Monday, June 21, 2010

DUA DUNIA EPISOD 38

Encik Lim melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Semuanya nampak biasa.

Para pekerja yang tersua dengannya semuanya mengucapkan ucapan ‘Selamat Pagi’ kepadanya.

Encik Lim masuk ke dalam biliknya. Masih kelihatan sama seperti mana semasa dia meningglkannya untuk bercuti dengan isterinya.

Di rumah, Encik Lim ada beberapa kali bertanya tentang hal pejabat kepada Brian. Brian memberikan jawapan yang positif tentang keadaan pejabat.

Encik Lim mula ternampak potensi Brian. Semenjak kebelakangan ini, Brian mula menunjukkan bakat dalam bidang perniagaan.

Tetapi entah kenapa, hatinya tetap berasa gusar. Entah kenapa, separuh hatinya tetap memberikan pandangan negatif kepada Brian. Tetapi dia sering memujuk hatinya supaya menerima Brian.

Macam mana pun, Brian tu anak kandung aku. Aku mesti terima dia.

Encik Lim menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mahu membuang segala perasaan tidak baiknya dengan segera. Dia mahu berada dalam mood yang baik selepas lama bercuti.

“Sarah, please come in.”

Encik Lim memberikan arahan kepada setiausahanya, Sarah, untuk masuk ke dalam biliknya melalui intercom.

Sarah, setiausaha yang sebaya dengan Adam dan Brian itu melangkah masuk. Sarah merupakan gadis kacukan antara ibunya yang berbangsa Ireland dan ayahnya seorang Melayu yang berasal dari Johor.

Sarah mula berkerja semenjak 2 tahun lepas. Walaupun masih muda, tetapi Sarah menunjukkan cara kerja yang baik dan sangat dipercayai oleh Encik Lim.

“Sarah, how’s Brian?”

Soalan yang pendek tetapi mengundang satu jawapan yang panjang.

Sarah menceritakan tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh Brian. Semuanya mendapat komen positif daripada Sarah. Encik Lim berpuas hati dengan ulasan Sarah terhadap Brian.

“Tapi Encik Lim, Brian ada mengupah pekerja baru.”

“Pekerja baru?”

“Encik Bidin namanya. New P.A. for Encik Brian.”

“Oh... It’s ok. Brian ada mintak izin dari saya untuk ambil seorang P.A.”

“And, one more thing... Encik Omar has resigned.”

Encik Lim terkejut mendengar berita tersebut.

“What? When?”

“Last week.

Encik Lim terdiam sebentar. Lidahnya kelu.

“Kenapa dia berhenti?”

“Saya pun tak pasti, Encik Lim. Tiba-tiba di datang office dan serahkan resignation letter pada saya.”

Encik Lim terdiam sebentar. Otaknya ligat memikirkan kemungkinan apa yang menyebabkan pemergian Omar.

“Ok, Sarah. You can go now.”

“Thanks.”

Sarah melangkah keluar dari bilik Encik Lim. Encik Lim masih bingung memikirkan pemergian Omar.

Omar merupakan antara pekerja yang paling setia dan boleh dipercayai dalam syarikatnya. Omar mula berkhidmat semenjak 20 tahun yang lepas. Bermula dari bawah, Omar rajin bekerja dan menunjukkan tahap dedikasi yang tinggi sehinggalah akhirnya dia dilantik menjadi Ketua Akauntan dan Kewangan Syarikat tersebut 5 tahun yang lepas.

Encik Lim teringat kembali semasa mula-mula Omar dinaikkan pangkat, Omar telah mengalami masalah rumah tangga. Omar dikatakan Cuma berpoligami secara diam-diam sebelum perbuatannya itu diketahui oleh isterinya dan mereka ‘berperang’ besar dan isterinya mengugut untuk meminta cerai.

Adakah itu sebabnya?

Encik Lim mencapai telefon dan mendail nombor Omar. Bunyi deringan kedengaran di corong telefon tetapi ia tidak berangkat.

Encik Lim belum berputus asa. Dia mendail lagi.

Bunyi deringan kedengaran lagi.

Namun tetap tidak di angkat.

Encik Lim mencuba beberapa kali lagi namun panggilannya masih tidak dijawab. Akhirnya, Encik Lim berputus asa.

Adakah Brian mempunyai kaitan dengan kejadian ni?

