Wednesday, February 3, 2010

DUA DUNIA EPISOD 31

Brian dan Bidin berbual panjang. Tidak disangka walaupun mereka baru sahaja berkenalan, mereka sudah boleh berborak panjang. Malahan, tanpa segan-silu Brian telah pun menceritakan pengalaman hidupnya.

“Macam-macam benda boleh jadi dalam dunia ni ya? Tak sangka pulak Encik Brian dah melalui satu perjalanan hidup yang mencabar,” Bidin membuka bicara selepas Brian habis bercerita tentang kisah dia dan Adam.

“Please... Tak payah nak berencik-encik. Tak payah nak bersaya-awak. Panggil aku Brian je. Selesa sikit,” jelas Brian.

“Ok-ok. Sorry. So, sekarang kau happy la ya? Dah dapat duduk dengan family kaya-raya?”

Brian mendengus.

“Nak happy ape jadahnye! Aku kena konkong dengan bapak aku tu. Malam tak boleh keluar. Aku cuma boleh keluar pergi pejabat, balik pejabat. Nak enjoy-enjoy dah tak boleh. Lepas tu, dalam office, dia bagi aku kerja berlambak-lambak. Saje nak torture aku.”

“Ape boleh buat. Sabar aje la...,” Bidin cuba menenangkan Brian.

“Tak abis lagi. Dah la bagi kerja banyak-banyak,lepas tu nak suruh aku perform bagaus-bagus. Kalau performance aku dalam setahun ni tak bagus, dia nak buang aku dari company tu and then aku kena kerja kat tempat lain.Bapak aku tu tak nak bagi satu sen pun kat aku.”

“Eh? Biar betul?”

“Betul. Buat sakit jiwa aku betul. Orang tua tu memang saje nak sakitkan hati aku.”

Brian berhenti bercakap. Dia mencapai cawan yang terisi White Cofee lalu meneguknya. Haus tekaknya setelah bercakap panjang lebar. Tetapi hatinya lega selepas meluahkannya pada Bidin.

Ini peluang paling baik ni...

Bidin tersenyum.

“Brian, kau tak fikir nak gulingkan orang tua kau tu ke?,” Bidin memulakan bicara dengan satu soalan yang agak pelik bunyinya.

Brian terkejut dengan soalan Bidin. Dia memandang muka Bidin. Brian menyangkakan Bidin menanyakan soalan tersebut untuk bergurau, tetapi ternyata dari riak muka Bidin, dia serius dengan soalan tersebut.

Brian pun menjawab:

“Ada jugak. Tapi aku tak tau macam mana caranya. Aku pun dah menyampah dengan orang tua tu. Sejak aku pindah masuk rumah tu, dia memang benci dekat aku. Aku pun tak tau kenapa. Nak je aku tumbuk muka dia tu.”

Bidin ketawa.

“Buat apa kau nak tumbuk dia. Kan lebih baik kalau kau dapat hilangkan dia dari pandangan mata kau.”

“Kau ada cara ke?,” tanya Brian tidak sabar-sabar.

“Aku ada cara dan... Ya. Aku boleh tolong kau.”

“Nanti-nanti. Aku dah rasa semacam je ni. Kenapa tiba-tiba kau nak tolong aku pulak ni?,” Brian mula syak wasangka dengan Bidin.

“Rileks, Brian. Aku tak nak apa-apa. Tapi kalau kau Berjaya, kau bagi la sikit bahagian aku.”

“Kau nak kerja kat company bapak aku ke?”

Ah... Bingai pulak mamat ni.

“Duit la. Buat apa aku nak kerja. Kalau plan aku ni Berjaya, bagi la sikit imbuhan pada aku. Boleh?”

Brian masih merasa sedikit syak pada Bidin.

“Kalau kau tak berminat, tak pe la. Aku boleh cari orang lain yang berminat dengan idea aku ni,” Bidin seolah-olah cuba mengugut Brian.

Brian mula panic melihat Bidin mula bangun dari temapt duduknya.

