Fizan terkejut. Memang tidak disangka-sangka yang lawannya malam ini merupakan bekas kawan baiknya.
Bekas teman baik? Tidak. Fizan tidak pernah menganggap Brian sebagai “bekas teman baik”nya. Tetapi dia masih menganggap Brian sebagai teman baiknya.
Memang tak mungkin Fizan mahu berlumba dengan kawan baiknya itu. Tidak pernah sekali pun dia beranggapan yang Brian merupakan seterunya malam tersebut.
“Kenapa diam? Kau nak ke tak race dengan aku ni?”
Fizan tersentap dari lamunannya apabila mendengar sergahan Brian.
“Apa?”
“Kau nak ke tak race dengan aku ni, pekak??”
Fizan terdiam lagi. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
“Hoi! Kau dengar tak ape aku tanya tadi?”
Fizan memandang tepat pada muka Brian. Brian tersenyum sinis. Muka Brian penuh dengan emosi dendam dan provokasi.
“Sorry, Riz. Aku tak nak race dengan kau. Dan aku tak kan sesekali race dengan kau.”
Selepas meluahkan apa yang terbuka dihatinya, Fizan pun berpaling dan terus berlalu pergi. Dia memang tidak sanggup lagi mahu menatap muka Brian.
“Woi, bangsat! Mana kau nak pergi tu? Takut ke?”
Fizan tidak menghiraukan provoksai Brian. Dia terus melangkah pergi.
“Woi, Fizan. Kau mungkin tak sanggup nak race dengan Riz. Tapi aku bukan Riz lagi. Aku Brian sekarang. Brian!”
Fizan tidak menghiraukan kata-kata Brian. Dia meneruskan langkahnya.
“Penakut! Tak de telur! Tak de maruah! Kau dengan bapak kau sama je! Tak de telur! Penakut! Tak de maruah! Anak dengan bapak sama je!”
Langkah Fizan terhenti apabila mendengar kata-kata Brian. Maruahnya mula tercabar.
“Tak de telur! Buang je maruah kau tu dalam tong sampah. Tak pun flush dalam toilet.”
Fizan berpaling semula. Dia terus mendekatkan dirinya pada Brian.
“Jangan kau samakan aku dengan bapak aku.”
“So, buktikan yang kau lain dari bapak kau.”
“Ok. Aku race dengan kau malam ni.”
Kata putus telah dicapai. Perlumbaan bakal berlangsung. Dua sahabat lama bakal berlumba demi maruah dengan mempertaruhkan nilai persahabatan mereka.... dan juga nyawa mereka.
==========
Fizan telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang pincang. Fizan tidak pernah merasai kebahagian dari keluarganya.
Ayahnya seorang yang tidak berkerja dan suka berjudi. Hampir setiap malam ayahnya akan pergi berjudi.
Jadi emak Fizan telah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Emak Fizan pun menjual nasi lemak pada setiap pagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Ayah Fizan sering berjudi bersama-sama Rahman, ayah kepada Riz/ Brian. Oleh kerana Fizan dan Brian mempunyai ayah yang mempunyai perangai yang sama dan dibesarkan dalam keluarga yang pincang, jadi mereka memahami perasaan masing-masing. Mungkin itulah yang menjadi faktor mereka menjadi kawan baik.
Ayah Fizan sering kalah dengan teruk. Setiap malam, dia akan pulang dengan perasaan marah. Fizan dan emaknya sering menjadi tempat ayahnya melepaskan kemarahan.
Sehinggalah satu hari, ayah Fizan kalah dengan teruk. Jumlah hutangnya sangat banyak dan mustahil akan dapat dilunaskan. Ayah Fizan takut kerana sering kali diugut oleh para pemiutangnya. Ayah Fizan akhirnya menjadikan isterinya sebagai barang untuk melupuskan hutangnya.
Setiap malam, tiap-tiap lelaki yang ayah Fizan berhutang akan datang dan melepaskan nafsu serakah mereka pada isterinya. Malahan, Rahman juga juga pernah datang dan meniduri isterinya.
Pada mulanya, Fizan tidak mengerti apa yang berlaku. Setiap malam, ayahnya akan mengurung emaknya di dalam bilik dan datang seorang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut. Setelah seketika, baru lelaki tersebut keluar dengan wajah penuh kepuasan.
Sehinggalah satu hari semasa tingkatan 3, Riz telah memberitahu Fizan tentang apa yang terjadi kepada ibunya. Riz mengetahui hal tersebut setelah mendengar perbualan antara ayahnya dan rakan seperjudiannya.
Fizan merasa marah. Selepas habis waktu persekolahan, dengan segera dia pulang ke rumah. Dengan berbekalkan sebatang kayu yang dikutipnya dalam perjalanan pulang, Fizan sudah bersedia untuk berhadapan dengan ayahnya.
