandangan yang kosong.

"Jom la blah. Aku tak rasa Riz tu nak datang jumpa kita la," cadang Samad pada Fizan.

Fizan diam dan terus berfikir.

"Fizan..."

"Jom la."

Fizan bangun dan bersedia mahu meninggalkan tempat tersebut. Baru sahaja mereka mahu beredar, sebuah kereta Mercedez-Benz CLS-Class kelihatan dan berhenti di sebelah mereka dan hampir melanggar mereka. 

Fizan dan Samad terkejut dengan tindakan pemandu kereta itu. Fizan kembali berang. Rasa marah kerana Riz tidak muncul-muncul belum reda lagi, datang pula pemandu bodoh yang tak reti bawa kereta dan hampir merempuh mereka.

"Woi!!!! Bodoh ke!!!"

Fizan ingin menghayun topi keledarnya ke bahagian cermin kereta Mercedez itu. Tiba-tiba, pemandu kereta itu keluar.

"Rilek la, bro. Tak kan nak marah kot?"

Fizan terkejut mendengar suara pemandu kereta itu. Fizan terkejut melihat pemandu kereta tersebut.

"Riz!!!!!"

Fizan dan Samad terus menerpa ke arah Riz. Mereka berpelukan sakan, melepaskan rindu pada kawan baik yang sudah lama tidak dijumpai.

"Siot la kau!!! Dah pakai kereta besar sekarang. Sampai nak langgar kitorang pulak.."

Riz tersengih.

"Bukan aku nak langgar kau orang la... Aku gurau-gurau je... Lagipun, aku belum pandai sangat bawak kereta ni. Baru dapat semalam la..."

"Gurau, abah kau!!! Kalau kena tadi... Patah kaki aku tau, bodoh!!"

Riz gelak.

"Dah tu, apsal kau tak angkat bila aku call. Dah la lambat sampai. Kau ni mungkir janji la. Kau tau tak apa hukum mungkir janji dalam Islam?" tanya Fizan.

"Halamak.... Lu sembahyang pun tidak, pandai-pandai nak bersyarah dengan gua pulak."

Mereka semua gelak dengan serentak

"Weh, mana geng kita yang lain?", tanya Riz.

"Dekat port biasa la. Jom la kita pergi sana. Mesti diorang terkejut beruk tengok kau pakai kereta Ferarri ni....," jawab Samad selamba.

"Bapak lu la!! Ni Mercedez la. Jangan la jadi kampung," bidas Fizan segera.

"Ala... Sama je kot. Kereta jugak kan?"

Riz segera mencelah, memberhentikan perbalahan tidak berasas itu. "Dah, dah... Jom kita pergi jumpa diorang semua...."

Mereka pun terus beredar........

=============================

"You nampak stress saja sejak you dapat adik..."

"No!! Stop calling him "adik", ok?"

Karen tersentak. Dia terus mendiamkan diri dan menghirup kopi yang dipesannya.

Semenjak kehadiran Riz dalam hidup Alex, Alex tidak seperti dulu lagi. Alex sekarang mudah naik marah. Mukanya kelihatan stress sepanjang masa. Alex kini jarang bergurau dengan Karen. Perbualan mereka banyak berkisar kepada perkara-perkara yang serius sahaja.

"I'm sorry...," kata Karen.

"No... You tak salah. I je yang terbawak-bawak perasaan I ni. You pulak yang jadi mangsa keadaan..."

"It's ok. I faham perasaan you."

"No. You don't understand. My parents dah berubah sejak dia tu ada. Mereka dah tak hiraukan saya lagi. Mereka dah jarang nak tanya I dah makan ke belum, tak de lagi "How's youre day, dear?"..... Semua tu dah tak de lagi...."

Karen terdiam. Dia faham perasaan Alex. Selama ini, Alex hidup senang dan manja sebagai anak tunggal. Tiada persaingan dalam hidupnya. Apa yang dimahukan, pasti akan dia dapat. Alex mudah mendapatkan kasih sayang dari ibubapanya.

Tapi sekarang, semuanya sudah berubah dengan drastik. Kini Alex perlu menagih kasih sayang dari ibubapanya. Karen faham kenapa Alex kini mula termenung dan risau tak tentu pasal.

"Alex..."

"Yes, dear..."

"Jom la. How about we go to the movie? Lama dah kita tak tengok wayang..."

Alex diam...

"Darling..."

"Ok. Jom la."

Mereka berdua segera bangun meninggalkan Starbuck dan menuju wayang.

"Kita nak tengok cerita apa ye?", tanya Karen.

Alex terdiam. Dia sendiri tak tahu apa cerita terbaru yang sedang ditayangkan di wayang.

"Dear?"

"I don't know. Satu lagi persoalan yang I sendiri tak tahu jawapannya dan tak pasti samada I boleh cari jawapannya atau tak...."

===============================

"Nah. Duit buat kamu belanja."

Raihana terkejut. Untuk pertama kali dalam hidupnya, rahman menghulurkan wang kepadanya.

"Raihana... ambik la duit ni."

"Buat apa duit ni, ayah?"

"Buat beli buku rujukan ke... Buat belanja sekolah ke..."

"Ayah... Rai dah habis sekolah la ayah. Kan hari tu Rai dah ambik result SPM Rai.."

Rahman menepuk dahinya.

"Ya Allah.... Macam mana ayah boleh lupa semua ni..."

Rahman malu. Ini menunjukkan yang dia seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. umur anaknya sendiri pun dia tidak ingat.

"Tak pe la, ayah.. rai faham..."

"Berapa result SPM kamu tu?"

"9 A. Semua A1 tau...," Raihana bangga dengan keputusan SPMnya itu. Hasil penat lelah menuntut ilmu selama ini.

"Kamu ambik berapa subjek?"

"Rai ambik 10 subjek. Subjek Bahasa Arab je dapat B3."

"Oh...," Rahman terdiam. Baru dia sedar dia mempunyai anak dara yang begitu pandai.

"Mesti abang banggakan dapat anak yang pandai macam Raihana ni?", sampuk Maryam yang datang dari dapur dengan air kopi yang dibancuhnya.

"Ha... Tu la... Tak sangka saya.."

Mereka berhenti berbual sebentar. Masing-masing menikmati kopi mereka.

"Rai... Kamu dah cakap tak dengan ayah pasal surat semalam tu?"

Rahman berhenti minum. "Surat apa pulak tu?"

"Ha, Rai. Cerita la pada ayah."

Raihana tersipu-sipu.

"Eemm... Ayah. Sebenarnya, Rai dapat surat tawaran sambung belajar..."

"Dapat sambung belajar? Kat mana?", Rahman teruja mendengar berita baik dari Raihana itu.

"Dekat UM, ayah. Universiti Malaya."

"Jurusan apa?"

"Medic ayah... Rai nak jadi doktor."

Rahman betul-betul berasa gembira. Jika semasa Riz meninggalkan keluarga dahulu, Rahman berasa bagaikan disambar petir dan hatinya ditikam dengan pedang.

Tapi kali ini lebih baik. Rahman berasa dirinya terapung-apung di awangan. Tidak pernah dirinya merasa begitu gembira dalam hidupnya.

Mungkin inilah dinamakan hidup bekeluarga. Inilah yang aku hilang dan gagal menikmati selama ini.

Airmata Rahman mengalir ke pipi. Raihana ternampak dan segera mengelap airmata ayahnya itu.

"Setiap satu perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Ayah dah kehilangan Riz. Dan ayah janji pada Rai, yang ayah akan pastikan Rai dapat menamatkan pengajian dengan selamat.."

Raihana terharu mendengar kata-kata ayahnya itu. Dia pun memeluk ayahnya dengan erat.

"Ayah... Rai janji yang Rai akan belajar bersungguh-sungguh dan jadi doktor yang akan merawat mak dan ayah satu hari nanti..."

Mereka berdua berpelukkan. Maryam yang menjadi saksi perjanjian antara seorang anak dan ayah itu.

Air mata Maryam mengalir tanpa disedarinya....

==================================

"Fullamak!!! Cara la lu sekarang!!!! Dah bawak kereta besar!!!! Dah jadi orang kaya la lu, beb!!!"

Riz tersenyum bangga mendengar pujian dari kawan-kawannya itu. Bangga bila di puji sebagai orang kaya.

"Kau nampak smart la sekarang, Riz. Baju lu semua baju mahal-mahal ni. Original. Bukan made in Petaling Street ke, uptown ke...." puji seorang lagi kawannya itu.

"Oopp... Dengar sini semua wahai kawan-kawanku. Mulai sekarang nama aku bukan Lagi Mohd. Rizal Bin Abd Rahman. Mulai sekarang, korang semua boleh panggil aku Brian. Brian Lim. Faham?"

"Fuuyyoo.... Nama orang putih tu beb...!!!", jerit Fizan. Mereka semua ketawa sekuat hati.

"Hai, awak..."

Brian memaling kebelakang. Liza berdiri di belakangnya dengan senyuman yang manis.

"Liza."

Brian terus memeluk Liza.

"Rindu la I kat you ni," Brian mula mengeluarkan ayat-yat manisnya.

Liza tersenyum sahaja. Tak sangka Brian juga menyimpan rasa terhadap dirinya.

"Awak dah sihat ke, Riz?"

"No! No! Dengar sini ya. Mulai sekarang, panggil saya Brian, ok? Riz dah tak wujud lagi. Anggap je Riz dah mati."

Liza tersenyum.

"Riz ke... Brian ke.... Asalkan saya suka pada orang yang sama."

Brian tersenyum. Dia lega kerana sekurang-kurangnya kini dia sudah punya teman wanita.

Brian kemudian memandang ke arah semua kawan-kawannya yang lain.

"Dengar semua sini. Apa kata kalau kita semua pergi tengok wayang. Aku belanja korang semua. Jadi?"

"JADI!!!!"

Mereka pun segera bergegas pergi ke wayang. Brian beredar tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang giat memerhatikannya.

===============================

"You nak tengok cerita apa ni?"

Karen diam dan berfikir. Tak tahu cerita apa yang ingin di tontonnya.

"Karen...," Alex bertanya lagi.

"Kita tengok cerita Drag Me To Hell nak? I baca sinopsis cerita ni, macam interesting je.."

"Ok. I  beli tiket kejap ye. You tunggu sini."

"Kita pergi sama-sama la."

Baru sahaja Alex dan Karen mahu beratur untuk mendapatkan tiket, tiba-tiba mereka telah bertembung dengan Brian dan kawan-kawannya.

Alex tersentak. Brian tersenyum sinis.

"Hai... 'Abang'"

Dan mereka berdua tidak sedar yang satu pergaduhan akan meledak antara mereka dan mereka juga tidak sedar yang tidak tanduk mereka itu sedang diperhatikan oleh sepasang mata.

Orang yang mengekori Brian itu tidak lain tidak bukan ialah Bidin.

Wow... Dapat aku tangkap gambar menarik hari ini. Mesti Mr Yap suka punya.

Bidin tersenyum sinis.

Bersambung......

==========================

PENGUMUMAN

1. Mulai sekarang, aku akan mengubah nama Riz kepada Brian. So, aku harap kamu semua tidak terkeliru dengan perubahan nama Riz ini. Brian ialah Riz.

2. Kalau kamu semua masih ingat, aku pernah tulis di ruangan Trivia pada episod 11. Dalam Trivia tersebut, aku ada menulis yang nama watak Riz diambil sempena nama kawan aku yang pernam belajar di Politeknik Merlimau dahulu.

Untuk pengetahuan semua, kawan aku yang bernama Riz itu telah pun meninggal dunia. Marilah kita sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Wednesday, June 10, 2009

DUA DUNIA EPISOD 14

3 bulan sudah berlalu. Tapi bagi Maryam, ia berlaku bagaikan semalam.

Maryam masih ingat detik-detik ketika Riz dengan senang hatinya melangkah pergi meninggalkan keluarga mereka. Dengan senyuman di muka, Riz melangkah meninggalkan mereka sekeluarga.

