Fizan tersedar dari tidurnya. Semenjak kemalangan yang menimpanya, tiada aktiviti yang mungkin dapat dilakukannya.
Seluruh badannya kesakitan. Dia cuba mengerakkan anggota badannya tetapi kesakitan pula menjadi-jadi.
Tiba-tiba Fizan tersedar ada seseorang berada di sisi katilnya. Fizan memandang ke arah orang tersebut.
Fizan sedikit terkejut. Adam sedang memerhatikan gerak-gerinya.
“Kenapa kau datang?” Tanya Fizan.
“Aku yang selamatkan kau. Salah ke kalau aku nak datang melawat kau?”
Fizan terdiam. Dia tahu orang yang telah membawanya ke sini ialah Adam.
Fizan tahu siapa Adam. Adam dulu bernama Alex, iaitu mangsa pertukaran anak kerana kesilapan hospital ini. Adam dan Brian telah tertukar keluarga selama 25 tahun dan baru beberapa bulan lepas mereka menyedari perkara ini.
Fizan terasa sedikit takut dengan Adam. Dia takut kalau-kalau Adam masih ingat yang dia merupakan salah seorang pengikut dan kawan kepada Brian. Tapi semasa kes pergaduhan antara Adam dan Brian di hadapanpanggung wayang dahulu, Fizan yakin yang Adam cam mukanya semasa itu.
Apa yang lebih menakutkan ialah kalau-kalau Adam mengetahui bahawa dia terlibat dalam kes memukul dan mencederakan kawan Adam, Darren.
“Aku tak tau apa nama kau. Tapi aku cam muka kau ni. Kau kawan Brian kan?” Tanya adam.
Sial!!! Dia kenal pulak!!
“Ha... Aku kawan Brian... Aku Fizan.”
Adam tersenyum.
“Macam mana kau boleh accident? Kau race ke?”
Fizan angguk lemah.
“Kau race dengan sape?”
Fizan terkejut dengan soalan Adam.
Budak Adam ni tau ke aku race dengan Brian? Dia nak bagi soalan perangkap ke?
“Ala... Dengan mat rempit jugak. Kau tak kenal.” Fizan memberikan satu jawapan selamat.
Adam terdiam. Keadaan tiba-tiba sunyi. Kedua-duanya tidak bersuara.
“Ok la. Aku nak gerak dulu. Aku nak tengok member aku kat wad satu lagi.” Adam memecahkan kesunyiaan.
Fizan hanya mengangguk. Adam pun menuju ke pintu keluar dari wad tersebut.
“Adam, nanti!!”
Langkah Adam terhenti. Dia berpaling semula pada Fizan.
“Adam, kawan kau tu namanya Darren kan?”
“Ya. Kenapa?”
“Sebenarnya... Aku...”
Ayat Fizan terhenti di situ.
“Kenapa?”
“Sebenarnya aku yang belasah kawan kau, Darren tu sampai koma. Aku dengan kawan-kawan lain termasuk Brian.”
Tersentak Adam mendengar pengakuan Fizan. Rupa-rupanya Fizan merupakan salah seorang yang terlibat dalam insiden yang menyebabkan Darren tidak sedarkan diri sehingga sekarang.
Adam berpaling pada Fizan. Dengan pantas Adam menuju ke arah Fizan.
Fizan pasrah. Dia menutupkan matanya. Fizan sudah bersiap sedia untuk menerima balasan ke atas tindakan kejamnya pada Darren itu.
Fizan masih menanti, tetapi dia tidak merasai apa-apa. Fizan membuka matanya dan melihat Adam berdiri di sisi katilnya dengan reaksi muka yang biasa sahaja.
Eh? Apsal mamat ni tak pukul aku?
“Kenapa? Kau mesti ingat aku nak belasah kau kan?”
Fizan mengangguk.
“Tak guna aku balas dendam pada kau. Bukanya kalau aku pukul kau, Darren boleh sedar balik pun.”
Fizan terkejut dengan tindakan Adam. Dia tidak sangka Adam akan berhenti di situ. Dalam pemikirannya, sepatutnya dia sudah pun menerima balasan yang setimpal dari Adam.
