Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada pembaca blog ku ini sekalian. Lama sangat tak update. Agak busy sikit. Stay tune ok! Jangan risau, aku akan terus mengupdate blog ini.
==========
“Aku belum dapat pujuk dia lagi la. Dah puas dah aku pujuk. Aku cakap kalau dia buat, boleh dapat naik gaji, dapat bonus... Tapi dia tak nak ikut jugak la.”
Brian diam mendengar penjelasan Bidin. Sedikit perasaan geram mula timbul di hatinya.
“Apa susah sangat kau nak pujuk Omar tu?”
Brian mula bengang. Langkah pertama untuk merampas harta Keluarga Lim gagal. Bidin yang ditugaskan untuk memujuk ketua akauntan syarikat, Omar, telah menemui jalan buntu.
Dari hari Isnin tugas tersebut diberikan kepada Bidin, tapi sehingga kini sudah mencecah hari Rabu, rancangan tersebut masih belum berjaya.
“Macam-macam alas an dia bagi. Tak amanah la. Takut tuhan la. Berdosa la.”
“Takut tuhan? Berdosa? Puih!!! Ingat aku tak tau ke background dia dulu.”
“Background dia? Kenapa Brian?”
“Aku malas nak cerita. Macam ni. Malam ni, kau ikut aku keluar. Kalau kita tak boleh pujuk dia cara lembut, kita main cara kasar.”
Bidin terdiam. Sedikit takut mendengar perkataan ‘main kasar’ itu.
“Kau nak belasah dia ke Bidin?”
Bidin tersenyum.
“Buat apa nak belasah dia. Kau nak tau kan background dia? Biar aku dedahkan semuanya malam ni. Selepas malam ni, confirm dia mesti tunduk dan taat setia dengan kita.”
“Eh? Boleh ke? Betul ke?”
“Kenapa? Kau tak percaya dengan aku? Kau ni... Dulu kau yang bagi plan ni dekat aku. Sekarang kau pulak yang Nampak tak yakin? Kenapa ni?” Brian sedikit sangsi dengan Bidin.
“Eh? Tak de apa la. Aku ok je....”
Bidin terdiam.
Sial! Ni bukan plan aku. Ni plan boss aku, Mr. Yap... Doktor Wong...
Brian tersenyum memikirkan tentang rancangannya malam ini. Bidin diam seribu bahasa kerana kini dia mula tersedar yang dia bakal terjebak antara kemelut Doktor Wong, Keluarga Lim dan Brian.
==========
Hari sabtu tiba. Hari dimana kebanyakan manusia yang bertungkus lumus berkerja sepanjang minggu akhirnya mendapat rehat.
Ada yang bangun lambat pada hari ini kerana ingin merehatkan badan. Ada yang tetap bangun di awal pagi kerana ingin memanfaatkan waktu cuti dengan sebaik-baiknya.
Raihana bangun pagi seperti biasa. Mungkin sudah terbiasa bangun pagi setiap hari kerana jadula kelasnya semester ini bermula seawall pukul 8 pagi.
Raihana yang baru sahaja mengenakan baju dibadannya sesudah mandi.
Pintu bilik Raihana diketuk.
Raihana pun membuka pintu biliknya. Adam berdiri sambil tersenyum lebar.
“Kenapa, bang? Pagi-pagi dah cari Rai?”
“Salah kea bang nak cari adik dia sendiri?”
“Tak la salah. Tak pernah-pernah abang buat macam ni..”
Adam tersenyum kecil mendengar penjelasan Raihana.
“Dah. Rai pergi sarapan cepat. Kita keluar tengok wayang” Arah Adam.
“Eh? Kan minggu lepas kita dah pergi tengok wayang?”
Adam menghembuskan nafas dengan perlahan. Riak mukanya berubah. Raihana sedar perubahan muka Adam.
“Kenapa, bang? Rai ada salah cakap ke?”
