Monday, April 5, 2010

DUA DUNIA EPISOD 36

Sebaik sahaja sampai ke rumah, Adam terus berbaring di atas katilnya.

Adam mula bingung. Kalau diikutkan hatinya, dia tidak perlu ambil peduli lagi tentang Keluarga Lim. Dia tidak perlu kisah tentang perancangan Doktor Wong ke atas Keluarga Lim.

Tetapi dia tidak boleh berpeluk tubuh. Dia telah dibesarkan oleh Keluarga Lim selama 25 tahun. Dia tidak boleh berdiam diri dan membiarkan Keluarga Lim menerima nasib yang malang.

Tak kira apa bangsa, apa agama mereka.. Mereka tu tetap ahli keluarga aku.

Adam mula bingung. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Apa pula peranan Brian dalam perancangan jahat Doktor Wong?

Adam bertambah bingung.

Adakah Brian juga bersubahat bersama Doktor Wong ataupun hanya menjadi boneka Doktor Wong? Apabila semuanya berakhir, adakah Doktor Wong akan mengenakan Brian juga?

“Abang...”

Lamunan Adam terhenti. Kelihatan Raihana sedang tersenyum di muka pintu bilik Adam.

“Eeemm... Rai kacau abang ke?”

“Eh, tak lah.. Mana ada. Bila balik?” Jawab Adam cuba menyembunyikan keresahan hati dari adiknya itu.

“Sampai rumah dekat-dekat Maghrib tadi.”

“Kenapa tak cakap kat abang Rai nak balik? Boleh abang ambik Rai kat sana.”

“Rai malas la nak susahkan abang.”

Raihana pun duduk di katil Adam.

“Abang ni kenapa? Tadi Rai Nampak abang macam resah semacam je?”

Raihana Berjaya mengesan rasa resah di dalam hati Adam.

“Tak de ape la.”

“Ye ke? Rai tengok dahi abang sampai berkerut-kerut tu.”

“Ada-ada je Rai ni? Macam mana study? Dah ada sangkut dengan mana-mana laki ke kat sana?” Adam cuba menukar topik.

“Hish, abang ni. Ke situ pulak. Rai masuk U sebab nak study, nak jadi doktor. Bukan nak cari boyfriend ok?”

“Hahaha.. Mana la tau. Adik abang ni kan, cantik orangnya.”

Raihana tersenyum tersipu-sipu. Pipinya mula merah.

“Tak de la. Rai tak de masa la nak cari boyfriend kat sana. Rai study je tau. 24 hours berkepit dengan buku. Med school punya subjekkan semuanya tough. So kena study lebih,” terang Raihana.

“Bagus la macam tu. Abang harap Rai Berjaya capai impian Rai jadi doktor. Boleh ubah nasib family kita ni.”

“Thanks.”

Perbualan mereka terhenti sebentar. Masing-masing seperti kehilangan topic untuk dibualkan.

“Rai, abang nak Rai janji dengan abang satu benda.” Adam tiba-tiba bersuara.

“Janji apa, bang?”

“Kalau apa-apa terjadi pada abang, abang nak janji Rai jaga family kita baik-baik. Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai anak pada mak bapak kita.”

“Abang ni.. Kenapa cakap macam ni tiba-tiba? Abang ni cakap mcam abang nak...”

“Rai, janji dengan abang. Boleh?”

“Ok. Rai janji.”

Adam pun memeluk Raihana dengan erat. Tiba-tiba terasa sebak di hatinya. Airmatanya mula mengalir.

Raihana yang tidak faham hujung pangkal cerita sebenarnya juga turut menangis. Entah kenapa dia seperti terasa yang abangnya seperti bakal meninggalkan dirinya.

Adam melepaskan pelukannya.

“Dah la. Jangan menangis. Rai pergi tidur. Dah lewat ni. Esok kita keluar. Abang bawak Rai tengok wayang. Ok?”

“Ok!”

Raihana pun keluar dari bilik Adam.

Adam termenung. Masih tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Tapi apa sekalipun, Adam sudah bertekad dia akan melakukan apa sahaja untuk menghalang Doktor Wong dan Brian dari menyakiti Keluarga Lim.

Raihana pula sedang menangis denga semahu-mahunya di dalam bilik. Entah kenapa dia begitu sebak dengan percakapan Adam.

Kenapa abangnya tiba-tiba berkata begitu? Adakah abangnya juga bakal meninggalkan keluarga ini tidak lama lagi?

Ya Allah. Tolonglah lindungi abangku, Adam. Aku baru nak menikmati nikmat mendapat seorang abang yang menyayangi dan mengasihi dirinya.

