Monday, March 8, 2010

DUA DUNIA EPISOD 33

Sebaik sahaja sampai di hospital, pekerja-pekerja di hospital bergegas mengangkat dan membawa Fizan masuk ke dalam wad untuk rawatan lanjut.

Fizan dengan segera dibawa ke bahagian kecemasan untuk dirawat.

Adam duduk sebentar di kawasan menunngu. Cuba mengambil nafas. Adam berasa sedikit kepenatan kerana bergegas dengan cepat menghantar Fizan ke hospital.

“Adam, what are you doing here?”

Adam berpaling. Rupanya Doktor Wong yang menegurnya.

“Doktor Wong... Actually, saya hantar orang accident tadi.”

“Accident?”

“Ya. Saya Nampak dia tergelimpang atas jalan. Jatuh dari motor.”

“Oh.. I see. Mat rempit?”

Adam hanya senyum mendengar soalan Doktor Wong.

“You save another accident victim... ,” Doktor Wong menuturkan ayat yang tergantung.

“Kenapa, doktor?”

“Kali pertama awak selamat kan orang dari accident, awak dapat tahu yang awak sebenarnya dah bertukar family selama 25 tahun. Kali kedua ni, apa agak-agak yang awak akan dapat?”

Adam terdiam mendengar soalan tersebut.

“Oh, sorry Adam. I don’t mean to...”

“It’s ok,” jawab Adam pendek. Mematikan ayat Doktor Wong.

“Ok la, Adam. I have work to do. Sorry about that.”

“It’s ok, doktor.”

Adam melihat bajunya. Habis penuh dengan darah Fizan.

Nampaknya, tak jadi lagi la aku jumpa dengan Bidin.

Adam mengeluarkan telefon bimbitnya, segera mencari nama Bidin dalam senarai phone book-nya.

“Hello... Asaalammualaikum..."

“Ha... Waalaikumsalam. Adam! Kau kat mana, lama dah aku tunggu ni.”

“Bidin, saya mintak maaf banyak-banyak. Sebenarnya on the way saya nak jumpa awak tadi, saya jumpa orang accident. Saya pun hantar dia ke hospital. Saya sekarang ni ada kat hospital.”

“Oh... Tak pe lah. Datang la sini cepat.”

“Saya rasa tak boleh la, Bidin. Baju saya penuh dengan darah ni. Saya kena patah balik ke rumah, salin baju. Nanti lambat pulak nanti. Nanti lewat sangat pulak. Lain kali la kita jumpa ya?”

“Oh... Ok la. Apa nak buat. Lain kali kita jumpa.”

“Mintak maaf, Bidin.”

“Eh tak pe. Ok, Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam...”

Talian terputus.

Adam pun segera keluar dari hospital dan menuju ke arah keretanya. Baru sahaja Adam mahu membuka pintu keretanya, tiba-tiba dia terperasan sesuatau yang pelik semasa perbualan dirinya dengan Doktor Wong tadi.

“Adam, what are you doing here?”

Adam tersentak bila teringat ayat Doktor Wong itu.

Pelik. Macam mana pulak Doktor Wong boleh tau aku sekarang dah tukar nama jadi Adam?

Persoalan ini terus berlegar di kepala Adam sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

==========

Talian terputus.

Bidin kecewa. Sekali lagi dia gagal berjumpa dengan Adam.

Apa susah sangat aku nak jumpa dengan mamat ni? Macam-macam pulak alas an dia. Hantar orang accident la... Banyak kerja la...

Bidin berfikir sejenak.

Aku rasa, baik aku fokus kat budak Brian tu je la. Dengan Adam ni macam tak de hasil je.

Bidin pun cepat-cepat menghabiskan minumannya dan beransur pulang.

==========

Hanya Samad yang masih berdiri gagah. Geng-gengnya yang lain semuanya telah ditumpaskan oleh Zali.

“Dah la, Samad. Menyerah kalah je la. Fizan dah mati agaknya kat atas jalan. Tak payah la kau nak melawan lagi.”

Samad enggan mengalah. Pantang anak jantan menyerah kalah.

Samad cuba menerkam Zali. Belum sempat sampai ke Zali, Cip datang menghalang. Cip yang mempunyai badan yang sasa, dengan mudah berjaya menahan Samad dan Berjaya melepaskan tumbukan padu tepat mengenai muka Samad.

Samad jatuh terlentang. Segala tenaganya telah habis. Dia tidak mampu melawan lagi. Segala anggota badannya sakit-sakit. Jangankan nak berdiri. Nak menggerakkan sebatang jari pun dia sudah tidak mampu.

