Adam merenung rumah besar yang tersergam indah di hadapan matanya.
Selama 25 tahun dia tinggal di rumah ini. Selama 25 tahun dia dibesarkan di rumah ini.
Di rumah inilah segala memorinya tersimpan. Di rumah inilah dia belajar bercakap, belajar berjalan, belajar mengeja, belajar membaca, belajar mengira....
Di rumah inilah Adam belajar tentang erti kehidupan, belajar tentang cinta, kasih dan sayang..
Tetapi akhirnya dia telah dihalau keluar dari rumah tersebut. Dihalau bagaikan dia tidak ada mengena dengan rumah tersebut. Dihalau bagaikan dia tidak lagi diperlukan di rumah tersebut.
Di halau bagaikan seekor anjing liar yang datang meminta simpati dari orang ramai untuk memberikannya sedikit makanan.
Adam terus merenung rumah tersebut. Adam mengumpulkan kekuatan untuk menekan loceng rumah tersebut.
Mampukan dia bertentang 4 mata dengan Puan Lim yang dulu menjadi ‘mama’nya tetapi kemudian menghalaunya setelah mendapat anak baru
Adam bertekad. Dia perlu mengetahui nasib Encik Lim. Dia perlu menekan loceng rumah tersebut. Adam pun terus menekan loceng rumah tersebut.
Masih tiada sesiapa yang keluar. Adam menekan loceng lagi. Masih tiada siapa yang keluar.
Adam menekan untuk kali ketiga. Akhirnya pintu utama rumah tersebut terbuka. Kelihatan Puan Lim yang keluar dari rumah tersebut.
Adam ternampak yang Puan Lim datang dengan muka yang sedih bercampur geram. Airmata sedang meleleh jatuh ke pipinya. Matanya merah. Mungkin kerana terlampau sedih dan menangis tanpa henti ataupun sedang membendung api kemarahan.
Puan Lim terus menuju ke arah Adam. Puan Lim dengan pantas membuka pintu pagar dan menuju ke arah Adam dan terus melempang Adam. Tidak cukup dengan itu, Puan Lim terus memukul Adam tanpa belas kasihan.
Adam tidak melawan kembali ataupun menahan segala pukulan dari Puan Lim. Adam merelakan dirinya menerima pukulan dari Puan Lim.
“Budak sial!! Kau la punca husband aku masuk penjara. I know it.”
Adam sedikit terkejut mendengar tohmahan dari Puan Lim. Adam pun segera menahan kedua belah tangan Puan Lim yang asyik memukul badannya itu.
“What are you saying, mama?”
“I’m not your mama anymore!!!”
Adam tergemam. Dia masih terbiasa memanggil Puan Lim sebagai mama.
“Sorry.. Auntie, kenapa tuduh saya macam tu?”
“Ini mesti kerja kau! Kau dengki kan sebab kau dah tak boleh dapat harta family ni kan? Kurang ajar!!”
Adam agak terkejut mendengar penjelasan Puan Lim.
“Mama, how dare you said that?”
“I’m not your mama.”
Kemudian, Brian keluar dari rumah. Brian segera menarik Puan Lim dari Adam.
“Woi, bangsat! Kau buat apa datang sini? Tak cukupke kau kena kan bapak aku? Kau nak kena kan mak aku pulak?”
Adam kaku. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi. Dia tidak sangka dia pula yang menjadi bahan tuduhan sekarang.
Brian pun menarik Puan Lim ke dalam rumah. Adam pula hanya mampu melihat.
==========
Brian terus menarik Puan Lim ke dalam rumah. Brian cepat-cepat menutup pintu supaya Puan Lim tidak keluar pergi menyerang Adam semula.
“Brian! What the hell are you doing?”
“Mama, relax. I’m saving you.”
“Saving me? From what?”
“From Adam. Kalau mama serang dia, bahaya. Kalau dia lodge police report sebab mama serang dia, kan susah nanti. Do you want to spend a night at the lock-up?”
Puan Lim terdiam mendengar penjelasan Brian.
“Tak kan dia nak nak buat police report pasal mama serang dia pulak?”
“Mesti la dia buat. Dia sanggup buat papa masuk jail, ini kan pulak mama. If both of you dah kena tangkap, lari senang dia nak rampas harta family kita ni.”
“So, just call the police. Biar dia kena tangkap.”
“Mama, tak boleh. Kita belum ada bukti yang kukuh nak tangkap dia. We have to be more patient. Ok?”
Puan Lim akur dengan penjelasan Brian. Ada benarnya semua itu.
“Mama, wait inside. I nak halau dia balik ke rumah buruk dia tu, ok?”
Puan Lim mengangguk.
Brian keluar semula dari rumah, dia pun menuju ke arah Adam yang masih tercegat di hadapan pintu pagar.
“Adam, baik kau blah sebelum aku panggil polis” Brian memberi amaran kepada Adam.
Geram Adam mendengar amaran dari Brian.
“Brian, I know you behind this. I don’t know what you told her, but I know this is your entire plan.”
Brian tersenyum.
“Yup. I admit. Memang aku yang buat plan supaya orang tua bebal tu kena tangkap. Memang aku yang buat semua tu.”
Kegeraman Adam memuncak. Mahu sahaja dia menumbuk muka Brian ketika itu.