Maryam tahu yang Riz bukanlah anak yang baik. Riz selalu derhaka, tidak mendengar katanya dan selalu menyakiti hatinya. Tetapi Maryam tidak pernah ambil pusing tentang perkara tersebut. Dia masih merindukan anaknya, Riz, yang dibesarkan selama hampir 25 tahun itu.

Setiap apa yang terjadi pada kita, pasti ada hikmah disebaliknya.

Itulah ayat yang sering di dengari olehnya yang datang dari mulut kawan-kawan, saudara-mara, mahupun sebahagian skrip di dalam drama atau filem. Tetapi kini, ayat tersebut terbukti benar.

Walaupun dia kehilangan Riz, tetapi kini dia menerima kepulangan Rahman. Rahman sudah berubah 100%. Dia kini menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan ayah yang penyayang. Maryam kini lega kerana beban yang dipikul olehnya telah berkurangan. Jika dulu, dia seorang diri yang perlu kerja dan menjaga rumah. Kini, Rahman sudah mula bekerja.

Terukir senyuman di mulut Maryam. Sekurang-kurangnya, masih ada yang manis untuk dalam hidupnya kini.

======================================

Rahman sampai ke rumah. Penat. Itulah yang dirasainya.

Penat tapi puas. Rahman tersenyum.

Rahman berasa lega kerana bekas kawannya, Omar, mahu mengambilnya bekerja semula sejak 3 bulan lepas sebagai mekanik di bengkelnya setelah berhenti 20 tahun yang lepas.

“Rahman?”, terkejut Omar melihat kehadiran Rahman di bengkelnya. Omar terus memeluk Rahman.

“Lama aku tak jumpa kau, Rahman,” sambil menangis teresak-esak Omar meluahkan rasa rindunya pada Rahman.

Pelukan dileraikan.

“Rahman… Aku nak mintak maaf pada kau sebab aku buang kau kerja dulu…”

“Dah la, Omar…. Aku memang patut  pun kena buang. Aku tak layak kerja kat sini.”

“Jangan cakap macam tu….. Kenapa kau datang ke sini? Dulu anak kau si Riz tu ada jugak datang-datang sini sekali-sekala. Kau tak datang dengan dia ke?”

Rahman menundukkan kepalanya. Dia pun menceritakan peristiwa menyayat hatinya itu kepada Omar secara panjang lebar.

Omar terkejut dengan cerita Rahman itu. Dia tak sangka yang peristiwa semalang itu boleh terjadi pada kawan baiknya itu.

“Tak sangka…. Rupanya Riz tu anak cina tu… Patut la muka dia macam cina.”

Rahman Cuma mengangguk.

“Jadi… Apa yang aku boleh tolong kau sekarang, Rahman?”

“Omar….. Eeemmm…. Boleh tak aku kerja dekat sini balik?”

“Kerja kat sini?”

“Ya. Aku janji aku tak berjudi lagi. Aku dah buang tabiat bodoh tu.”

Omar memandang Rahman dari atas ke bawah.

“Kau boleh repair enjin lagi ke?”

“Mestilah boleh… Aku ingat lagi. Aku kan ada tok guru yang hebat macam kau. Mana aku boleh lupa.”

Omar ketawa dengan kuat. Sempat juga Rahman melawak dengannya.

“Kau Nampak motor warna merah yang tersadai tu?”

Rahman angguk.

“Kau pergi betulkan motor tu. Kalau berjaya. Kau boleh start kerja balik kat sini.”

Dan dari saat itulah, Rahman kembali mendapat kerjanya semula. Rahman betul-betul bersyukur yang Omar masih mampu untuk memaafkannya.

Omar 5 tahun lebih tua darinya. Sebaik sahaja tamat zaman persekolahan, Rahman terus bekerja dengan Omar yang pada masa itu sudah mempunyai bengkel sendiri.

Omar berasal dari keluarga yang agak berada. Selepas mendapat keputusan yang teruk dalam SPM, ayahnya terus menghantar Omar untuk belajar kemahiran membaiki enjin dan automotif. Omar kemudian bekerja di bengkel orang selama 2 tahun untuk mengutip pengalaman. Selepas dia bersedia, bapanya mengeluarkan modal untuk mendirikan bengkel sendiri.

Rahman yang malas belajar, terus bekerja di bengkel itu kerana sedar yang keputusan SPM-nya tidak akan membawanya ke mana-mana pusat pengajian tinggi.

Omar suka akan sikap rajin yang di tunjukkan oleh Rahman. Gajinya sering di naikkan sehingga akhirnya dia menjadi mekanik kanan dibengkelnya. Seperti penolong kepada Omar. Malah, Omar telah menolong Rahman dengan membayar separuh dari belanja perkahwinan dia dengan Maryam. Mereka kini bukan sekadar kawan, tetapi lebih menyerupai adik beradik.

Semuanya berjalan lancar… Sehinggalah dia bertemu dengan Kamarul. Kamarul merupakan pelanggan tetap di bengkel tersebut. Setiap kali dia datang ke bengkel tersebut, dia akan membawa kereta yang berlainan jenis. Rahman pun bertanya kepada Kamarul. Kamarul menjawab sambil ketawa.
 
“kau betul ke nak tahu macam  mana aku boleh selalu sangat tukar-tukar kereta ni?”

Rahman angguk.

“Aku berjudi la.”

Terlopong mulut Rahman.

“Judi? Kan haram tu?”

“Memang la haram….. Tapi kita kan muda lagi. Esok-esok dah nak tua nak mampus, kita bertaubat la….”

Dari situlah bermulanya detik hitam ke hidupan Rahman. Dia mula gila berjudi. Kamarul yang mengajar Rahman cara berjudi. Dari malam, sehingga ke pagi. Cita-citanya, ingin menjadi sekaya Kamarul.

Kalau dia boleh kaya dengan judi, aku pun boleh!!!

Namun begitu, nasibnya memang malang. Dari sehari ke sehari, dia terus kalah di meja judi. Dia gagal untuk mengumpulkan duit. Dia gagal untuk menjadi kaya seperti Kamarul.
 
Rahman seringkali ponteng kerja kerana terlalu mengantuk untuk ke bengkel setiap pagi. Omar memberikan nasihat kepadanya agar memberhentikan tabiat buruknya yang mampu membawanya ke lembah kesusahan. Tetapi  Rahman degil. Dia masih percaya yang judi mampu membawa kesenangan cara mudah.

Semakin lama, prestasi kerja Rahman mula merosot. Rahman seringkali melakukan kesilapan dalam pekerjaannya. Ramai pelanggan mula merungut dan mengadu kepada Omar. Omar memberikan amaran kepada Rahman untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja. Rahman tidak mengendahkan amaran tersebut. Akhirnya Omar tiada jalan lain selain dari memecat Rahman dari bengkelnya.

Rahman semakin menjadi tidak keruan. Habis segala duit simpanannya di bank digasak di meja judi. Tidak habis di situ, duit simpanan isterinya dan anak-anaknya juga menjadi mangsa. Dia tetap gagal untuk menjadi kaya. Ada beberapa kali sahaja dia menang, tapi hanya menang sikit. Cukuplah untuk belanja seminggu dua.

Rahman juga semakin melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Isterinya terpaksa bekerja, anak-anaknya terbiar. Dia sendiri tidak sedar yang Riz sudah berubah menjadi Mat Rempit sejak sekian lama. Dia Cuma tahu perkara tersebut 3 bulan sebelum Riz mengalami kemalangan itu.
 
Rahman juga tidak tahu yang Raihana baru sahaja menamatkan zaman persekolahan dan mendapat keputusan begitu cemerlang pada peperiksaan SPM yang lepas. Raihana bakal meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya pada bulan Julai nanti.

Rahman tersenyum puas. Dia berpuas hati dengan perubahan hidupnya kini. Dan dia yakin, ini merupakan satu permulaan yang baik untuk satu penamat yang sempurna.

============================================

Alex bangun dari katilnya. Badan terasa lesu kerana baring terlalu lama.

Alex berjalan keluar dari biliknya. Kelihatan pintu bilik Riz terbuka. Riz menjenguk ke dalam. Tiada siapa di dalam.

Baru Alex teringat, hari ni merupakan hari pertama Riz dibenarkan keluar dari rumah. Ibubapanya melarang Riz keluar jika kecederaannya belum pulih. Minggu lepas, Doktor Wong sudah mengesahkan yang Riz sudah sembuh.
 
Lagipun, Encik Lim menghadiahkan kereta baru untuk Riz kerana berjaya sembuh dengan selamat.

“Papa tak suka tengok kamu naik motor lagi. Bahaya. Jadi kamu ambillah kereta ni.”

“Thank you, papa.”

Meluat Alex melihat gelagat Riz pada hari itu. Entah kenapa dia dapat merasakan yang dia tidak serasi dengan Riz.

Memang kami tak serasi, atau aku saja yang berfikiran demikian?

Alex benci jika persoalan sebegitu timbul dalam hatinya.

Sudahlah. Baik aku call Karen, ajak dia date. Lagi senang hati aku.

Alex tersenyum lalu mencapai telefon bimbitnya.

==========================================

“Ini gambar-gambar yang Mr. Yap nak kan tu. Dalam sampul surat ni gambar Mr. Lim, yang sampul kecik ni gambar Mrs. Lim….”

“Gambar anak-anak mereka ni mana?”

“Yang anak-anak dia dalam sampul ni,” Bidin menyerahkan lagi dua sampul surat besar yang mampu memuatkan kertas A4.

“Bagus kerja kau ni Bidin,” puji Mr. Yap.

“Nah,” Mr.Yap memberikan sampul surat berisi wang berjumlah RM 10,000.00. “Ni gaji untuk bulan ni.”

“Terima kasih banyak-banyak la ye, Mr. Yap.”

Masuk bulan ini, sudah 3 bulan Bidin bekerja dengan Mr. Yap. Tapi dia tidak kisah kerana Mr. Yap membayar dengan jumlah yang lumayan dan tepat pada masanya.

Mr. Yap meneliti gambar-gambar yang diserahkan oleh Bidin itu. Bidin melihat dengan penuh tanda tanya.

Mr. Yap sedar yang Bidin sedar memandangnya dengan penuh tanda Tanya.

“Apa yang awak nak lagi Bidin?”

“Eeemmm….. Saya nak Tanya sikit la, Mr. Yap..”

“Kau nak Tanya apa?”

“Saya tengok dari penampilan dan muka Mr. Yap ni, tak macam orang jahat pun. Tapi kenape Mr. yap nak balas dendam kat family Mr. Lim ni?”

Mr. Yap memandang tepat ke arah mata Bidin. Bidin sedikit merasa takut. Kemudian, Mr. Yap senyum.

“Aku nak balas dendam. Bermaksud yang aku dah dikenakan oleh Keluarga Lim ni dulu, baru aku balas. Bukan aku yang nak mulakan persengketaaan ni….”

“Oohhh….. betul-betul….,” balas Bidin. Malas mahu mendengar penjelasan lanjut.

“Bidin, aku dengar cerita yang anak dia yang dia dapat dari melayu tu dah tukar nama kan?”

“Ha… Dah Mr. Yap. Kenapa?”

“Kau tau apa nama baru dia?”

“Eeemmm… Entah la… Kenapa eh?”

“Penyiasata apa kau ni? Macam ni. Aku nak kau dapat kan nama dia dan bagi perhatian kat dia lebih sikit. Aku nak tau segala gerak-geri dia secara terperinci. Siapa kawan-kawan motor dia dan lain-lain la.”

“Ok. Kenapa Mr. Yap nak saya focus kat dia lebih?”

“Sebab dia orang baru. Dia baru masuk dalam family ni. Dia tak kenal sangat keluarga ni secara menyeluruh. Saya rasa macam senang sikit nak perangkap dia…”

“Ok, boss. Tak de hal. Esok saya dah boleh bagi informasi yang Mr. Yap nak tu.”

“Bagus.”

Mr. Yap senyum Girang.

Bersambung………

Thursday, June 4, 2009

DUA DUNIA EPISOD 13

Alex terserempak dengan Riz ketika mahu menuruni tangga ke tingkat bawah.