“Oh.. Kau dah tau la apa aku buat dengan mak kau tu?”
“Ayah... Tak sangka ayah sanggup buat macam tu pada mak.”
“Itu bini aku! Suka hati aku la nak buat ape dengan bini aku! Kau sibuk ape!”
Kegeraman Fizan memuncak. Dia cuba memukul ayahnya dengan kayu tersebut. Malangnya, dia masih terlalu kecil untuk menentang semula.
Ayah Fizan telah merampas kayu yang dibawa oleh Fizan lalu memukul Fizan dengan sekuat-kuat hatinya. Fizan menjerit kesakitan. Emaknya hanya mampu menangis melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
“Abang, berhenti la... Jangan pukul Fizan lagi,” rayu seorang ibu yang pedih melihat anaknya sedang dibelasah oleh suaminya.
“Kau diam! Biar aku ajar sikit anak haram ni!”
“Abang... Sudah la..”
“Hish, kau ni! Kau nak jugak ke? Nah!”
Ayah Fizan pun menghayunkan kayu tersebut dan melibaskan belakang badan isterinya.
“Emak!!!!”
Geram Fizan melihat emaknya menjadi pukulan kayu yang dibawanya. Secara tiba-tiba semangatnya membara. Kesakitan pada badannya tidak dirasainya lagi.
Fizan bangkit. Dia pun cepat-cepat melepaskan satu tendangan tepat pada kemaluan ayahnya. Ayahnya mengerang kesakitan. Ayanhnya jatuh berguling di lantai.
Fizan mengambil kesempatan untuk mendapatkan emaknya.
“Emak.. Emak tak de ape-ape?”
“Mak tak de ape. Kau tu macam mana?”
“Fizan tak de ape. Jom kita pergi hospital...”
Belum sempat Fizan menghabiskan ayatnya, dia telah ditendang oleh ayahnya. Belum sempat dia bangkit semula, ayahnya melepaskan satu lagi tendangan. Fizan melayang dan melanggar dinding.
“Sudah la, bang!!”
Si suami tidak lagi menghiraukan rayuan isterinya. Dia terus melepaskan tumbukan padu berulang kali pada perut Fizan.
“Abang!!!”
Tiada tanda yang ayah Fizan akan berhenti menumbuk. Dia bagaikan orang yang dirasuk. Tiada apa yang dapat memberhentikan lelaki itu.
Emak Fizan semakin panic. Tiba-tiba dia terpandang ke arah pintu. Pintu rumahnya terbuka luas. Dia pun berlari ke luar rumah dan berada di balkoni. Mereka sekeluarga tinggal di rumah pangsa kos rendah yang berada pada tingkat 18.
Fizan, maafkan emak. Tapi ini saje cara untuk hentikan semua kegilaan ni.
Emak Fizan tekad. Dia pun terjun dari tingkat 18 tersebut. Badannya jatuh terhempas. Semua tulangnya patah. Kepalanya hancur bersepai. Otaknya terkeluar dari tempurung kepalanya.
Ayah Fizan terkejut dengan tindakan isterinya. Dia hanya mampu melihat mayat isterinya yang yang hancur sayup dari tingkat 18. Seluruh kejiranan tergempar dengan kejadian tersebut. Mereka menghubungi pihak polis.
Ayah Fizan ditangkap oleh Polis dan diheret ke mahkamah. Ayahnya telah disabitkan dengan kesalahan mendera anak dan isteri, mendera isteri secara seksual dan menjadi punca kematian isterinya. Dia dipenjarakan dan bakal menerima hukuman gantung sampai mati.
Peristiwa tersebut telah menyebabkan Fizan menjadi bahan ejekan di sekolah. Fizan diejek sebagai anak kepada seorang bapa yang dayus, penakut dan tidak bermaruah. Fizan kini tinggal dengan pak ciknya tetapi pak ciknya tidak memberikan perhatian kepadanya.
Fizan tertekan kerana tidak mendapat perhatian dan kasih saying dari keluarga pak ciknya dan tertekan kerana ejekan rakan-rakannya di sekolah.
Hanya Riz satu-satunya kawan yang tidak mengejeknya. Malahan, Riz sering memberikan sokongan padanya. Malah Riz akan membelasah sesiapa yang mengejek Fizan.
“Hoi! Termenung ape?”
Fizan terkejut. Dia melihat muka Samad di hadapannya.
“Kau ni ok ke tak? Kau boleh race tak?”
“Boleh, boleh....”
“Kalau boleh, tunggu ape lagi? Tu si Brian tu dah ready dah.”
Fizan memandang ke arah Brian yang sudah bersedia. Hatinya menjadi sayu. Dia pun membawa motornya mendekati Brian.