“Kau marah? Tumbuklah aku. Boleh kau duduk sati cell dengan orang tua tu nanti.”
“Sial kau!”
“Hahaha.. Maki la ape je yang kau nak. Sekarang ni, situasi memihak pada aku. Kau hanya mampu melihat sahaja.”
Lidah Adam kelu. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi.
Brian pun berpaling dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tiba-tiba langkah Brian terhenti. Dia berpaling semula kepada Adam.
“Oh, ya! Kau mesti tertanya-tanya kenapa pompuan gila tu pukul-pukul kau tadi kan? Untuk pengetahuan kau, aku inform kat dia yang penangkapan bapak aku tu ada kena-mengena dengan kau.”
“What? What the hell..”
“Relax. Aku cakap macam tu sebab nak mengganggu emosi dia je. Bukan nak kenakan kau. Tapi kalau tiba-tiba ada polis cari kau, kau anggap aje la yang kau tak bernasib baik. Hahahahahaha!!!”
Geram Adam dibuatnya. Tak sangka kini dia juga sudah terperangkap di dalam permainan Brian. Tapi seperti apa yang Brian katakan, situasi memihak kepada Brian. Adam hanya boleh tunggu dan lihat.
“Adam, sabar ya? Anggaplah ini dugaan”
Adam terkejut. Dia segera menoleh.
Rupa-rupanya Pak Mahat yang menegurnya. Oleh kerana terlampau diselubungi emosi, dia tidak sedar yang kelibatnya di perhatikan oleh Pak Mahat.
“Sabar, Adam. Ini semua dugaan. Panjatkan doa pada Allah. Allah akan membantu umat-Nya yang memohon pertolongan kepadanya.”
“Saya tahu, Pak Mahat. Terima kasih.”
“Adam, mari masuk ke rumah pak cik dulu.”
“Tak pe lah. Dah nak Maghrib. Saya ingat nak balik dulu.”
“Baik-baik bawak kereta tu.”
“Terima kasih, Pak Mahat. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Baru Adam mahu melangkah pergi, tiba-tiba dia berpaling semula.
“Pak Mahat, kalau Pak Mahat tahu apa-apa perkembangan Keluarga Lim, boleh tak kalau Pak Mahat bagitahu saya?”
“Baik. Nanti pak cik bagitahu kamu.”
==========
Jam menunjukkan 15 minit sebelum pukul 12 tengah malam. Sebuah kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah Keluarga Lim.
Kereta tersebut dipandu oleh Brian.
Brian memandu kereta tersebut dengan kelajuan yang agak laju. 30 minit kemudian, Brian sudah sampai ke destinasi yang ingin ditujunya.
Brian akhirnya sampai disebuah kawasan perumahan rumah pangsa kos rendah. Brian pun meletakkan keretanya dikawasan yang disediakan dan melangkan keluar.
Brian segera memanjat ke tingkat tiga. Dia menuju ke rumah bernombor 308.
Brian segera mengetuk pintu rumah bernombor 308 itu. Setelah 3 kali ketukan, baru pintu terbuka.
Kelihatan Omar menjenguk dari dalam.
“Aku lah! Bagi aku masuk!”
Omar pun membenarkan Brian masuk.
Rupa-rupanya, Brian telah menyorokkan Omar dari pandangan orang ramai. Dia telah menyewakan rumah ini untuk Omar.
Omar telah memberitahu isteri pertama dan keduanya yang dia akan berkerja di luar negara untuk seketika untuk mengaburi mata mereka berdua.
“Kau selesa tak kat sini?”
“Aku ok. Brian, sampai bila aku nak menyorok kat sini? Aku dah rindu kat isteri, dengan anak-anak aku.”
“Kau rindu bini kau yang nombor satu ke, bini nombor dua? Hahahaha!!!” Brian berseloroh dengan Omar.
“Brian, aku serius ni.”
“Ok! Ok! Aku tau. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Kau sabar sikit la. Aku mintak kau bersabar sikit. Dalam 2 minggu je lagi. Aku yakin aku dapat settle kan semua dalam 2 minggu.”
“Tapi sekarang ni,aku dah kena syak jugak. Macam mana ni?” Omar mulai risau.
“Sabar, nanti kalau polis tahan kau, kau jawab je macam aku ajar kau. Kau jangan risau. Semuanya bakal berjalan dengan lancar.”
“Kau jangan. Kalau plan kau tak jadi, macam mana?”
“Kau jangan risau. Nanti kalau plan aku tak menjadi, kau blah la pergi overseas. Kau jangan risau, segala perbelanjaan kau dan kedua-dua bini kau aku akan tanggung. Aku akan bagi kau RM 5 juta untuk kau mulakan hidup baru kau kat luar tu. Tak kan tak cukup.”
“Aku tau tapi...”
“Kau jangan risau. Jangan takut sangat. Kalau kau takut, nanti semua plan tak menjadi. Kau kena yakin sikit.”
Omar mengangguk-anggukkan kepalanya.
Brian tersenyum melihat reaksi Omar.
Bodoh! Kau bakal jadi kambing hitam aku
Senyuman Brian semakin melebar.
3 Komen Pembaca:
kesian Omar...tkpasal2 jd mangsa si Brian..
I would like to exchange links with your site nukilan-aremierulez.blogspot.com
Is this possible?
bila lak tukar layout ni..
eisy3..
Post a Comment