Riz senyum ke arah Alex. Alex membalas kembali senyuman tersebut... Walaupun dengan hati yang tidak ikhlas.

Riz yang masih bertongkat mengalami sedikit kesukaran ketika cuba turun mengikut tangga. Alex yang bosan mahu menunggu Riz turun terus membantu.

Apabila sampai ditingkat bawah, ayah mereka ternampak Alex membantu Riz.

"Ha... Macam ni la anak-anak papa. Adik-beradik saling bantu membantu."

Anak-anak papa? Adik-beradik? Shit!!!! Dulu aku sorang sahaja kesayangan hati papa.

Tapi itu hanya terbendung di hati Alex. Adalah tidak elok jika dihamburkan kata-kata itu.

"Macam mana dengan kamu Riz? Mama tengok happy saja pagi ni?"

Riz tersenyum.

"Mestilah happy mama... Tak pernah saya tidur senyenyak ini seumur hidup saya. Lembut betul tilam tu."

Encik dan Puan Lim tersenyum.

"Mestilah lembut. Mahal harga tilam yang papa beli tu."

Mereka semua ketawa. Alex hanya memerhati gelagat mereka.

Riz kembali bersuara.

"Eemm... Papa.. Mama... Saya ada request sikit la..."

"Hhaa... Apa dia?"

"Macam ni.... Saya tengok, bilik saya tu kosong sangat la. Apa kata kalau mama dan papa belikan sikit perabot dalam bilik tu. Kasi penuhkan sikit bilik tu. TV pun tak de dalam bilik tu.."

Encik Lim dan Puan Lim hanya tersenyum mendengar kata-kata Riz. Riz agak risau jika mereka berdua menganggap permintaannya itu melampaui batasan.

"Papa ingat, apa la yang kamu nak cakap tadi. Itu semua memang tak de masalah. Kami nak kamu sendiri yang pilih perabot apa yang kamu nak letak dalam bilik tu," sambut Encik Lim apabila mendengar pemintaan Riz itu.

"Riz pilih sahaja la apa yang Riz nak. Nanti kami belikan untuk Riz. Riz nak beli perabot yang macam mana?" tanya Puan Lim pula.

"Saya ingat, kita pergi la Courts sama-sama. Kita pilih perabot kat sana je..."

Encik dan Puan Lim ketawa serentak. Riz kehairanan.

"Kanapa? Saya salah cakap ke?"

"Riz... Tak lah nak beli furniture kat Courts. Semua furniture dalam rumah ni asal dari oversea tau. Dari Itali, France... You name it," terang Puan Lim setelah melihat Riz kehairanan.

"Ya lah.... Tak kan nak pakai furniture dari Courts," sambung Encik Lim pula.

Riz tersengih. Baru dia teringat yang dia kini sedang tinggal bersama keluarga yang kaya-raya. Mana mahu beli perabot murah dan bayar secara ansuran.

"Oh, ya... Alex.."

Tiada jawapan dari Alex. Alex sedang menikmati hidangan sarapannya tanpa menghiraukan perbualan antara mereka bertiga. Sehingga tidak sedar yang emaknya sedang memanggilnya.

"Alex??"

Alex tersentak.

"Ya, mama?"

"Mama nak kamu ajar Riz ni... Tentang adat dan budaya bangsa kita. Segala pantang larang, apa yang perlu dibuat.. Alex ajar kan Riz ya?"

"Ya, mak...", jawab Alex lemah.

"Mulai sekarang, kamu dah jadi adik beradik. I just want you both to know each other. Mama nak kamu jadi sangat rapat. Tanamkan semangat kekeluargaan ya?"

Alex Angguk.

"Ha... Speaking about siblings... Papa nak tanya kamu berdua ni. Siapa yang jadi abang? Dan siapa pula yang jadi adik? Sebab kalau ikut-ikutkan, tarikh lahir dan masa kelahiran kamu berdua sama je.."

Alex diam lagi. Malas hendak membuka mulutnya.

"Tak pe la, papa. Saya jadi adik. Lagipun, Abang Alex dah lama tinggal dengan papa dan mama," jawab Riz bersahaja.

Abang Alex? Shit!!! Geli aku dengar.

"Oh ya... Alex, papa nak kamu tolong carikan nama baru untuk Riz. Both Chinese name and christian name. Can you do that?"

"Yes, papa..."

Maka, Encik Lim, Puan Lim dan Riz makan dengan hati yang gembira. Dan Alex terus dilanda seribu kebencian.

===============================

Selepas sarapan, Alex terus menuju ke biliknya. Malas mahu pergi ke tempat kerjanya hari ini. tiada mood. Lagipun, apa mahu kisah. Itu pejabat bapanya. Tak lama lagi, akan menjadi miliknya juga.

Jadi milik aku? Atau jadi milik si rempit sial tu?

Alex mula risau lagi. Entah kenapa, sejak kehadiran Riz dirumah ni hatinya tidak tenteram.

Apa sebenarnya yang membuatkan jiwa aku tak tenteram ni?

Alex mula bercelaru semula. Peristiwa malam semalam masih terbayang di depan matanya. Alex seperti dapat merasakan Rahman dan Maryam berada di depan matanya.

Rahman dan Maryam memang tiada di depan matanya sekarang. Tapi Riz memang ada.

Alex mula risau semula. Dia sendiri tidak pasti apa yang dirisaukan olehnya.

Adakah dia risau jika suatu hari nanti semua harta kekayaan keluarga Lim akan jatuh di tangan Riz seorang sahaja?

Atau adakah dia risau suatu hari nanti mak dan ayahnya akan mengalihkan rasa kasih sayang mereka ke Riz sepenuhnya dan tidak menghiraukan dirinya lagi?

Alex keliru. Mana satu yang paling mengganggu kepalanya. Dia sendiri tak pasti.

"Abang..."

Alex mengalihkan arah ke pintu. Riz sedang tersenyum dan berjalan menghampirinya menggunakan tongkat.

"Abang.. Kita adik beradik sekarang. Kita kena..."

"Ok. First rule. Never call me 'abang'. Just call me by the name, Alex. Are we clear?"

"Crystal clear," jawab Riz penuh riang.

"Ok. Kita guna kata nama 'kau' dan 'aku' saja. Ok?"

"Ok," jawab Riz lagi.

Keadaan senyap semula. Riz memecahkan kesunyian dengan satu pertanyaan.

"Apa nama aku yang kau dah fikirkan?"

"Belum fikir lagi."

"Oh... aku ingat nak letak nama aku David Beckham. Ok tak?"

Alex merenung Riz dengan renungan yang tajam.

"Hello... Family name kita Lim, ok? Mana boleh tukar jadi Beckham sesuka hati kau!!"

"Ok. Rilek... Aku gurau la..."

Suasana senyap semula.

"Hhaa!!! Aku dah dapat. Lim Kok Wing!!"

Alex merenung semula ke arah Riz dengan satu pandangan yang tajam.

"Ok. Ok. Rilek la, bro. Gurau sikit pun tak boleh."

Alex mencapai majalah di tepi katil dan terus membaca.

"Ok, Alex. Aku tak nak kacau kau. Aku tau kau kurang selesa dengan kehadiran aku kat sini. Tapi aku janji, aku akan jadi adik yang baik."

Alex membatu. Terus membaca.

"Ok. Happy reading..."

Riz keluar dan menutup pintu.

Keluar pun kau. Bising macam langau...

==========================

Riz masuk ke dalam bilik. Riz terus menghempaskan dirinya ke atas katil. Geram Riz dengan sikap acuh tak acuh Alex.

Sial punya apek. Dia ingat dia siapa. Aku ni anak kandungan mama dan papa. Aku ni pewaris keluarga Lim.

Riz senyum. Dia sedar yang dirinya bagaikan tikus yang terjatuh ke dalam gudang beras.

Aku kena bersabar sikit dengan Alex ni. Lagipun, aku yang akan menjadi pewaris harta keluarga ni. Bila aku dah dapat semua harta pusaka dan rumah ni, aku akan halau Alex. Biar dia hidup merempat.

Riz senyum seorang diri. Dia tak sangka hidupnya berubah dengan drastik. Dia memang manusia paling bertuah dalam dunia ni.

Telefon bimbit Riz berbunyi.

Riz mencapai telefon bimbitnya. Nama Fizan terpapar di skrin.

"Woi, lahanat. Kau dah keluar hospital eh?", sapa Fizan. Sapaan kasar sebegini memang menjadi cara mereka bercakap.

"Babi lu. Bagi salam la," mereka gelak bersama.

"Fizan, kau mesti tak percaya apa dah jadi kat aku..."

"Apsal? Kau menang loteri ke?"

"Lebih dari tu..."

Dan mereka terus berbual panjang.

===============================

Fizan meletakkan telefon. Dia pun bercerita dengan panjang lebar kepada kawan-kawan rempitnya serta bohsia yang sedang berkumpul di situ.

"Fuiyo.... Riz dah jadi anak orang kaya!!!"

Mereka gelak beramai-ramai.

"Mesti Riz lupakan kita selepas ni," kata salah seorang mat rempit yang berada di situ, Samad.

"Tak. Aku yakin dia tak lupakan kita," sangkal Fizan. "Aku dengan dia, dah macam adik beradik tau?"

"Jadi... Riz selamat lah ya?", tanya Liza.

"Ya, Liza. Dia selamat," jawab Fizan dengan nada meleweh.

Liza tersenyum. Dia bangun dan terus berlalu dengan dengan senyuman yang besar.

Samad dan Fizan memerhatikan gelagat Liza.

"Beb... Kata la si bohsia Liza ni dah tangkap cintan sama Riz?", tanya Samad.

"Entah la, Samad... Menjadi satu misteri ni..." jawab Fizan yang masih pelik dengan hubungan Riz dan Liza.

============================

Telefon berbunyi. Bidin mengangkat ganggang.

"Hello.. Bidin di sini.."

"Penyiasat Persendirian Bidin ke?"

"Yup. Bidin P.I. di sini. Siapa di sana?"

"Saya Mr. Yap."

"Ya Mr. Yap. Apa boleh saya bantu."

"Saya nak minta khidmat Encik Bidin."

"Panggil saya Bidin saje.."

"Ok. Dengar sini Bidin. Saya mahu awak pergi menyiasat dan mengekori segala tindak tanduk ahli Keluarga Lim."

"Keluarga Lim?"

Pemanggil yang yang menggelarkan dirinya Mr Yap itu memberikan alamat rumah Keluarga Lim. Mr. Yap kemudian menceritakan apa yang telah terjadi pada malam semalam di hospital.

"Wwoo... Boleh tertukar anak ya? Macam drama swasta pulak. Macam mana Mr. Yap boleh tahu pasal semua tu?"

"Dari mana saya tahu, itu tak penting. Saya nak awak ikut setiap pergerakan ahli Keluarga Lim. terutama Mr. Lim dan anak barunya tu, Rizal. Orang panggil dia Riz. Mungkin tak lama lagi dia akan tukar nama. Tangkap gambar mereka dan tengok apa yang mereka buat."

"Ok.... Tak de masalah... Eemm.... Boleh saya tanya sikit. Kenapa Mr. Yap nak suruh saya ikut diorang ni?"

Senyap.

"Ok. Saya tak kisah kalau tak nak jawab..."

"Kerana dendam!!! Saya nak balas balik dendam saya kepada keluarga Lim. Mereka dah rosakkan hidup keluarga saya 40 tahun yang lepas!!! Mereka semua buat saya kehilangan keluarga saya yang bahagia. Kali ni sampai masa untuk saya balas balik apa yang telah terjadi."

"Ok, ok... Tapi... sebelum saya memulakan siasatan saya... Saya nak la dulu wang pendahuluannya Mr. Yap."

"Jangan risau. Sekejap lagi, cek bernilai RM 10,000 akan sampai di pintu pejabat awak, Bidin."

"Ok. Sampai je cek tu, saya akan memulakan siasatan saya."

Talian putus.