“Lagipun, aku tau kau tak berniat nak pukul Darren kan? Aku tau kau ni Cuma boneka pada Brian je.”
Adam pun terus berpaling dan melangkah pergi. Sebelum keluar dari bilik wad Fizan, Adam meninggalkan satu lagi pesanan kepada Fizan.
“Fizan, aku harap bila kau dah boleh bangun dan bergerak, aku nak kau pergi melawat Darren tu. Aku nak kau mintak maaf pada dia. Aku tau dia still in coma. Tapi dia boleh dengar segala percakapan kita. Manalah tahu, mungkin ucapan maaf dari kau boleh menyedarkan dia.”
Fizan terdiam mendengar kata-kata Adam. Dia tidak sangka Adam dengan mudah telah memaafkan dirinya.
“Adam!!”
Baru Adam mahu melangkah keluar, terdengar Fizan memanggilnya semula.
“Kenapa?”
“Terima kasih.” Ucap Fizan ringkas.
Adam hanya tersenyum lalu melangkah pergi.
Fizan termenung. Dia tidak sangka Adam yang tidak dikenali itu mampu memaafkan dirinya walaupun dia telah melakukan kesilapan besar.
Adam melayan dirinya bagaikan seorang kawan sedangkan Brian yang merupakan kawan baiknya sanggup mengkhianati dirinya.
Mungkin aku dah silap memilih kawan.
Fizan menutupkan matanya untuk berehat semula.
“Oh... So macam tu je plan kau tu?”
“Ha... Ye la. Bukan susah sangat pun kan?”
“Tapi kan, kalau kita buat plan kau ni, ayah aku cuma kena penjara je.”
“Kena penjara je? Ok la tu. Sekurang-kurangnya, dia dah tak de dalam office. Senang la kau nak take over nanti.”
Brian mengangguk. Tidak disangka Bidin yang dilihatnya seperti orang yang tidak mempunyai masa depan selama ini mempunyai idea yang begitu bernas.
“Aku tak sangka la, Bidin. Bijak jugak kepala hotak kau ni kan. Macam-macam idea kau ada.”
“Hehhee... See the leg la. Ala... Idea simple je tu.”
Huh. Padahal, ni semua idea Mr. Yap.
“Bidin, apa kata kau kerja kat company aku tu?” Tawar Brian.
“Kerja? Buat apa?”
“Aku buat apa. Aku tak yakin la nak buat benda ni sorang-sorang. Kalau kau ada, yakkin sikit aku.”
“Aiseh... Aku malas nak kerja-kerja office ni. Aku bukan ade pun baju kemeja, seluar slack, kasut hitam..”
Brian meletakkan not RM 50 sebanyak 10 keping di atas meja.
“Weekends ni, kau pergi shopping. Beli la 2-3 helai baju. Isnin ni masuk office. Boleh tak?”
Bidin masih berasa malas. Masih ragu-ragu untuk menerima tawaran Brian.
“Kau nak ke tak? Kau tak nak percent kau ke?”
Bidin mengangguk laju. Dengan pantas dia mengambil semua duit di atas meja itu.
“Good. Ok la, Bidin. Aku nak balik la.”
“Relax la, Brian. Malam masih muda lagi. Lepak-lepak la dulu. Esok kan weekends. Cuti. Apa barang balik awal...”
“Aku semalam dah la pergi merempit. Penat. Tak cukup tior. Lepas tu tadi masa hantar mak aku kat KLIA, boleh jam pulak. Penat beb. Aku nak tido. Esok-esok jumpa lagi.”
“Ok...Ok.”
Selepas membayar bill, mereka berdua pun beredar dari kedai tersebut. Brian terus pergi ke keretanya dan terus memandu pulang.
Bidin pula menuju ke arah keretanya. Tiba-tiba ada seseorang yang telah menyerangnya. Penyerang tersebut dengan pantas menumbuk perut Bidin.
Bidin tidak sempat mempertahankan dirinya. Kesakitan yang dirasai diperutnya tidak dapat diperkatakan. Kemudian penyerang tersebut mencekak Bidin dan menekannya pada dinding.