Walaupun mendapat ulasan yang baik Dari Sarah, Encik Lim masih tidak mempercayai Brian. Hati kecilnya masih meragui keikhlasan Brian di dalam keluarganya. Dia sedar yang Brian kembali kepangkuan keluarganya hanya semata-mata kerana harta.

Dan ketika ini, dia mula teringatkan Alex semula.

Encik Lim menekan intercom-nya., memberikan arahan kepada Sarah.

“Sarah, suruh Brian masuk.”

“Encik Lim, tiada di pejabat. Awal-awal tadi dia dah keluar pergi melawat tapak dengan P.A. baru tu.”

“Ok. Tak pe.”

Encik Lim hampa. Pagi ini, kedua-dua orang yang ingin dicarinya tidak dapat dihubungi.

Encik Lim memejamkan matanya. Walaupun hati kecilnya mengatakan kehilangan Omar ada kaitan dengan Brian, tetapi di sudut lain masih mengharap yang Brian sudah berubah sikap dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehilangan Omar.

Bunyi telefon pejabat Encik Lim berbunyi. Dia segera menjawab.

“Encik Lim...” Suara Sarah kedengaran di corong telefon. Terdapat nada gemuruh dari nada suaranya.

“Kenapa, Sarah?”

“Ada orang nak berjumpa dengan Encik Lim.”

“Siapa?”

“Polis.”

Encik Lim tersentak. Kali ini, hatinya semakin bergelora.

“Benarkan mereka masuk”

Encik Lim meletakkan ganggang telefon. Sejurus kemudian, 4 orang lelaki masuk ke dalam biliknya. Dua dari mereka memakai uniform polis.

“Kami dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Kami ingin menahan Encik Lim atas tuduhan pecah amanah dan penipuan dalam pengisytiharan harta selama 10 tahun kebelakangan ini.”

Encik Lim terkejut atas tuduhan tersebut. Kini dia sudah dapat mengagak tentang kehilangan Omar.

“Encik terpaksa ditahan.”

Kedua-dua polis itu dating menghampiri Encik Lim dan menggari kedua-dua tangannya.

Encik Lim kemudian dibawa keluar dari biliknya. Semua pekerjanya sedang memandang ke arahnya.

Encik Lim terasa malu kerana digari dihadapan pekerjanya. Maruahnya bagaikan dipijak-pijak. Segala maruahnya telah dicalari.

Encik Lim bersama-sama anggota polis dan SPR itu pun masuk ke dalam lif. Butang ‘G’ telah ditekan oleh pegawai SPR itu. Perjalanan lif yang menurun ke bawah itu seolah-olah terasa perlahan ketika itu.

Hatinya mula bingung. Tanpa Omar, memang mustahil dia dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.

Pintu lif terbuka. Encik Lim dibawa keluar dengan tanganya yang bergari di belakang. Semua pekerja yang ternampak kelihatan tertanya-tanya dan terkejut.

Encik Lim hanya mampu mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya ke bawah. Dia malu. Dia takut. Dan dia bingung. Tiada apa yang mampu difikirkan ketika ini.

Tiba-tiba Encik Lim ternampak salah seorang yang dicarinya dari pagi tadi.

Brian.

Brian sedang berdiri di muka pintu pejabatnya. Apabila Encik Lim yang diiringi oleh pegawai polis itu melewati Brian, Brian pun melemparkan satu senyuman kepada Encik Lim.

Satu senyuman yang dipenuhi dengan perasaan gembira dan dengki. Satu senyuman yang membayangkan perasaan marah dan dipenuhi perasaan dendam.

Encik Lim perasan akan senyuman tersebut dan dia tahu senyuman itu dilontarkan kepadanya.

Damn it! I knew it was you!

Tapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh Encik Lim ketika ini. DIa tiada bukti. Tanpa Omar, segala-galanya adalah mustahil.

Brian terus tersenyum melihat Encik Lim dibawa pergi oleh pegawai polis dan SPR tersebut. Senang hatinya melihat fasa pertama rancangannya telah berjaya.

Everything is perfectly according to plan.

Brian tersenyum lagi. Setelah sekian lama terpaksa mengikut telunjuk Encik Lim, ini kali pertama dia terasa bebas. Dia terasa seolah-olah belenggu yang melingkari tubuhnya kini sudah perjaya dimusnahkan.