Thursday, May 28, 2009

DUA DUNIA EPISOD 12

"Ini bilik kamu.."


"Wooo... Besarnya...."

Mulut Riz terlopong besar. Tak pernah seumur hidupnya dia melihat bilik tidur yang begitu besar.

"Mak aih... Bilik tidur ni dah sama besar dengan rumah saya yang dulu.."

"Kami cuma nak kamu rasa selesa saja...", kata Puan Lim yang teruja dengan kehadiran Riz dalam keluarganya.

"Kamu berehatlah dulu. Kamu pun belum sembuh sepenuhnya..", sampuk Encik Lim pula.

"Terima kasih... eemmm..."

"Call us mama and papa.."

"Hehe... Thanks mama... papa...."

Encik dan Puan Lim gembira melihat Riz. Mereka pun beredar untuk membiarkan Riz berehat. Mereka melewati bilik Alex yang pintunya luas terbuka. Encik Lim pun menjengah masuk. Alex kelihatan terbaring kelesuan.

"Alex... Are you ok?"

Alex terkejut. Dia tidak perasan yang ayahnya sedang memerhatikannya dan tidak perasan langsung yang ayahnya telah pun berdiri di sebelah katilnya.

"I'm ok...", jawab Alex malas.

"Sejak balik dari hospital, Alex asyik diam saja... Boleh papa tahu kenapa?"

"Nothing... I'm just still in shock."

"Ok. Alex rehat dulu. Esok kita bual lagi ya?"

"Ok... Good night, papa."

"Good night, Alex."

Encik Lim pun keluar dan menutup pintu bilik Alex. Dia sedar, Alex pasti risau akan perubahan yang bakal berlaku dalam rumah ini. Malah, dia sendiri tidak pasti dapat melalui semua ini dengan selamat.

==========================

Alex berasa lega bila melihat ayahnya keluar dari biliknya. Alex betul-betul tiada mood untuk berbual dengan sesiapa buat masa sekarang.

Bayangan Rahman dan Maryam terus berlegar di ruang mindanya. Entah kenapa sejak pulang dari hospital hingga kini, bayangan tersebut tidak lekang-lekang menggangu segenap jiwanya itu.

Shit!!! I don't like this!!!

Masih terbayang riak muka kecewa Rahman dan Maryam apabila dia memeluk ibunya apabila Rahman memintanya pulang bersama mereka.

Hati Alex mula bergolak.

Secara biologinya, mereka memang parents aku. Aku datang dari benih mereka. Memang Puan Maryam tu yang mengandungkan aku. Tapi, dah dekat 25 tahun papa dan mama besarkan aku. Aku dibelai dengan penuh kasih sayang oleh mereka. Tak kan aku nak tinggalkan papa dan mama macam tu aje?

Alex mula risau kembali. Kali ini, fikirannya lebih bercelaru ketika dia rasa yang dia sudah alergi dengan alkohol.

Sial!!! Kalau aku tau, aku biarkan aje mat rempit tu mati kat tengah jalan.

Bukan setakat Rahman dan Maryam sahaja yang menghantui fikirannya, tapi Alex juga mula memikirkan tentang statusnya dalam keluarga sekarang.

Adakah mereka akan terus menganggap aku sebagai anak mereka?

Adakah mereka akan terus melayan aku sebaik dahulu?

Adakah aku akan disisihkan nanti?

Makin berat kepalanya. Alex dapat merasakan yang dia bakal disisihkan oleh kedua ibubapanya nanti.

Papa dan mama janji, kami akan jaga Alex dan bagi kasih sayang sepenuhnya pada Alex. 

Itulah janji ayahnya dahulu. Janji yang pernah diucapkannya semenjak Alex kecil lagi. Dan janji itu sering kali diulang cakap oleh ayah dan ibunya pada masa dahulu. Janji yang menunjukkan mereka benar-benar sayang pada Alex.

Alex satu-satunya anak kami. Alex bakal menjadi penyambung waris pada keluarga kami.

Lamunan Alex terberhenti secara tiba-tiba.

Penyambung waris....

Dua perkataan yang telah membunuh lamunan Alex.

Kalau macam ni, papa dan mama dah tahu siapa anak sebenar mereka. Dan aku bukan anak kandung mereka. Dengan kata lain, aku bukan penyambung waris mereka lagi. Mat rempit tu yang jadi waris mereka. Mat rempit tu yang bakal dapat mewarisi harta mereka. Mat rempit tu yang sebenarnya darah daging mereka.

Alex terdiam. Dia bukan lagi pewaris keluarganya. Bukan lagi ahli keluarga Lim.

Adakah aku kan dibuang oleh mereka?

Alex tersentap. Alex merasakan bagai bumbung rumahnya sedang runtuh dan menghempap kepalanya.

=============================

Riz bangun sejurus Encik dan Puan Lim keluar. Dengan bantuan tongkat, dia berjalan mengelilingi bilik tidur barunya itu.

Fuuuyyyoo... Puas hati babi ni. Tak pernah aku bayangkan aku dapat duduk dalam bilik besar macam ni.

Riz masih teruja dengan biliknya. Biliknya masih kosong. Cuma ada katil King Size dan almari baju serta meja solek.

Nanti aku nak mintak mak bapak baru aku ni TV plasma. Letak kat dalam bilik ni. Pasang Astro sekali. Senang sikit nak tengok bola. Tak de la kena pergi kedai mamak lagi.

Riz berfikir lagi.

Hhhaaaa.... PS3 pun nak jugak. Baru complete.

Riz berjalan ke salah satu sudut di biliknya itu.

Kat sini aku nak letak komputer. Siap pasang internet. Senang gua nak chatting ke, main myspace ke.... Masuk porn site ke... hehehe...

Riz pergi ke satu kawasan kosong ditengah biliknya. Riz memikirkan apa yang patut diletakkan pada tegah-tegah biliknya.

Aku boleh letak sofa yang empuk kat sini. Boleh duduk-duduk kat sini.

Riz senyum bersendirian. Senyumnya sampai ke telinga.

Aku kena bagitau Fizan ni... Jealous la mamat tu nanti...

Riz mengeluarkan telefon bimbitnya. Ingin menelefon Fizan. Tapi tiba-tiba dia memerhatikan telefon bimbitnya.

Adoi... Tak kan la bilik gempak, tapi aku pakai Nokia 3310 jek. Tak pe. Aku boleh mintak kat mak bapak aku tu iPhone 3G kan?

Riz tersenyum lagi. Dia pun melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil.

Nanti-nantilah aku call si Fizan tu. Tak selera pulak nak call guna handphone murah ni.

Dan Riz kembali ke katilnya. Baring dengan perasaan puas. Tiba-tiba dia teringat wajah ibubapanya yang lama, Rahman dan Maryam.

Riz masih ingin bagaimana wajah Maryam menangis apabila melihat dia memilih untuk mengikut Keluarga Lim. Tidak lupa juga wajah kecewa Rahman. Dia benci kepada Rahman.

Mampuslah sama lu orang. Dasar taik judi. Disebabkan kau la aku jadi Mat Rempit. Cuba kau kerja elok-elok, mesti hidup aku pun senang.

Namun begitu wajah emakya itu masih diingati. Emak yang tidak kenal erti penat dan letih membesarkannya dari kecil sehingga kini.

Ala... Diorang ada Raihana lagi... Bukan tak de anak lagipun.

Riz menarik selimutnya. Sejuk rasa biliknya kerana penghawa dingin yang dihidupkan pada tahap suhu paling sejuk. Riz tidak tahu cara mahu menguatkan suhu penghawa dingin itu.

Selamat tinggal kehidupan penuh miskin.....

Selamat datang anak orang kaya baru...

Riz tidur dalam keadaan Senyum.

=============================

Maryam sedih melihat suaminya terus menangis selepas pulang dari hospital tadi. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia melihat suaminya menunjukkan perasaan kasih sayang kepada anak-anaknya.

Raihana juga hanya termenung. Walaupun dia tidak rapat dengan Riz, tetapi hatinya tetap sedih dengan apa yang terjadi pada malam ini.

Maryam mendekati suaminya.

"Abang.... Sabar ya...."

Rahman memandang muka isterinya. Dipeluk isterinya itu semahu-mahunya. Rahman kemudian memandang Raihana yang sedang duduk berdekatan dengannya.

"Maryam.... Raihana..."

Rahman melepaskan pelukannya pada Maryam.

"Pertama.... Saya nak mintak maaf pada awak. Apa yang jadi pada malam ni semuanya disebabkan oleh saya. Saya selalu mengabaikan awak.... Abaikan  anak-anak.... Saya biarkan awak kerja sorang-sorang untuk tanggung keluarga ni... Saya ambik duit awak untuk saya berjudi... Saya tak hiraukan apa yang jadi pada anak kita... Saya biarkan anak-anak kita jadi liar... Saya lari dari tanggungjawab saya selama ni..."

"Sabar la abang. Maryam tak pernah pun menyimpan dendam pada apa yang abang buat selama ni. Maryam tahu, satu hari nanti abang akan sedar dengan kesilapan abang dan balik ke pangkal jalan..."

Mereka menangis bersama. Rahman mengalihkan pandangannya pada Raihana.

"Rai... Ke sini, nak..."

Raihana datang mendekati kedua ibubapanya.

"Ayah nak mintak maaf pada Raihana kerana tak menjalankan tugas sebagai seorang bapa pada Raihana. Ayah abaikan Raihana. Ayah sendiri pun sebenarnya tak tahu berapa umur Raihana. Ayah tak tau keputusan peperiksaan Raihana sebelum ni... Ayah mintak maaf banyak-banyak...."

Raihana tidak mampu berkata-kata. Dia terus memeluk ayahnya itu.

Melihat anaknya memeluk suaminya, hati Maryam menjadi sayu. Untuk pertama kalinya dalam hidup mereka, iakatan kekeluargaan muncul dalam hidup mereka.

"Mulai hari ini, saya akan berjanji untuk menjadi suami dan ayah yang lebih bertanggungjawab. Saya akan tebus semua dosa saya pada kelurga ini..."

Dan pada malam itu, mereka telah kehilangan seorang anak lelaki....

Tetapi, kini keluarga tersebut telah mendapat ayah dan suami yang telah hilang selama ini....

Monday, May 11, 2009

DUA DUNIA EPISOD 11

14 Februari 2009


Tarikh yang bakal mengubah hidup mereka semua. Semua kehidupan lalu yang mereka lalui bakal berubah dalam sekelip mata.

Tapi... Siapa di antara mereka yang mampu menerima semua perubahan ini? Mampukan mereka menerima takdir yang telah disuratkan ini?

Siapa yang akan menerima tamparan yang paling hebat hasil dari perubahan ini?

Siapa yang akan ketawa akhirnya? Siapa akan menangis akhirnya? Semuanya akan terjawab....

14 Februari 2009
Pukul 8:30 malam

Rahman memandang tepat pada muka Alex. Alex sedikit kekok.

Ini anak aku ke. Muka dia ada iras Cina tapi kulit dia ada sedikit gelap. Tapi aku tak hairan la kalau muka dia macam Cina. Sebab aku ni pun keturunan Banjar. Orang Banjar memang ada iras-iras cina sikit.

"Nak...", tegur Rahman pada Alex.

"Aku bukan anak kau!!!", jerit Alex.

Mama Alex datang mendapatkan Alex. Dipeluknya Alex dengan erat.

"Saya tak kan balik dengan awak. Mama dan papa yang membesarkan saya selama ni. Saya tak kan tinggalkan mereka."

Pedih hatinya mendengar kata-kata Alex itu. Maryam segera mendekati suaminya. Pipi Maryam basah dibanjiri air mata.

Fikiran Rahman melayang pada lebih kurang 10 hari yang lepas. Semasa semuanya ditakdirkan berubah...

=============================
1 Februari 2009
Pukul 1:30 Tengahari

Maryam! Maryam!

Maryam terdengar suara suaminya. Dia membuka matanya. Kelihatan Rahman, Raihana dan Doktor Wong. Maryam sedar dia sedang terbaring di atas katil.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?", tanya Rahman yang risau tentang isterinya. Sudahlah anaknya masih tiada penderma darah, isterinya pula pengsan.