“Kalah satu lagi sampah dunia,” kata Zali.

Sebaik sahaja pergaduhan tersebut selesai, Brian pun sampai.

“Settele dah semua?,” tanya Brian pada Zali.

“Senang sangat. Tak melawan. Macam gaduh dengan budak darjah 5 je,” jawab Zali penuh lagak.

“Mana pompuan nama Liza tu?”

Liza pun pergi menuju ke arah Brian dengan perlahan-lahan. Takut kalau-kalau dia bakal diperapa-apakan oleh Brian.

Brian terus memeluk Liza.

“Rileks, saying. I bukan nak sakit kan you. I nak you ikut I and this new gang from now on. Tak payah la ikut geng tikus jalanan macam diorang ni semua..,” sambil menunjukkan pada arah Samad.

“So, you ikut I. Kita enjoy. Ok?”

Liza tiada pilihan. Terus mengangguk.

“Ok, gang!!! Jom kita enjoy!!!”

Cadangan Brian disambut dengan sorakan kegembiraan dari semua.

==========

Jam loceng berbunyi. Brian cepat-cepat mematikan. Kepalanya masih terasa berdenyut.

Selepas Berjaya melunaskan dendamnya kepada Fizan semalam, mereka semua terus pergi ke disko dan bersuka ria. Pukul 4 pagi baru Brian sampai ke rumah dan belum 2 jam dia memejamkan mata, jam loceng sudah berbunyi. Tanda panggilan untuk ke pejabat.

Kepala Brian masih sakit. Tak cukup tidur bercampur sedikit rasa mabuk.

Pintu bilik Brian terbuka. Puan Lim menjenguk melihat anaknya.

“Dear, what happened? Why are you still in bed?”

“I’m not feeling well la...”

Puan Lim memegang dahi Brian.

“Demam?”

“Sikit je..”

Puan Lim tersenyum.

“It’s ok. You can take a day off. Instead, I need your help?”

“Help?”

“Yes. Tolong hantar mummy ke Airport petang nanti?”

Brain terkejut mendengar permintaan Puan Lim.

“Airport?”

“Yes. I wanna go to Singapore?”

“Singapore?”

“Yes. I want to meet up with your father.”

“Why all the sudden?”

Puan Lim ketawa.

“Actually, your daddy to memang macam tu. Everytime he goes oversea for outstation, baru dia rasa rindu dengan mummy.”

“Oh... Kira dah jauh baru rindu la ni.”

Puan Lim ketawa lagi.

“Actually lepas mummy sampai ke Singapore malam ni, esok we want to flight to Bali.”

“Wow! Like a honey moon.”

“Yup. Old marriage honey moon.”

Mereka gelak serentak.

“So, how long you will be in Bali?,” tanya Brian lagi.

“Maybe two weeks.”

“Oh.....”

“Ok. Go back to sleep. Petang nanti hantar mummy, ok?”

“Ok.”

Brian menyambung kembali tidurnya.

2 minggu? Cukup kalau aku nak buat plan yang macam Bidin cakap tu.

Brian tersenyum. Malam ini, dia mesti berjumpa dengan Bidin untuk berbincang kembali tentang perancangannya itu.

Baik aku call Bidin sekarang.

==========

Telefon Mr. Yap berbunyi.

Mr. Yap melihat skrin telefon bimbitnya. Bidin membuat panggilan.

“Hello, apa hal pagi-pagi cari aku ni?”

“Boss, Brian call saya. Dia nak jumpa saya malam ni. Nak bincang pasal plan yang boss cerita kat saya dulu.”

“So?”

“Saya dah lupa la boss.... Hehhee...”

“hish, kau ni! Jumpa aku tengahari ni. Tempat biasa.”

“Ok boss!”

3 Komen Pembaca:

HaWa said...

SalaAm..

Fuh.. Penat tunggu sambungan cerita ni. Dah berapa kali khatamkan Kisah Cinta.. Tak sabar nak tahu sambungannya. Teruskan menulis, ya?

Your name= My crush's name..

nabilah_2908 said...

akhirnya...bersambung gak...(^_^)

episode 34 lak... ;)

aremierulez/Amirul said...

hawa...
maaf bnyk2 ye. saya sgt busy kebelakangan ni.. saya akan sedaya upaya utk update bila ade time...

gud luck on ur crush... :D

nabilah...
hehehe.. sabar menunggu ye?