“Ok. Macam biase. Sape sampai dulu, dia lah yang menang. Dah ready?”
Kedua-dua mereka mengangguk.
Sebelum bermula, Brian sempat memamndang Fizan dan berkata:
“Ingat! Aku ni Brian. Bukan Riz lagi. Race betul-betul. Aku tak bagi peluang pada kau ni.”
Fizan mengangguk.
Perlumbaan bermula.
==========
Fizan terbaring. Dia cuba mengerakkan kaki dan tangannya tetapi tidak Berjaya. Kesakitan yang amat dirasainya apabila dia cuba mengerakkan tulang empat keratnya itu.
Sial. Mesti semuanya patah ni.
Kepalanya terasa basah. Tetapi bukan dibasahi dengan peluh, tapi dengan darah.
Brian kelihatan sedang berdiri di sebelahnya dengan mengukirkan senyuman sinis.
Fizan cuba mengingati semual apa yang terjadi semasa perlumbaan tadi. Dia teringat ada sebuah motor yang ditunggang oleh seseorang telah menghimpitnya semasa perlumbaan tadi.
Fizan mula hilang keseimbangan dirinya dan juga mula hilang fokus pada perlumbaan apabila diganggu oleh penunggang misteri itu sehingga dia tidak sedar yang Brian telah menghampirinya dan menendang motornya sehingga dia terbabas di bahu jalan.
Fizan terasa tekaknya haus. Nafasnya tersekat-sekat. Fizan terasa bagaikan nyawanya bakal terpisah dari badannya.
Brian memandangnya tanpa perasaan belas kasihan, malah Brian mentertawakan nasib malang Fizan itu.
“Itulah kau. Berani kau buang aku dari kumpulan kita. Kau tu ingat sikit. Selama ni, aku yang tolong kau! Aku yang bela kau masa waktu sekolah dulu! Kau sikit pun tak ingat! Sikit pun tak kenang budi aku! Sekarang, rasakan balasan dari aku.”
Fizan tidak mampu untuk berkata-kata. Air mata mula mengalir dari matanya.
“Tak payah kau nak menangis. Sekarang kau rasakan apa yang aku rasa masa aku accident hari tu.”
Brian pun mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang.
“Woi, Zali. AKu dah settle kan Fizan. Samapi turn kau pulak settle kan tugasan kau.”
Fizan tidak memahami apa yang Brian bualkan bersama Zali. Dia cuba bertanya tetapi adalah mustahil kata-kata akan terkeluar dari mulutnya.
“Kau mesti nak tau kan? Biar aku bagitau. Aku baru je suruh si Zali belasah geng-geng kau tu. So, kau jangan risau la. Ramai yang akan temankan kau kat Hospital nanti.”
Geram Fizan mendengar kata-kata Brian. Tapi malangnya dia tidak mampu berbuat apa.
“Kau jangan risau. Chikaro-chikaro kau kitorang tak belasah. Kitorang Cuma tangkap dan belasah diorang dalam bilik je nant. Hahahahaha...”
Brian hendak beredar. Tiba-tiba langkahnya terhenti lalu berpaling semula kepada Fizan.
“Fizan! Ingat ya... Kalau kau dah boleh jalan balik. Jangan cari gaduh dengan aku lagi. Aku bukan mcam dulu. Sekarang ni kalau aku tak puas hati je, memang aku settle kan terus. Paham?”
Brian pun menghidupkan motor dan berlalu pergi. Fizan terbaring kesakitan dari segi dalaman dan luaran.
Fizan berdoa agar ada insan yang baik hati akan berhenti dan membantunya ketika ini. Sudah agak lama dia tidak berdoa kepada penciptanya. Dia berasa sedih kerana ketika inilah baru dia teringat kepada Allah yang selama ini sering diabaikan suruhanNya.
Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti untuk menolong Fizan. Fizan tersenyum. Dia lega doanya dikabulkan jua.
Terima kasih, Ya Allah. Sesungguhnya kau maha pemurah.
“Encik, encik ok tak?”
Fizan memandang pada wajah lelaki yang bermurah hati untuk menolongnya. Dia cuba mengucapkan ucapan terima kasih tetapi lidahnya kelu.
“Sabar ya? Saya telefon ambulan kejap. Saya tak berani nak angkat encik ni. Parah sangat encik ni.”
Lelaki tersebut pun mendail telefon bimbitnya.
Selepas selesai, lelaki tersebut pun mendekatiFizan semula.
“Terima kasih. Siapa nama awak?,” Fizan akhirnya Berjaya mendapatkan kekuatan untuk bercakap.
“Saya Adam. Encik sabar ya?”
2 Komen Pembaca:
sekali lagi adam menjadi penyelamat.. :)
belum tentu lagi.. hehehe..
Post a Comment