Anak aku? Dia bukan anak aku? Betul ke?

"Encik Rahman? Encik dengar apa yang saya cakap tadi?"

"Maaf doktor. Apa dia?"

"Isteri awak ok. Cuma terkejut sahaja."

"Doktor....," Maryam cuba bersuara dengan lemah.

"Ya, puan!"

"Betul ke Rizal bukan anak saya?"

"Maafkan saya puan. Saya dah berulangkali mengkaji. Jadi mustahil keputusan ini salah."

Maryam terus menangis. Rahman terdiam. Raihana yang tidak mengetahui hal sebenar dari tadi tersentap dengan apa yang di dengarnya.

"Saya ada buat semakan. Puan Maryam melahirkan Rizal di hospital ini kan?"

Maryam angguk.

"Kalau tidak salah, pada 25 Julai 1984 pada pukul 3:30 pagi."

Maryam dan Rahman angguk serentak.

"Saya rasa, berkemungkinan anak encik dan puan telah tertukar dengan satu lagi pasangan yang juga melahirkan seorang anak lelaki pada tarikh dan waktu yang sama pada malam itu."

"Betul ke, doktor?", tanya Rahman dengan segera.

"Mungkin ya. Jadi saya akan menghubungi pasangan tersebut sebentar lagi. Saya akan menyuruh pasangan tersebut membawa anak mereka sekali."

Maryam mula tersenyum. ada sinar harapan di situ.

"Siapa nama pasangan tu, doktor?", celah Raihana secara tiba-tiba.

"Pasangan Lim.."

Mereka bertiga terkejut mendengar nama pasangan itu.

===========================================
1 Februari 2009
Pukul 5 petang

Encik dan Puan Lim keduanya terkejut. Bagai tidak percaya dengan apa yang di katakan oleh Doktor Wong.

Encik Lim memandang ke arah Rahman dan Maryam. Kemudian memandang ke arah Alex pula.

"Doktor Wong. You must be kidding me, right?"

"No, Mr. Lim. Memang betul. Saya akan bawa Alex ke makmal nanti. Saya akan ambil darahnya dan buat kajian terperinci."

Alex terkedu. Dia membatu di tempat duduknya.

Aku bukan anak papa dan mama ke?

"Oh, ya. Boleh tak Mr. and Mrs. Lim bantu saya di sini?", tanya Doktor Lim

"Bantu apa?", serentak sahutan mereka.

Mengikut laporan yang saya simpan ni, darah awak berdua dalam jenis O. Boleh tak awak berdua mendermakan darah untuk menyelamatkan Encik Rizal.

Mereka berdua mengangguk lemah. Mereka perlu membantu dalam tidak kerelaan itu kerana berkemungkinan Rizal adalah anak mereka.

==============================
2 Februari 2009
Pukul 3 petang

"Dear... Poor you...," Karen memeluk Alex.

"I pun tak tau la apa nak jadi ni. Tapi I yakin yang doktor ni salah buat kajian. Mustahil la I ni Melayu. Muka I kan macam Cina.."

"Tapi.. Muka orang banjar memang macam chinese sikit.."

"You ni sokong I ke tak?", herdik Alex pada Karen.

Karen terkejut. Inilah pertama kali dia diherdik oleh Alex sepanjang mereka menjalinkan perhubungan.

Alex tersedar perubahan riak muka Karen. Dia sedar yang dia tidak boleh melepaskan kemarahannya pada Karen.

"Sorry, dear... I tak bermaksud nak..."

"I understand. You're in a lot of pressure.."

Alex hanya tunduk. Sejak semalam kepalanya pening memikirkannya. Dalam sekelip mata, hidupnya yang selama ini aman dan selesa telah berubah secara drastik.

"So... How abou us?"

Alex mengangkat mukanya. Terus memandang muka Karen.

"About us? Why?"

"Ya lah... Kalau you betul anak mereka...."

"I will not leave you... I love you, Karen. What ever happen, I will not leave you..."

"Tapi... Kalau you anak mereka, that mean you will convert to Islam. You know bout my mummy and daddy and my brother, Dennis..."

Alex terdiam. Dia kembali menundukkan kepala. Merenung muka tanah yang tak mungkin faham akan perasaannya ketika itu...

Is this mean I will lost all I ever had....?

============================
2 Februari 2009
Pukul 4:30 petang

"Bagaimana keadaan anak saya, Doktor Wong?", tanya Maryam dengan penuh semangat.

"Dia dah mula sedar. Sebentar lagi puan dan encik boleh dibenarkan berjumpa dengan dia.."

Maryam mula tersenyum. Dia memandang muka Rahman dengan mengharapkan senyuman dari muka Rahman. Tetapi Rahman bermuka kusam dan masam. Maryam menegur suaminya.

"Abang.. Kenapa abang ni? Abang tak dengar ke yang Riz dah sedar. Kan itu yang abang harapkan selama ni?"

"Maryam.... Awak jangan la mengharap sangat. Awak kena ingat satu benda. Riz tu bukan anak kita. Kot-kot, budak cina tu anak kita.."

"Abang... Kenapa dengan abang ni?"

"Maryam... Abang betul-betul berasa insaf selepas Riz accident ni. Abang berazam nak menjadi ayah yang lebih baik lepas Riz keluar dari hospital. Tapi nampaknya.. Mungkin kita akan kehilangan dia..."

Rahman tunduk ke lantai. Maryam tahu perasaan suaminya itu. Dia juga tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku dalam hidup mereka.

"Encik.. Puan... Boleh masuk melawat anak anda berdua..," tegur jururawat yang bertugas.

Mereka berdua melangkan masuk. Kelihatan Riz terbaring di atas katil. Riz memandang ibu dan ayahnya lalu tersenyum kecil.

"Mak.. Ayah... Riz mintak maaf...."

"Tak pe lah Riz, kami dah lama maafkan Riz...," kata Maryam dia lega melihatnya kini sudah sedar.

"Riz... Ayah nak bagitahu kau sesuatu..," kata Rahman dengan tegas.

"Abang!! Kenapa nak bagitahu sekarang?"

"Maryam... Biar dia tahu hari ni... Sekurang-kurangnya dia boleh fikir dalam-dalam dan boleh tenangkan fikiran dia.."

===========================
10 Februari 2009
Pukul 3 petang

Doktor Wong duduk di kerusinya. Di hadapannya, dua pasang suami isteri, satu Melayu dan Satu Cina, sedang menunggu kata-kata yang bakal di ucapkan oleh Doktor Wong.

"Saya telah membuat pemeriksaan DNA beberapa kali untuk memastikan kejituan keputusan kajian ini... Dan saya minta maaf kepada encik dan puan semua..... Kerana atas kecuaian hospital ini, kedua-dua anak encik dan puan telah bertukar sesama sendiri pada hampir 25 tahun yang lepas..."

Rahman dan Maryam hanya termenung pilu....

Manakala Encik Lim cuba menenangkan isterinya yang mula menangis.

===========================
14 Februari 2009
Pukul 8:30 malam

Tiba masa untuk Riz keluar dari hospital. Keenam-enam mereka akhirnya berjumpa antara satu sama lain buat pertama kali. Doktor Wong turut ada kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Doktor Wong memulakan bicara.

"Jadi... Kita semua pun dah tahu keputusan ujian DNA ni... Dan kita tahu anak anda telah bertukar... Jadi, adakah patut anda tukar anak anda sesama sendiri?"

Semuanya senyap. Pada dalam hati Rahman dan Puan Lim, mungkin lebih baik keadaan kekal seperti dahulu. Hati Maryam pula berkecamuk dan redha menerima jika anak mereka perlu ditukar. Encik Lim pula masih tiada jawapan.

"Ok, saya ikut encik dan puan Lim balik..."

Mereka serentak memandang ke arah suara itu. Riz yang bersuara.

"Riz!!! Apa kau cakap ni?", marah Rahman kepada Riz.

"Ayah....  Selama ayah dan mak emak besar kan Riz. Saya asyik dalam kesusahan je. Mak dengan ayah tak dapat bagi kesenangan dan keselesaan pada saya. Ayah pun kaki judi. Buat apa saya nak tinggal dekat rumah tu? Lagipun saya bukan anak mak dan ayah, nak bauat apa balik."

Riz berhenti sebentar.

"Maafkan saya sebab panggil makcik dan pakcik mak dan ayah. Minta maaf ya, Pakcik Rahman dan Makcik Maryam."

Tatkala itu, tangisan Maryam berderai. Tak sangkan ayat begitu boleh terkeluar dari mulut Riz. Rahman terpaku. Terkejut dengan ungkapan yang diluahkan oleh Riz.

Riz yang bertongkat, pergi mendekati Encik dan Puan Lim. Riz menegur mereka.

"Mama and papa... I'm home..."

Mereka gembira. Mereka memeluk Riz dengan erat.

"Kamu bagaimana Alex?", tanya Doktor Wong.

Alex terdiam. Rahman memandang terus ke arah mata Alex.

"Nak..."

"Aku bukan anak kau!!!"

Mama Alex datang mendapatkan Alex. Dipeluknya Alex dengan erat.

"Saya tak kan balik dengan awak. Mama dan papa yang membesarkan saya selama ni. Saya tak kan tinggalkan mereka. Mereka ni ibubapa saya!!"

Maryam mula menangis. Rahman memandang ke arah Doktor Wong.

"Maaf, Encik Rahman. Saya tak boleh membantu dalam hal ni. Anak yang melebihi 18 tahun berhak memilih untuk tinggal dengan siapa. Saya tak boleh buat apa-apa."

Dan malam itu, Keluarga Lim bergembira kerana menerima ahli keluarga yang baru. Encik Lim gembira kerana mendapat seorang lagi anak lelaki.

Manakala pasangan Rahman dan Maryam terpaksa meninggalkan hospital dengan tangisan pilu. Mereka kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka....

===============================

Doktor Wong masuk ke dalam pejabatnya. Sedih melihat apa yang terjadi pada pasangan Rahman dan Maryam. Lantas dia membuka laci mejanya dan mengeluarkan sekeping gambar di dalam bingkai.

Gambar yang dipegang oleh Doktor Wong itu ialah gambar satu keluarga yang terdiri dari 4 orang. sepasang suami isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan. Airmata Doktor Wong pun mengalir di pipinya.

Bersambung.....

Ada poll undian yang baru. Sila undi...

==============================
TRIVIA

Nama Alex, Riz, dan Fizan diambil sempena nama kawan-kawan penulis semasa belajar di Politeknik Merlimau. 

Nama Cip diambil melalui nickname ketua pelajar di Politeknik Merlimau semasa penulis belajar di sana.

Wednesday, May 6, 2009

DUA DUNIA EPISOD 10

Rahman mula risau. 2 jam selepas dia pergi membuat ujian darah, Doktor Wong telah memanggil isterinya, Maryam, serta anak perempuannya, Raihana, untuk membuat ujian darah.


Nyatalah darahnya tidak berada dalam kelompok darah yang sama dengan Riz.

Tapi, sudah pastilah darahnya sama dengan isterinya. Mungkin Raihana juga mempunyai jenis darah yang sama, jadi pasti boleh membantu Riz.

Untuk pertama kali dalam hidupnya, Rahman berasa risau terhadap Riz. Selama ini, dia sering berpoya-poya dan berjudi sehingga tidak menghiraukan keluarganya. Maryamlah yang berkerja untuk menyara keluarga mereka. Maryamlah ibu, dan Maryamlah bapa kepada kedua anak mereka.

Rahman malu. Kini dia baru faham apa itu tanggungjawab. Selama ini dia mengabaikan keluarganya. Tidak ambil kisah kepada mereka. Dia sendiri tidak pasti berapa keputusan SPM Riz. Malah dia juga tidak pasti Raihana bersekolah pada tingkatan berapa.

Ya, Allah!!! Kenapa dengan aku ini? Aku memang bapak yang teruk. Mungkin gelaran bapak memang tidak sesuai pada aku.