Padan muka kau orang tua lahanat! Aku akan hantar kau ke neraka tiga belas tingkat lepas ni.

Brian terus tersenyum riang. Bidin yang berada tidak jauh dari situ hanya memerhatikan keadaan sahaja.

==========

“Boss, semuanya berjalan lancar. Encik Lim tu dah kena tangkap polis pagi tadi.”

“Betul ke?”

Doktor Wong gembira. Akhirnya dia berjaya juga mencabut duri dalam daging. Orang yang berdiri anta dirinya dengan harta peninggalan ayahnya itu telah berjaya dimusnahkan.

“Kau perhatikan dia lagi, Bidin. Aku tak nak dia gopoh sangat. Pastikan dia ikut plan yang aku dah susun tu.”

“Baik, boss” Jawab Bidin.

Talian terputus.

Doktor Wong tersenyum. Dia yakin tidak lama lagi, dia akan berjaya merampas kembali harta peninggalan ayahnya itu.

Doktor Wong membuka laci mejanya. Dia mengambil gambar lama keluarganya dahulu.

Baba, you tunggu saja. I akan dapatkan kembali harta Baba dan balas dendam kepada Keluarga Lim. I akan musnahkan Keluarga Lim untuk Baba.

Dan Brian. Kau jangan nak suka sangat. Dalam badan kau tu mengalir darah Keluarga Lim. Kau hanya akan jadi boneka aku je. Kemudian, kau pun aku akan hantar kau ke neraka.

Doktor Wong tersenyum. Impiannya akan tercapai tidak lama lagi.

==========

Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang. Waktu balik bagi pekerja pejabat sudah tiba.

Ada sesetangah pekerja yang sudah pun bergegas ke punch card box untuk segera pulang ke rumah.

Ada sesetengah pekerja yang masih duduk di meja, menyiapkan kerja yang masih belum disiapkan.

Ada juga sesetengah pekerja yang masih duduk di meja, tetapi hanya untuk berbual dengan kawan-kawan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.

Adam sudah bersiap sedia untuk pulang. Dia sedang mengemaskan mejanya sebelum pulang.

“Apa barang balik awal-awal.... Tak bujang la..”

Adam hanya tersenyum mendengar usikan rakan sepejabatnya.

“Penatlah. Balik rumah, nak rest” Jawab Adam.

Baru sahaja Adam mahu bangun meninggalkan mejanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Adam melihat skrin telefon bimbitnya. Nombor yang tertera tiada dalam simpanan phone book-nya.

Siapa pulak ni?

Adam pun menjawab.

“Hello”

“Hello.... Ini Encik Alex Lim ke?”

Sudah agak lama orang tidak memanggil Adam dengan nama itu.

“Ya. Tapi itu dulu. Sekarang nama saya Muhammad Farish Adam. Just call me Adam”

“Oh... Ok. Saya ni Sarah.”

“Sarah? Siapa ya?”

“Sarah... Secretary Encik Lim”

Baru Adam teringat.

“Oh... Sarah. Ingatkan siapa tadi”

“Penat saya cari Encik Alex ni.. Eh... Encik Adam.”

“Sarah.. Please. Just call me Adam. So, why you calling me?”

Sarah menarik nafas panjang. Dia pun menceritakan hal penangkapan Encik Lim kepada Adam secara panjang lebar.

Adam terkejut. Dia tak percaya Encik Lim melakukan kesalahan tersebut.

“No. I don’t believe it. No way. Tak mungkin Encik Lim buat benda macam tu” Adam membela bekas ayahnya itu.

“Saya tahu Adam. Itu sebab saya call awak. In case, you boleh tolong Encik Lim.”

“Ok. Awak tahu tak kat balai mana Encik Lim kena tahan?”

“Itu saya tak tau la pulak. Tapi, family member Encik Lim mungkin tahu kat mana Encik Lim kena tahan.”

Adam terdiam sebentar. Mahu atau tidak, dia perlu pulang ke rumah itu juga.

“Ok. Thanks, Sarah. Kalau awak dapat any new information, please inform me ya?”

“Ok.”

Perbualan tamat.

Dan kini, Adam perlu pulang ke rumahnya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Dan dia tahu, Brian bagaikan mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

1 Komen Pembaca:

nabilah_2908 said...

akhirnya bersambung juga.. :)

sampai hati brian kn..huhu..