Ya Allah. Tolong lindungi abang ku.

==========

Brian terbangun dari tidurnya. Dia berseorang di rumah hari ini. Dia tersenyum.

Brian mencapai tuala lalu terus ke bilik air.

Sesudah mandi, Brian mengenakan pakaian untuk ke pejabat.

Buat kali pertama dalam hidupnya, dia berasa berkobar-kobar dan bersemangat untuk pergi ke pejabat.

Papa tak de hari ni. Akulah boss.

Brian tersenyum lagi.

Tapi yang paling penting, hari ini merupakan hari pertama baginya untuk mejalankan misi merampas harta dan syarikat milik Keluarga Lim.

“Today is the first day for the rest of my life.”

Brian tersenyum. Dia sangat berkeyakinan yang impiannya akan terkabul. Dia amat yakin perancangan Bidin mampu berjalan dengan lancar.

Telefon bimbit Brian berbunyi. Nama Bidin terpapar di skrin telefon bimbitnya.

Celaka! Kenapa pulak dia call aku pagi-pagi ni?

“Hello, kenapa kau aku pagi-pagi ni Bidin?”

“Eeerr.. Rilek-rilek la, bro. Jangan marah-marah.”

“kenapa? Jangan kata kau nak tarik diri dari projek ni pulak?”

“Eh? Bukan la... Tapi aku ada masalah sikit ni..”

“Ha.. Masalah apa?”

“Aiseh... Segan pulak aku nak cakap ni..”

“Babi. Lu call pagi-pagi ni, lepas tu segan pulak nak cakap.”

“Hehehe.. Sebenarnya aku tak reti nak ikat tie ni..”

“Cilaka! Aku ingatkan apa tadi.. Dah, nanti kan office aku ikatkan. Datang cepat. First day keje jangan lambat.”

“Ok, boss.”

Talian terputus.

“Hhhmm... Sana boss. Sini boss.... Bila la pulak aku nak jadi boss ni?” Keluh Bidin.

==========

“Fuiyo. Cun siot secretary kau tu. Skirt pendek gila.”

“Tu secretary bapak aku la,” jawab Brian acuh tak acuh.

“Ni kita nak ke mana ni?”

“Kau ikut aje la. Jangan banyak cakap.”

Bidin diam dan mengikut Brian.

“Kau Nampak bilik tu,” Brian menudingkan jari ke arah sebuah bilik.

“Ha... Ada apa dalam bilik tu? Amoi lagi seksi ke?”

“Hotak kau lah. Itulah bilik ketua akauntan company ni.”

“So?”

“So, kau pergi la jumpa dia dan buat macam apa yang kau rancangkan tu.”

“Aku? Kenapa aku pulak?”

“Aku kan dah lantik kau jadi P.A aku. Personal assistant aku. So, kerja-kerja macam ni, kau la yang buat.”

“La... Aku ke?”

“Ye la. Aku nak kau yang pergi. Kalau aku pergi, kantoi la nanti kalau ada staff lain nampak. So, tugas ni aku serahkan kau.”

Bidin menggarukan kepalanya.

“Aku tak yakin la aku boleh yakinkan dia follow plan kita,” Bidin cuba membantah cadangan Brian.

“Kau boleh yakinkan aku, tak kan kau tak boleh yakinkan dia pulak?”

Bidin masih ragu-ragu.

“Jom masuk bilik aku kejap. Aku ceritakan serba sedikit background dan perangai dia. Mana la tau kau boleh gunakan untuk pujuk dia.”

Bidin mengangguk. Tiada apa yang boleh dibuatnya lagi selain mengangguk.

7 Komen Pembaca:

hanis aleeya said...

Mirul, sejak bila masuk GB ni? Tak semena2 je.. Hehe.. Anyway, Dah lama tunggu sambungan Dua Dunia ni.. And dah dua akaun follow blog ni.. Hehe..

Nice. Suka cerita dia..

nabilah_2908 said...

hmm...epsd 37 lak.. ;)

aremierulez/Amirul said...

hanis
baru je masuk gb. masa bulan januari je. sorry la lambat update. agak busy sekarang ni

nabilah
ok. tunggu....

Penipu said...

cepat nai..tertunggu-tunggu ni

aremierulez/Amirul said...

penipu:
sabar beb. tengah busy sket skang ni. insyaallah this week aku post episod baru.

eh? sape kau ni eh?

Penipu said...

aku tongah la nai..dulu da btau..

aremierulez/Amirul said...

loh.. ingat sape..