Rahman mula menangis. Sudah lama dia tidak menangis tapi kali ini, airmata jantannya mengalir.

Rahman tersentap. Keadaan bising secara tiba-tiba di hospital.

"Mana Riz? Mana Rizal? Kami semua datang nak tengok dia!!"

"Encik semua.!!! Jangan buat bising!!! Ini hospital!!!"

"Ok. Kami cuma nak tengok Rizal. Dia accident. Adakan pesakit nama Rizal masuk dalam hospital tadi?"

Rahman amat kenal suara itu. Dia masih ingat suara itu.

Itu suara kawan Riz. Fizan ke namanya?

Rahman bangun dan menjengah. Ternampak kelibat Fuzan dan beberapa orang lain yang sedang cuba masuk ke dalam bilik wad untuk melawat Riz.

Darah Rahman mendidih. Dia amat pasti Fizan terlibat dalam ankara kemalangan Riz itu. Dia terus menuju ke arah Fizan.

"Fizan!!!!"

"Pak cik Rahman! Mana Riz? Dia ada dalam hosp.."

Belum sempat ayat disudahkan, penumbuk Rahman singgah tepat ke arah muka Fizan. Darah menyembur dari hidung Fizan. Dia jatuh terlentang.

Rahman cuba memukul Fizan lagi. Tetapi dihalang oleh kawan-kawan rempit Fizan. Mereka berdua dileraikan.

"Kau la punca Riz accident!!!! Musibat punya setan!!!! Berambus kau!!!! Jangan kau nak datang melawat Riz lagi!!!"

"Tapi pak cik... Bukan saya..."

"Diamlah kau!!! Berambus!!! Berambus!!!"

Fizan tidak ada pilihan. Dia faham perasaan Rahman. Jangan disimbah minyak pada api. Makin maraklah ia.

Fizan memberi isyarat berundur kepada kawan-kawannya. Mereka semua beredar.

Rahman mula menangis lagi. Dia duduk terjelepuk, bersandar di dinding hospital. Dan terus menangis.....

=============================

Pukul 8:30 pagi.

Alex turun ke tingkat bawah. Dengan muka yang ceria, dia menyapa mama dan papanya.

"Good morning, mama.. papa."

Ayah Alex terus bingkas bangun dari tempat duduknya, segera mendapatkan Alex.

"What's going on, papa?"

"I heard from your mama. About last night.."

Alex ketawa. Muka ayahnya berubah. Juga ibunya yang duduk di meja makan.

"I'm fine, papa. Kan saya dah kata. Saya tolong orang accident. Darah tu bukan darah saya la..."

Ayahnya lega. Terus dia menyuruh anak tunggalnya itu duduk makan bersama.

"Alex... Your my only son. I don't want bad things happen to you."

"Papa.. Saya dah besar. Tahu lah saya jaga diri."

"Kamu selamatkan mat rempit ya?", tanya ayah Alex lagi.

"Yup. Why?"

"Kenapalah kamu selamatkan mereka tu, mereka tu semua menyusahkan orang saja. Baik biar mereka mati kat jalan tu."

"Papa... Mereka pun manusia. Ada nyawa. Ada family. Mereka pun mahu hidup. Lagipun, tolong menolongkan amalan kita semua."

Ayah Alex terdiam mendengar jawapan Alex. Nampaknya dia telah membesarkan seorang anak yang betul-betul mempunyai hati yang baik.

Mereka pun makan sarapan bersama-sama.

"Tapi kan mama.. papa.."

"Apa yang tapi?", serentak sahut ibu dan ayah Alex. 

"Masa saya selamatkan budak tu, saya dapat rasa sesuatau la."

"Rasa apa pula?"

"Entah la. Saya dapat rasakan yang budak tu tak patut jadi begitu. Saya dapat rasa dia sepatutnya mendapat benda dan hidup yang berlainan sekarang.."

"Hhhmm.. Since when you become a fortune teller?", sampuk ibunya.

Alex senyum.

"Bukan fortune teller la mama.. Just.. Alex rasa nasib dia pasti akan berubah tak lama lagi...."

Ibu dan ayah Alex terdiam. Sedikit bingung mendengar kata-kata anaknya. 

Tapi  bagi mereka.. Yang penting, anak tunggal mereka selamat.

=====================

Sudah pukul 1 tengahari. Tapi Riz masih belum menerima penderma darah lagi.

Rahman mula bingung. Dan marah. Malam semalam, Doktor Wong sudah memeriksa darahnya dan darahnya tidak sesuai untuk didermakan kepada Riz. Jadi sudah pasti darah isteri dan anak perempuannya boleh digunakan.

Tapi... Kenapa tak pindahkan darah lagi?

Rahman mula merasa pening kepala. Dari semalam dia tidak tidur. Menanti keputusan dari Doktor Wong.

Isterinya, Maryam, sudah balik bersama Raihana pagi-pagi lagi. Rahman menyuruh mereka berehat kerana mereka berdua kelihatan agak kepenatan.

Tiba-tiba, Maryam dan Raihana muncul di depan mata Rahman. Rahman terkejut.

"Kan saya dah suruh awak duduk rumah je... Kenapa datang sini?", tanya Rahman.

"Saya risau la anak kita tu bang....."

Maryam mula menangis. Raihana cuba menenangkan ibunya itu.

"Encik Rahman. Puan Maryam."

Mereka menoleh ke arah suara tersebut. Doktor Wong muncul.

"Kenapa doktor? Dah boleh ke kami derma darah pada Riz?", tanya Rahman.

"Boleh saya jumpa encik dan puan dalam pejabat sekejap."

Mereka masuk ke pejabat Doktor Wong, meninggalkan Raihana seorang diri.

==============================

"Ada apa doktor? Macam mana dengan darah isteri dan anak perempuan saya tu? Satu kumpulan dengan Riz ke?", tanya Rahman sejurus selepas duduk. Nyatalah Rahman amat merisaukan akan keselamatan Riz.

"Begini... Saya dah buat pemeriksaan pada darah kamu bertiga... Dan saya dapati ada 2 berita buruk."

"Berita buruk? Berita apa ni doktor?"

"Saya pun macam tak percaya pada keputusan pemeriksaan tu. Dari malam semalam saya buat pemeriksaan ni berulang kali... Tapi keputusannya."

BAM!!! Rahman menumbuk meja Doktor Wong. Hatinya mula gelisah apabila Doktor Wong menyebut perkataan 'berita buruk' dan cuba menerangkan dengan penjelasan yang panjang berjela.

"Abang.. Sabar, bang..," Maryam cuba mententeramkan suaminya.

"Doktor... Baik berterus terang. Jangan banyak cakap..."

Doktor Wong terdiam. Lalu terus menyambung bicaranya.

"Begini... Saya sudah membuat pemeriksaan pada ketiga-tiga darah encik, puan dan anak perempuan anda... Malangnya.. Tiada satu pun yang sesuai didermakan pada Encil Rizal."

Rahman bagaikan kehilangan kekuatan diri. Dia terus terduduk dikerusi itu semula. Dia merasakan jiwanya bagaikan melayang. Maryam mula menangis.

Ya Allah.. Kalau Kau mahu menghukumku.. Janganlah turunkan balasan pada aku... Turunkanlah pada aku ini... aku yang berdosa..

Ayat itu berulangkali bergema dalam kepalanya. Doktor Wong hanya memandang dengan simpati.

Seketika kemudian, Rahman bersuara lagi.

"Tadi doktor kata ada 2 berita buruk. Sebutlah yang satu lagi tu....," lemah suara Rahman. Seperti meredhai sahaja.

"Saya terus membuat kajian. Bagi saya, mustahil salah seorang dari encik dan puan tidak mempunyai kelompok darah yang sama dengan anak encik tu. Jadi saya buat pemeriksaan lanjutan bersama kawan saya di makmal dan mendapati keputusan yang di luar dugaan encik dan puan..."

Rahman membuntangkan mata. agak terkejut dengan kata-kata Doktor Wong itu.

"Di luar dugaan? Maksud doktor..."

"Harap encik dan puan bertenang mendengar penjelasan saya.."

Rahman dan Maryam berdebar-debar menunggu ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut Doktor Wong.

"Sebenarnya.... Rizal tu bukan anak kandung Encik Rahman dan Puan Maryam..."

Maryam terus pengsan serta-merta. Dan Rahman bagaikan terasa nyawanya dicabut ketika itu....

Bersambung......

Friday, May 1, 2009

DUA DUNIA EPISOD 9

Alex terasa mengah. Nafasnya tersekat-sekat. Dadanya naik turun dengan laju.


Lega. Itulah perasaannya kini setelah berjaya mengatasi perasaan cemasnya. Pertama kali dalam hidupnya dia berhadapan dengan mangsa kemalangan.

Dengan dirinya yang mabuk darah, dia tetap mengharungi cabaran ini dengan hatinya yang tekad. 

Alex memecut laju keretanya sehingga di tahan Polis Trafik tadi. Apabila menunjukkan mangsa kemalangan yang berada di tempat duduk belakangnya, polis trafik tersebut pun membantu Alex untuk sampai ke hospital dengan lebih pantas.

"Are you ok?", tegur Doktor Wong, doktor yang merawat Riz. 

"I'm fine, doc. How about that man?", tanya Alex yang masih risau akan keaadaan Riz.

"Keadaan dia stabil buat masa ni. Tapi tangan kirinya patah. Dia juga mengalami concussion di bahagian kepala tapi tak teruk sangat... Cuma...."

"Cuma apa doc?"

"Dia kehilangan banyak darah."

"Ye ke? Tak kan hospital ni tak de simpanan darah dalam Blood Bank?"

"Ada tu, memanglah ada. Tapi pesakit tu berdarah Jenis O. Kamu tahu kan yang darah Jenis O ni tak ramai dalam dunia ni."

"Yes.... I know that...."

Alex hanya mendiamkan diri. Teringin hatinya untuk menderma darah tapi dia sedar yang dirinya mempunyai darah Jenis B.

"Kamu balik berehat dululah. Saya tengok kamu ni macam terganggu saja dari tadi. Kamu mabuk darah?"

Alex hanya tersenyum. Segan mahu mengakui kelemahan dirinya itu.

"Kamu balik dulu. Berehat. Datang semula esok kalau kamu mahu melawat pesakit tadi."

"Saya mesti datang esok."

Alex pun beredar. Doktor Wong melihat pemergian Alex dengan rasa hati yang kurang enak. Entah kenapa hatinya bergelora sejak berjumpa Alex.

Sejurus kemudian, sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan datang menghampiri Doktor Wong dengan perasan cemas. Si isteri sedang menangis.

"Ni Doktor Wong ke? Kami ni mak dan ayah kepada Rizal. Mangsa kemalangan motor tu. Macam mana dengan dia?", tanya Rahman kepada Doktor Wong.

Doktor Wong agak terkejut dengan kehadiran Rahman dan isterinya itu. Peluh dingin mula membasahi dahinya.

"Doktor. Doktor Wong!"

Doktor Wong mula tersedar apabila badannya di goncang kuat oleh Rahman.

"Oh... ah... Anak awak dalam keadaan stabil sekarang. Dia patah tangan kiri dan mengalami kecederaan kepala yang tidak berapa serius. Cuma dia kehilangan darah yang banyak. Jadi dia perlu penderma yang sesuai. Lagipun darah dia Jenis O. Saya rasa, salah seorang dari encik atau puan ataupun anak puan mungkin mempunyai jenis darah yang sama. Ini mungkin boleh membantu."

"Ok, doktor. Cepat ambik darah saya ni. Ambiklah berapa banyak pun. Asalkan anak saya tu selamat," Rahman begitu merisaukan anaknya. Walaupun dia mempunyai hubungan yang kurang baik dengan Riz, namun dia tetap zuriat darah dagingnya.

"Baiklah. Encik Rahman, sila ikut nurse ni. Kalau darah encik tak boleh, kita periksa darah puan dan adik ni pula."