“Tak la. Abang Cuma nak minatk maaf dengan Rai. Last week, malam sebelum abang bawak Rai tengok wayang, abang dah cakap benda yang bukan-bukan. Sampai Rai menangis. Masa abang bawak Rai keluar pun, Rai tak happy je. So, this week abang nak tebus balik.”
Raihana tersenyum. Tidak sangat abangnya begitu sensitif dan sangat mengambil berat tentang dirinya.
“Abang ni.. Susah-susah je. Tak payah la...”
“No. Abang nak bawak Rai jugak. Lagipun, esok hari last Rai cuti kan? So, apa kata kalau kita enjoy sikit. Kan Rai kata, dalam U tu Rai study je.”
Rai hanya tersenyum lagi. Dia benar-benar terharu kerana mendapat seorang abang yang amat prihatin terhadap dirinya. Berbeza dengan 'abang lamanya' yang membesar bersama dengannya.
“Nak ke tak ni?”
“Ok. Jom” Jawab Rai dengan segera.
“Kita breakfast dulu. Mak masak Nasi lemak tu.”
“Ok.”
==========
Omar tersedar dari tidurnya. Letih lesu badannya. Penat berkerja sepanjang minggu.
Lebih menambahkan sesak mindanya apabila personal assistant yang baru bekerja dengan Brian asyik menyuruhnya membuat sesuatu perbuatan pecah amanah di syarikat dia bekerja sekarang.
Omar termenung. Adakah Brian yang menyuruh Bidin memujuknya untuk menyeleweng. Tapi kenapa?
Sudah 20 tahun dia menabur budi disyarikat tersebut. Tidak sampai hati dia ingin mengkhianati bossnya, Encik Lim. Lagipun, umurnya kini 45 tahun. Omar tidak mahu kehilangan kerja atau dipenjarakan dalam usia sebegini.
Siapa nak jaga anak dengan bini aku nanti?
Tetapi kini dia mula merasa kurang selesa bekerja di Syarikat tersebut. Bidin tidak habis-habis memujuknya untuk mengkhianati syarikat tersebut.
Adakah Brian sendiri yang menjadi dalangnya? Lagipun, kenapa Bidin berhenti memujuk selepas hari Rabu?
Omar terus termenung. Dia benar-benar rindukan Alex. Semasa Alex bekerja untuk syarikat itu, segala-galanya ok dan ceria. Alex sangat mesra pekerja. Memang berbeza dengan Brian.
Malahan semenjak Brian bekerja di syarikat itu, Encik Lim juga selalu marah-marah dan selalu datang ke pejabat dengan angin yang kurang baik.
Telefon bimbit Omar berbunyi. Omar terus mendapatkan telefon bimbitnya. Hanya nombor sahaja yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Nombor tersebut tiada dalam simpanannya.
Siapa pulak yang call aku pagi-pagi Sabtu ni?
“Hello..”
“Hello, Encik Omar. Ini Bidin....”
“Bidin!!! Apa yang kau nak lagi ni? Kan aku dah cakap aku tak nak buat benda tu!!”
“Sabar, Omar. Kita boleh bawak berbincang..”
“Aahh!! Aku tak nak bincang apa-apa dengan kau lagi.”
“Oh.... Ye ke? Kalau aku dedahkan satu benda ni, dekat isteri kau yang tercinta. Mesti dia marah gila.”
“Benda? Benda apa?”
“Ala... Buat-buat tak tau pulak. Rahsia yang kau simpan dari isteri kau la. Dah 5 tahun kau sorok dari dia kan?”
Omar mula resah mendengar kata-kata Bidin. Dia sudah boleh menduga apa yang dimaksudkan oleh Bidin.
“So.... Apa kata kalau kau datang ke pejabat sekarang. Kalau tak, ada kemungkinan besar hari Isnin ni mungkin kau dah bergelar seorang duda.”
Omar terdiam. Dia tidak mampu berkata apa lagi.
“Ok. Aku datang kat office sekarang.”