Bidin terkejut kerana orang yang menyerang dia tidak lain tidak bukan ialah Adam.
“Oh... Patut la kau beria-ia kau nak jumpa aku. Beria-ia kau nak berkawan dengan aku. Rupa-rupanya kau ni pengikut setia Brian. Kau merancang dengan dia nak jahanamkan aku ye?”
Rupa-rupanya Adam telah ternampak Bidin dan Brian berbual-bual di kedai makan tadi.
“Bukan-bukan, Adam. Bukan... Tak macam apa yang kau nampak, Adam.”
“Ah! Macam-macam alasan la kau. Macam aku tak kenal dengan Brian tu. Kau dah belasan Darren sampai koma. Aku tau Brian tu mesti ada perancangan nak kena kan aku kan?"
“Bukan Adam. Ni bukan rancangan Brian. Ni rancangan boss aku.”
“Wah, wah... Berapa banyak Brian bayar kau sampai kau boleh panggil dia boss?”
“Bukan Brian la. Ni orang lain.”
“Siapa? Cuba kau cakap kat aku.”
Bidin serba salah. Bidin takut kalau-kalau Mr. Yap akan memarahinya.
“Baik kau cakap, kalau tak pecah kepala kau aku kerja kan!”
“Kejap, Adam. Bagi aku call dengan boss aku dulu.”
Adam pun memberikan peluang Bidin untuk menelefon Mr Yap. Bidin menjarakkan diri semasa menelefon bossnya itu. Perbualan mereka berlanjutan sehingga 20 minit.
Selepas perbualan tamat, Bidin pun datang semula kepada Adam.
“Jom. Aku bawak kau jumpa dengan boss aku.”
Adam sedikit sangsi dengan Bidin.
“Jom la. Tadi nak sangat jumpa. Kau jangan risau. Boss aku cuma ada aku je yang keje dengan dia. Kau tak kan kena serang hendap punya...”
Adam mengukuhkan pendirian dan terus mengikut Bidin.
Sudah satu jam mereka menunggu tapi bayang orang yang dinanti-nantikan masih belum kunjung tiba.
“Mana boss kau ni, Bidin?”
“Sabar la, Bidin. Kejap lagi sampai la.”
Mereka terus menanti. Tapi belum juga tiba.
“Dah berapa lama kau keje dengan boss kau ni?” Tanya Adam memecahkan kesunyian.
“Baru lagi. Tak sampai setahun pun.”
“Kenapa boss kau upah kau intip aku dengan Brian?”
“Kau tunggu la boss aku datang. Sebenarnya semenjak aku keje dengan dia, dia sendiri pun tak pernah bagitau aku kenapa dia nak suruh aku intip kau.”
Adam terdiam. Dia seakan terasa tidak sedap hati.
Akhirnya, orang yang ditunggu telah tiba. Sebuah kereta menghampiri mereka dan berhenti beberapa meter dari Adam dan Bidin.
Hati Adam berdebar-debar menanti orang yang dipanggil ‘boss’ oleh Bidin itu keluar dari keretanya
Pintu kereta terbuka. Orang yang dipanggil Mr. Yap itu pun keluar dari keretanya.
Terkejut Adam melihat muka Mr. Yap. Dia memang sangat-sangat mengenali Mr. Yap itu.
“Eh? Bukan ke awak....”

==========

6 Komen Pembaca:
ala...suspnd nyer...Mr Yap tu bapa karen eh..? huhu
kena la tunggu episod seterusnya...
rasenye Mr yap tuh mmg bapak karen lerr....
kumako..
ye ke? kamu pasti?
errr..bro,mcam bnyak sngat dialog je..juz bgi pndpat..huhu..baru strt bace..
adie
tak mudah nak menceritakan cerita dalam bentu ayat frasa semata-mata.
sebab tu aku suka guna dialog untuk menrangkan jalan cerita supaya ia lebih jelas dan nyata. kira ni macam style aku menulis la.
aku belum tahap macam A. Samad Said lagi nak buat jalan cerita guna frasa ayat je :)
anyway, thanks for the comment
Post a Comment