Rahman patuh. Dia pun dengan segera mengikuti jururawat itu. Sementara isterinya, Maryam dan anak perempuannya, Raihana duduk menunggu.

=======================================

"Sial! Babi! Kau main kotor ye? Amik ni!!!!"

Fizan melepaskan kegeramannya pada Zali. Dia menyepak tubuh Zali yang sudah tidak mampu bangun itu.

Selepas melihat Cip sampai ke garisan penamat tanpa kelibat Riz, Fizan mula risau. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Zali, Cip dan kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak. Setiap hilai ketawa menghiris hatinya.

Fizan menyuruh 2 orang kawannya pergi semula ke tempat yang dilalui oleh Cip dan Riz dalam perlumbaan tadi. Sementara Fizan sudah bersedia dengan rancangan yang dirancang tanpa pengetahuan Riz.

"Ha.. Apa lagi? Mana duit petaruhan tadi?", pinta Zali dengan nada mengejek.

"Zali!! Aku tau kau main kotor dengan Cip kau ni. Cakap!! Apa yang kau dah buat pada Riz?"

"Buat apa pulak ni? Aku menang fair and square la," terang Cip sambil disambut helai ketawa mereka lagi.

"Zali... Cip. Jangan ingat kau pandai sangat. Kau tau tak sekarang kau ni dah macam babi yang terperangkap dalam sangkar sekarang."

Sejurus selepas Fizan habis bercakap, sekumpulan Mat Rempit tiba dengan deruman motor yang bising. Jumlah mereka lebih banyak dari kawan-kawan asal yang Riz dan Fizan bawa pada hari kebiasaan.

Muka Zali, Cip dan kawan-kawannya mula pucat. Mereka sedar kini mereka dalam bahaya.

"Kau ingat kau je ke ada sepupu Zali. Ni sepupu aku dari Melaka. Mat Rempit dari Melaka. Sepupu aku dari Klebang."

Mereka turun dari motor. Dengan bersenjatakan topi keledar di tangan, mereka bersedia untuk bergaduh.

Maka pergaduhan besar berlaku di situ. Darah mengalir di merata-rata. Banyak badan yang pengsan dan tidak bermaya untuk bangun.

Fizan puas. Dia mengelap tangannya yang penuh dengan darah.

"Thanks, beb. Kau sudi datang," ucap Fizan pada sepupunya, Charlie.

"Ok. Setakat bertumbuk ni memang hobi gua."

Sejurus kemudian, 2 kawannya yang ditugaskan untuk mencari Riz pulang. Mereka pulang dengan muka yang hampa.

"Motor dia ada Fizan. Riz nya yang tak de."

Fizan buntu. Memikirkan kehilangan Riz.

"Apa kata kita pergi ke Hospital paling dekat dari sini. Kalau-kalau ada orang dah selamatkan dia," cadang Charlie.

"Jom."

Mereka pun bergegas pergi.

=========================

"What happen to you?!!!!", pekik ibu Alex.

"Mama... Don't freak out. This is not my blood."

"Habis tu?"

"Saya tolong orang accident. Saya tak luka pun. Ni bukan darah saya."

Ibu Alex mula merasa tenang mendengar penjelasan anak kesayangannya itu. 

"Ok, mama. Saya naik, mandi dulu. And then I will told you the whole story. Ok?"

"Ok..."

Alex berlalu naik ke atas. Ibunya mula merasa lega kembali.

Ada poll undian di bahagian tepi. Undi jangan tak undi.

Bersambung........

Saturday, April 25, 2009

DUA DUNIA EPISOD 8

Sudah 3 minggu berlalu semenjak Dennis meluahkan hasrat kepada ibu dan bapanya untuk berkahwin dengan Fara dan menganuti agama Islam.


Dan semenjak 3 minggu itu jugalah, keadaan rumah tidak seperti dulu lagi. Setiap kali mereka bertembung muka, pasti akan terletus pergaduhan, perbalahan dan pertikaman lidah yang tiada penghujungnya.

Karen mula bosan dengan ini semua. Dia amat merindui saat bahagia bersama keluarganya. saat mereka melakukan aktiviti bersama, bercuti dan lain-lain lagi saat-saat intim mereka bersama.

Karen berasa bangga apabila ramai kawan dan kenalannya begitu cemburu dengan keluarganya. Cemburu kerana keluarga mereka yang bahagia dan hubungan kekeluargaan yang begitu rapat dan di idamkan oleh semua orang.

Tetapi itu semua sudah berlalu. Kini, apa yang tinggal hanyalah suara jeritan dan bahasa kasar memaki hamun sesama mereka.

Seringkali Karen merasa malas mahu pulang ke rumah. Dahulu, rumahku syurgaku. Tapi kini rumahnya umpama neraka.

Karen sampai di rumah. Karen ternampak kelibat abangnya sedang mengutip baju-bajunya di halaman rumah. Karen mula merasa tidak sedap hati. Dia pun dengan pantas mendapatkan abangnya itu.

"Abang... Apa dah jadi ni?"

Dennis tidak menjawap. Dia hanya mendiamkan diri dan terus meneruskan kerja mengutip bajunya itu.

"Abang...," air mata mula bergenang di mata Karen.

"Jangan panggil saya abang lagi. Daddy and mummy dah halau abang. Mereka kata, abang ni tak layak jadi ahli keluarga ni lagi."

Karen merasa sebak mendengar kata-kata abangnya itu. Dia pun terus memeluk abangnya itu. Dan air mata mereka mengalir bersama-sama.

"Sudah la. Biar Karen jangan peluk abang. Nanti mummy dan daddy marah pula," kata Dennis.

Karen melepaskan pelukan. Lantas dia terus masuk ke rumah mendapatkan ibu dan ayahnya.

"Mummy.. Daddy... Kenapa halau abang?"

"Dia bukan abang kau lagi!!!", jerkah ayahnya. Ibunya hanya mendiam diri dan buat tidak tahu sahaja.

"Tapi daddy..."

"Shut up!! From this moment, Dennis bukan lagi ahli keluarga Wong. Kalau Karen nak ikut jejak langkah Dennis, silakan!!!"

Karen terdiam. Dia tidak sangka keluarganya akan musnah begitu sahaja.

6 bulan selepas pemergian Dennis dari rumah itu, Karen turut berpindah keluar. Dia mula tidak tahan dengan sikap daddy dan mummy nya yang bergaduh tak kunjung sudah. Semenjak pemergian Dennis, tiada lagi keamanan di rumah tersebut.

=================================

Alex terdiam. Tak sangka masih ada perkara yang tidak di ketahui tentang Karen.

Karen terdiam sebentar selepas bercerita kepada Alex. Air matanya bergenang.

"Dear.. don't cry.."

Karen tersenyum. Dia cepat-cepat mengelap air matanya itu.

"So.. What happen to your brother?", tanya Alex kembali setelah melihat keadaan emosi Karen semakin stabil.

"He happily married with Fara."

"Oh... You tak jumpa dia ke?"

"Jumpa lah. I jumpa my brother senyap-senyap. Tak boleh sampai my parents tau pulak. I go to his wedding tau."

"Oh... Ya ke? I ingat you pun putuskan relationship dengan abang you tu.."

"No. I wouldn't do that. He is my only brother I had in this world. Hubungan saya dengan dia are very close. So memang I tak boleh berpisah dengan dia."

Alex terdiam. Kini baru dia sedar kenapa Karen agak bersikap paranoid bila dia ternampak tentang buku Islam berada di dalam keretanya.

"Ok la, dear. I think I wanna go home. I'm very tired."

"Ok. You boleh drive ke? Kata penat?"

"Setakat dari rumah you ke rumah I tu, kalau you ikat mata I pun i boleh drive la. I dah hafal jalan tu tau."

Karen ketawa kecil. Sikap loyar buruk teman lelakinya itu sering berjaya membuatkan dia ketawa.

"Ok. I go now."

Mereka berpelukan dan berkucupan. Alex pun melangkah pergi meninggalkan Karen.

=============================

Alex memandu kereta dengan perlahan. Sambil memandu, dia mula teringat kisah Karen tadi.

Tiba-tiba hatinya terdetik. Dia sendiri mula pelik kepada dirinya sendiri.

Kenapa tiba-tiba aku berminat tentang Islam? Kenapa aku beli dan baca tentang Islam?

Alex bingung tentang perubahan mendadak pada dirinya. Tiba-tiba tak boleh minum beer atau liquor. Tiba-tiba tidak berminat untuk ber-party. Tiba-tiba tidak berminat untuk berasmara dengan Karen.

Mungkin ini yang di panggil identity crisis? Alex pernah terbaca artikel ini di majalah. Dan tak sangka kali ini, dia pula yang di "jangkiti" perkara-perkara seperti ini.

Tiba-tiba, Alex ternampak sekujur tubuh sedang terbaring di tengah jalan. Alex cepat-cepat menekan brek. Kelihatan motorsikal terbaring tidak jauh dari lelaki tersebut.

Jatuh motor kot? Atau accident?

Alex tidak berfikir panjang. Dia cepat-cepat turun dan menyelamatkan lelaki tersebut.

===============================

Riz terbaring. Sakit. Itulah yang dirasai olehnya sekarang. Dalam seumur hidupnya, tidak pernah dia merasa sakit seperti ini.

Riz terasa kepalanya basah. Dia pun memegang kepalanya. Terdapat cecair merah di tangannya.

Babi. Ni darah ni. Banyak pulak tu. Kepala aku luka parah ke?

Riz cuba bangun, tapi gagal. Kesakitan menghalang dia berbuat demikian.

Dia cuba menjerit meminta tolong. Tapi suaranya bagai disekat oleh sesuatu.

Sial punya Cip. Dia tendang motor aku tadi.

Riz cuba mengingati perlumbaan tadi. Semasa dia sedang berlumba dengan sepupu Zali, Cip. Tiba-tiba, ada sebuah motor keluar dari satu jalan dan menghimpit motornya. Riz yakin itu adalah orang-orang Zali dan Cip.

Bila di himpit, Riz hilang keseimbangan. Cip mengambil kesempatan untuk pergi ke sebelahnya dan menendang motornya sehingga dia terjatuh.

Dan kini, Riz terbaring keseorangan. Tiada kereta atau sesiapa yang mahu berhenti menyelamatkan dirinya itu.

Masih jauh dari garis penamat. Fizan pasti tidak tahu dirinya ditimpa kemalangan.

Mungkin inikah balasan pada dirinya yang sering melawan kata orang tuanya? Riz merasa mahu menangis tetapi menangis pun dia tidak mampu. Kesakitan mengusai dirinya.

Tiba tiba, Riz ternampak samar-samar kelibat seorang lelaki turun dari kereta mahu membantunya.

Kelihatan seorang lelaki berbangsa Cina datang mendekatinya.

"Encik, awak ok?"

Riz tak mampu menjawap.

"Ok, jom saya bawak you ke hospital."

Lelaki Cina tersebut memapah Riz.

Alhamdullillah. Ada yang mahu selamatkan aku....

Bersambung...

Sunday, April 5, 2009

HIATUS LAGI

Ya. Aku tahu kamu akan angin satu badan dengan aku.


Apa hal asyik nak hiatus je ni?

Sebenarnya dalam tempoh 2 minggu mendatang ni, aku akan sibuk gila dengan Thesis dan Viva.

So wish me luck ok?

Jumpa lagi dalam masa terdekat ya?

Monday, March 30, 2009

DUA DUNIA EPISOD 7

"So... Have you decide where to go?"


Alex memandang Karen. Karen tersengih.

"You ni. Baru 5 minit lepas I buat decision nak vacation, tak kan la sekarang I dah sempat fikir nak ke mana nak bercuti pulak?", jawab Alex sambil tersenyum.

Karen tersenyum. Tersipu-sipu.

"Betul jugak. Hehehe..."

Alex segera memeluk Karen.

"I hope lepas you balik vacation nanti, You berubah jadi macam dulu. Jangan jadi berubah jadi makin pelik pulak," terang Karen pada Alex.

"Kalau I berubah jadi Nerdy ke, you tak suka?"