==========
Sebaik sahaja sampai di Mid Valley, Raihana dan Adam terus bergegas ke panggung wayang. Mereka tidak mahu terlambat. Gusar jika mereka terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket.
“Nak tengok cerita apa?” Tanya Adam.
“Mmm.. Last week kita dah tengok cerita buatan Malaysia. So, kali ni kita tengok Hollywood story la pulak” Jawab Raihana.
“Ok.”
Mereka pun segera menuju ke arah panggung wayang. Mereka berlari-lari anak apabila ternampak barisan yang beratur untuk membeli tiket sudah agak panjang.
“Diorang ni... Baru pukul 11, dah panjang dah orang beratur?” Bebel Raihana.
Adam tersenyum mendengar adiknya mengomel.
“Pukul 11 ni dah kira lambat dah, Rai”
Sedang mereka berlari-lari anak, Raihana terlanggar seorang perempuan sehingga perempuan tersebut terjatuh.
“Alamak. Sorry miss.”
Raihana segera meminta maaf kepada perempuan tersebut. Raihana pun membantu perempuan itu bangun.
“It’s ok” Jawab perempuan itu ringkas.
“Everythings okay?” Adam mendapatkan Raihana dan perempuan.
“Everything is o..”
Adam terkejut melihat perempuan tersebut.
“Karren?”
“Alex? Ah.. Sorry. Adam.”
Adam dan Karren terdiam. Tidak sangka setelah sekian lama tidak bersua muka mereka akan berjumpa hari ini. Mereka kelu tidak terkata.
Raihana hanya diam dan memerhatikan mereka berdua. Raihana dapat rasakan ada sesuatu antara mereka berdua.
“Abang, cepat la beratur. Nanti kita kena beratur panjang pulak.”
Adam tersentak dan tersedar dari lamunannya. Bsgitu juga Karren.
“Abang ajak la akak ni sekali. Tak kan nak biarkan dia tengok wayang sorang-sorang je. Betul tak, miss?”
Karen tersentak dengan pertanyaan Raihana. Dia hanya tersenyum kecil dan menganggukkan kepala dengan perlahan.
“Dah. Jom apa lagi.”
Raihana pun menarik tangan mereka berdua dan menuju ke arah panggung wayang.
==========
Omar terkejut. Peluh mula mengalir dari dahinya. Dia terkejut melihat gambar-gambar yang diberikan kepadanya.
Dia memandang ke arah Bidin dan Brian. Dia sudah dapat mengagak yang Brian juga terlibat dalam perkara ini.
“Kalau kau tunjukan gambar-gambar ni kat bini kau, mesti dia mintak cerai kan?” Gertak Brian pada Omar.
Gambar-gambar tersebut merupakan gambar Omar bersama dengan isteri nombor dua dan juga anak hasil perkahwinan mereka.
“Kalau bini kau dapat tahu ni, confirm bini kau mintak cerai kan?” Gertak Bidin pula.
Omar hanya mendiamkan diri.
“Aku tau. Dulu sebelum kau kahwin dua, kau pernah kantoi dengan bini kau kan? Sampai dia lari balik rumah mak bapak dia, mintak cerai dengan kau. Lepas kau mintak maaf, baru dia nak balik. Tapi 2 tahun lepas tu, kau kahwin jugak dengan perempuan tu. Kalau bini kau yang first ni tau kau kahwin dua.... Masak kau.” Brian menakut-nakutkan Omar lagi.
“Tambah pulak dengan gambar ni.”
Bidin mencampak sebungkus lagi bungkusan yang penuh dengan gambar. Omar dengan pantas membuka bungkusan tersebut.
Omar terkejut. Bungkusan tersebut penuh dengan gambar-gambar Omar sedang berhibur di dalam kelab dangdut. Gambar Omar sedang menari dan berpeluk-pelukan dengan pelayan-pelayan di kelab tersebut.
“Pandai kau nak cakap pasal dosa pahala dengan aku. Benda macam ni elok sangat la ye?” Bidin meneruskan provokasinya.