"Tak nak!"

"Kalau I berubah jadi Ultraman?"

"Alex serius sikit ye?"

Mereka ketawa. Mereka terus berbual dalam keriangan. Akhirnya, Alex memilih untuk ke Langkawi.

"Good Choice, my dear," sokong Karen.

Alex tersenyum. Tiba-tiba air muka Karen berubah. Alex sedar akan perubahan tersebut.

"Why, dear?"

"Boleh tak you berhenti baca buku-buku pasal Islam tu?"

"What? Why?"

"I tak nak you peluk Islam?"

"Hhaa? Kenapa tiba-tiba you cakap macam tu pulak? Nape you fikir I nak masuk Islam?"

"Habis, kebelakangan ni you asyik dengan buku-buku islamic tu?"

Alex ketawa. Tidak sangka teman wanitanya itu takut pada benda yang tidak sepatutnya ditakuti.

"You ni!! I serius ni."

"Ye la. Don't be paranoid ok? I just baca saje. you tau kan yang I love reading?"

"Yes. I know... But.."

Alex semakin hairan dengan teman wanitanya itu. Tiba-tiba menjadi gundah gulana.

"Alex.... Sebenarnya, ada satu perkara pasal my family yang I tak cerita pada you.."

"Hhaa? About what?"

"About my brother.."

========================

"Fizan!!! Apa hal tak start lagi ni? Aku dah panas ni!!"

Fizan memandang ke arah Zali dan kawan-kawannya. Mereka sedang duduk dalam kumpulan. Berbincang perkara serius.

"Riz, aku tak sedap hati la. Kau tak payah race la malam ni." Fizan cuba memujuk Riz.

"Hotak kau!!! Ni peluang aku nak kasi tutup mula Zali dengan sepupu dia tu. Peluang tak boleh lepaskan macam tu je, beb. Nanti ntah bila lagi sepupu dia tu nak turun KL," balas Riz. Nyatalah tahap berlumba dan semangat juang Riz sedang meluap-luap.

Fizan sedar dia tidak mampu memujuk sahabat baiknya itu.

"Woi!!! Bila nak start ni? Gua dah tak sabar-sabar nak kalahkan lu!!!", jerit Riz pada Zali dan kawan-kawannya.

Tiada respon.

"Woi!!! Terlupa bawak telur ke?"

Hilai ketawa pecah di kalangan mereka.

Zali pun menamatkan perbincangan. Dia terus menuju ke arah Riz.

"Jangan cakap besar. hari ni zaman kegemilangan kau akan tamat."

Selepas memberi amaran pada Riz, Zali terus beredar. Liza memghampiri Riz.

"Awak, awak boleh menang ke?", tanya Liza.

"Jangan rizau la. Mamat kampung dari Kedah tu, selamba je saya kalahkan?", jawab Riz dengan sedikit nada angkuh.

"Betul ke?", Liza meminta kepastian.

"Ya. Jangan risau. Untuk awak, saya akan pastikan saya akan menang."

Liza tersenyum.

Fizan tercengang melihat gelagat Riz dan Liza.

Adoi. Lahanat ni dah main cinta dengan bohsia ni ke? Adoi......

=============================

Karen keletihan. Hari ni memang banyak kerja di pejabat.

Pintu biliknya diketuk.

"Masuk. Tak kunci.", arah Karen.

Pintu biliknya terbuka. Abangnya, Dennis masuk ke bilik Karen dengan senyuman lebar.

"Hai... Besar senyum. Dapat bonus ke?"

"Bukan la. I want to show you something."", jawab abangnya dengan senyuman yang tak lekang di mulut.

"Uiks? Apa yang abang nak tunjuk?", Karen sedikit teruja.

Dennis menghulurkan sekeping gambar. Karen mengambil gambar tersebut dari Dennis. Gambar seorang gadis Melayu.

"Hhmm? Who is she?"

"Guest?"

"Ala... Spit it out. Malas la nak teka-teka ni."

"My girlfriend."

"Ha?"

"My girlfriend la."

Karen terdiam. Agak terkejut dengan jawapan abangnya itu.

"Serius ke ni, bang?"

"Yes."

"Daddy dengan mummy dah tau?"

Dennis terdiam. Menundukkan kepala.

"Ni yang abang risau ni. Takut mereka reject Fara."

Oh. Fara namanya.

"Abang, try la tanya our parents dulu. Don't worry. I will support you."

"Thanks," Dennis memeluk adiknya itu.

Dan bermula dari malam itu, hidup famili Karen akan berubah.

Monday, March 23, 2009

DUA DUNIA EPISOD 6

Ting Tong!


Alex menekan loceng pintu Karen kali ke-3. Tetapi pintu masih tidak terbuka.

Kenapa dengan Karen ni? Biasa kalau aku datang, laju je dia bukak pintu.

Alex menekan loceng lagi. Dan lagi.

Pintu terbuka.

Alex sedikit terkejut melihat Karen. Karen sedang memakai lingerie yang sangat seksi dan mengiurkan.

Alex berasa hairan.

"Eeemmm.... Why you dress up like this?", tanya Alex.

Karen tidak menjawap. Hanya tersenyum.

Karen kemudian terus menarik Alex ke dalam rumahnya. Mereka menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa yang berada di situ.

Karen terus memeluk Alex dan menciumnya. 

Alex terkejut dengan tindakan Karen. Dia pun menolak Karen dengan segera.

"What the hell are you doing, Karen?", tanya Alex.

"What I'm doing? Why the hell you asking that?"

"Why? Well you just suprise me with that."

Mereka terdiam buat sementara. Alex pun kemudian bangun untuk beredar dari situ.

"Alex!!!"

Karen bangun dan mengejar Alex. Karen dengan pantas memeluk Alex dan mematikan langkah lelaki itu.

"Please don't go, Alex. Why are you avoiding me? Tell me if i do something wrong.."

Alex terdiam. Dia sendiri kelu tanpa kata-kata.

"You dah jarang nak jumpa dengan I. You dah jarang nak ke parti. You dah tak minum. Kenapa? I ada buat salah dengan you ke? Or you have found a new girl?"

"No, Karen. It just... I don't feel to do that thing anymore..."

"What?", Karen agak terkejut dengan kenyataan tersebut.

"Entah la. Hidup I macam tak keruan sekarang ni. Buat ni tak kena, buat tu tak kena. I don't know why..."

Karen terdiam. Berasa sedikit terharu dengan luahan hati kekasih hatinya itu.

"Sorry... I tak bermaksud nak ignore you..."

"It's ok, Alex. And I'm sorry to. I thought sex will do the trick... Like always..", Karen tersenyum malu.

Alex juga tersenyum. "Sorry, dear. Not this time."

"Macam ni lah. How about you pergi vacation. Maybe you can lapangkan fikiran you. Maybe you stress sebab lama sangat tak bercuti kot?"

Alex terdiam dan mula berfikir. Mungkin betul apa yang dikatakan Karen. Kali terakhir dia pergi bercuti ialah pada 2 tahun lepas.

"That's a good idea. Jom kita pergi vacation sama-sama...", Alex mula teruja.

"No. You should go alone."

"What?"

"Kalau I ikut sekali. Tak de maknalah your vacation tu. You patut pergi alone I try to relax. Jangan fikir pasal kerja. Duduk sana sampai fikiran you lapang."

Alex tersenyum. Dia merasa amat bertuah kerana memiliki teman wanita yang sangat mengambil berat pada dirinya.

"Thank you, my dear..."

"Everything for you.."

==================

Riz sampai ke tempat kebiasaan di mana dia dan kawan-kawan rempit dan para bohsia berhimpun untuk malam perlumbaan. Ketibaannya di sambut dengan sorak sorai dari para kawannya.

Sebaik sahaja Riz turun dari motor, Fizan terus datang mendapatkannya.

"Habis, Riz. Baik kau jangan race malam ni..."

"Apa hal pulak?"

"Jangan, Riz. Zali bawak budak lain wakilkan dia untuk race dengan dia."

"Sape? Hebat sangat ke mamat yang dia bawak tu?"

"Power beb mamat tu.."

"Sape? Max Biaggi? Valentino Rossi?"

"Tak de la.. Kau ingatkan yang aku cakap kat kau pasal Zali pergi Sungai Petani kan?"

"Hhha... Ada. Yang konon pergi hantar motor kat sepupu dia tu?"

"Rupanya, dia bikin motor kat sana. Dia pujuk sepupu dia datang sini, nak race dengan kau."

Riz terus ketawa dengan kuat, membuatkan Fizan terkejut.

"Kenapa Riz? Pasal kau ketawa?"

"Sial la kau. Aku ingat siapa la yang si Zali tu bawak. Rupanya sepupu dia yang duduk Kedah tu je..."

"Woi. Dengar dulu. Aku dengar cerita, dia ni hebat beb. Tak pernah kalah dekat SP. Dia kira macam Raja Rempit kat SP tau. Aku ada dengar jugak budak-budak ni cakap yang dah ada 8 orang yang race dengan dia mati tau."

"Hahaha... Apsal boleh mati? Dia race sambil bawak senapang ke?"

"Babi la kau ni. Aku cakap serius ni."

"Wei, Fizan... Jangan jadi paranoid sangat boleh tak? Rilek la bro... Jangan la cuak sangat. Kau ingat tahun lepas masa aku race dengan budak JB yang konon power gila tu? Ha... Aku jugak yang menangkan? Budak JB tu jugak yang masuk hospital koma 2-3 minggu."

Fizan terdiam. Dia sedar yang dia tidak mampu mengekang keangkuhan dalam diri Riz lagi.

"Dah. Jom follow aku. Kita jumpa Zali dengan sepupu dia tu."

RIz, Fizan dan 3 orang lagi kawan-kawannya pun pergi ke arah Zali dan konco-konconya.

"Apa khabar, Riz? Dah bersedia ke nak kalah?", tegur Zali dengan nada sinis.

"Sekurang-kurangnya aku berani nak race malam ni. Tak macam kau. Tak de telur. Suruh orang pulak race kan untuk kau."

Zali geram mendengar sindiran Riz. tapi dia masih bersabar.

"Oi, Zali. Mana telur kau? Tak bawak ke? Ke mak dah buat masak kuih?", sampuk Fizan. Mereka semua ketawa.

Zali geram. Dia baru hendak meluru ke arah Fizan tetapi di tahan oleh sepupunya.

"Sape ni? Ni sepupu kau yang konon power tahap dewa kat SP tu eh?"

Lelaki itu tersenyum. Lalu memperkenalkan dirinya.

"Aku Ishak. Panggil aku Cip je."

"Cip? Ok. Gua Riz."

Mereka bersalaman.

Zali mula bersuara, "Ok. Malam ni race jalan biasa. Letak duit RM 500. Bukan setakat tu je. Siapa yang kalah, kena bagi motor pada yang menang. Dan aku nak kau letak dia sekali."

Zali menuding jari ke arah Liza.

Riz tidak berasa senang hati apabila Liza juga diletak dalam pertaruhan perlumbaan.

"Woi. Apa termenung pulak ni? Setuju tak?"

"Ok."

Mereka beredar. Bersiap sedia untuk berlumba. Liza datang ke arah Riz.

"Kenapa dia tunjuk-tunjuk kat saya tadi?", tanya Liza sedikit gusar.

"Tak de apa. Dia nak saya letak awak sebagai pertaruhan.."

"Hhaa? Awak Setuju?"

"Jangan risau la. Saya mesti menang punya."

Liza tersenyum. Riz pun beredar.. Dan bersedia untuk menghadapi perlawanan yang mungkin akan membawa padah kepadanya.

Sunday, March 1, 2009

H.I.A.T.U.S.

Sorry lama tak update.

Aku tengah busy gila dengan thesis dan beberapa perkara dalam hidup aku ni.

So dengan ini, aku mengumumkan yang aku nak bercuti memblogging sebentar. Mungkin dalam seminggu kot.

So, harap menunggu update aku nanti ya?

Cuti ini juga termasuk pada blog Warmness On The Soul.

Bye and take care.