“Gambar ni kalau dua-dua bini kau tengok, mau dua-dua mintak cerai dari kau ni” Gertak Brian pula.
“Tolong... Tolong jangan buat macam tu. Apa yang kau nak dari aku?”
Brian dan Bidin tersenyum.
“Aku nak kau buat macam apa yang Bidin ni suruh. Aku nak kau ubahsuai akaun syarikat kita sepanjang 10 tahun lepas. Konon-kononnya macam bapak aku buat pengistiharan akaun palsu pada LHDN. Kira macam boss kita, Encik Lim, tipu akaun sebab tak nak bayar cukai mahal kat LHDN” Terang Brian.
Omar terkedu.
“Tapi..... Kalau aku buat macam tu, bukan ken anti aku pun masuk penjara?” Omar tidak yakin dengan rancangan Brian.
“Hahaha.. Kau ni, Omar. Mesti la aku ada plan lain. Bukan ke ayah aku tu selalu buat semakan terakhir sebelum akaun tu dihantar ke LHDN. Kita buat dua copy akaun. Satu akaun yang kau buat, yang konon-kononnya akaun yang betul. Satu lagi akaun palsu yang bapak aku hantar ke LHDN. Kau jangan risau, semuanya kami dah rancang” Terang Brian lagi.
Omar masih mendiamkan diri.
“Kau jangan risau. Kitaorang dah plan baik-baik. Kau akan terlepas dari punya. Kau akan dapat 100% perlindungan dari kami.” Pujuk Bidin pula.
Omar tiada pilihan. Mahu atau tidak, dia terpaksa menerima tawaran tersebut kerana nasib rumah tangganya di tangan mereka berdua.
“Ok. Aku setuju.”
“Bagus. Minggu depan kau mula buat. Kau ada seminggu untuk ubah akaun tu sebelum bapak aku balik. Faham?” Arah Brian.
“Faham.”
Brian dan Bidin tersenyum. Omar belum yang dia bakal menjadi ‘kambing hitam’ dalam rancangan jahat Brian yang dirancang oleh Doktor Wong itu.
==========
Hari sudah hampir malam. Seharian Adam, Karren dan Raihana meluangkan masa bersama-sama.
Selepas menonton wayang, mereka bertiga pergi bermain bowling, window shopping dan makan bersama-sama.
“Bye. Baik-baik drive nanti.”
“Ok”
Karren pun masuk ke dalam kereta dan memandu pergi. Adam dan Raihana memandang Karren berlalu pergi. Mereka pun kemudian melangkah ke masuk ke dalam kereta Adam.
“Kak Karren tu girlfriend abang ,eh? Tak bagitau Rai pun, eh?”
Pertanyaan Raihana hanya dijawab oleh Adam dengan satu senyuman.
“Ala.. Main senyum-senyum pulak. Jawab la soalan Rai tadi.”
“Karren tu ex-girlfriend abang” Jawab Adam ringkas.
“Ex-girlfriend? Tipulah.”
“Tipu? Kenapa Rai cakap macam tu?”
“Abang dengan Kak Karren tak nampak macam ex-couple pun. Mesra je. Tak gaduh-gaduh.”
“Kami berpisah bukan sebab kehendak hati. Tapi terpaksa.”
Air muka Adam berubah. Raihana terus berhenti bertanya tentang Karren.
“Sorry la, bang. Tak sengaja tanya. Bukan sengaja nak menyibuk.”
“Tak pe... Biar apa ceritakan apa yang jadi antara abang dengan Karren”
Raihana pun memasang telinganya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Adam pun menceritakan kisah suka-dukanya bersama Karren.
2 Komen Pembaca:
hrumm..pandai pula si Brian ni kan..semakin lama semakin jahat..
tunggh episode 38 lak..
tntg lambat update...its ok..take ur time.. :)peminat blog ni takkan lari ke mana.. ;)
tq 4 ur support :)
Post a Comment