“Wei, nanti dulu! Ok-ok. Aku setuju. Sekarang, cuba kau cerita sikit ape plan kau tu.”

Bidin duduk semula. Senyum. Akhirnya umpan yang dipasang telah mengenai mangsanya....

=========

Malam. Malam sangat kontras dengan lawannya, siang. Malam biasanya menjadi waktu rehat bagi mereka-mereka yang berkerja keras disiang hari. Bersantai bersama orang tersayang sambil menonton televisyen ataupun hanya berbual-bual mengenai hari yang mereka lalui di siang hari.

Malam juga menjadi masa buat sesetangah insan melepaskan rasa kesedihan. Malam lebih sunyi dan boleh menimbulkan rasa sentemental di dalam diri seseorang.

Di waktu malam inilah, mereka mula terkenangkan kekasih yang meninggalkan mereka, teringatkan bekas isteri yang telah pergi menghadap tuhan atau teringatkan ibubapa nun jauh di kampung yang ditinggalkan untuk pergi menuntut ilmu atau mencari rezeki di tempat orang.

Dan di waktu malam ini jugalah, jaguh-jaguh perlumbaan yang tidak diiktiraf oleh orang ramai dan kini digelar pengganas jalan raya bakal beraksi. Mat-mat kereta dan mat-mat rempit sudah siap bersedia untuk mempertaruhkan nyawa untuk satu lagi perlumbaan yang mendebarkan.

Dan pada mala mini juga, Fizan bakal berlumba sekali lagi dengan Zali.

Hati Fizan tidak keruan semenjak pagi tadi. Sejak dia bangun dari tidur di waktu pagi lagi.

Fizan tidak pasti kenapa hatinya berdebar-debar ketika ini.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ni.

Adakah Fizan takut akan ditewaskan oleh Zali pada malam ini?

Ah! Mustahil si Zali tu boleh kalahkan aku. Setakat Zali tu, aku dah tau sangat cara dia nak berlumba. Lagipun, mana Zali pernah menang lawan aku ni.

Adakah dia tidak berkeyakinan dengan motornya? Kalau-kalau motornya akan mengalami kerosakan semasa perlumbaan sedang dijalankan?

Tak jugak. Baru semalam aku servis. Tak kan boleh rosak pulak kot.

Fizan mula buntu. Dia gagal mengenal pasti apakah sebab hatinya berdebar-debar malam ini.

Telefon bimbit Fizan berbunyi. Nama Samad terpapar di skrin telefon bimbitnya.

“Hello...”

“Woi, bangsat! Mana kau ni? Kita orang semua dah ada kat sini. Tak kan kau takut lawan si Zali tu kot?”

“Mana aku takut. Aku ada hal sikit ni...”

“Hal apa pulak ni. Cepat la, dol.”

“Ni yang kau kecoh-kecoh ni, Zali dah sampai ke?”

“Belum lagi...”

“Babi! Telepon aku, memekak... Macam Zali tu dah sampai pulak..”

“Rilek la Fizan. Aku risau je kau tak datang-datang ni. “

“Ok, la. Aku nak bertolak dah ni.”

“Ok.”

Talian terputus.

Fizan pun mencapai helmetnya.

==========

“Mak! Oh, mak!”

Adam mencari emaknya, Maryam.

“Ya, Adam. Kenapa nak?”

“Mak, Adam nak keluar kejap la mak.”

“Adam nak ke mana keluar malam-malam ni?”

“Keluar kejap je mak. Nak jumpa kawan. Dia beria-ia sangat nak jumpa dengan Adam ni.”

“Ye lah. Baik-baik bawak kereta tu. Jangan bawak laju-laju sangat."

“Ok, mak. Pegi dulu.”

Setelah bersalaman dengan ibunya, Adam keluar dari rumah.

Mahu tak mahu, mala mini Adam akan berjumpa dengan Bidin. Walaupun Adam tidak mengharapkan sebarang balasan dari pertolongannya itu, tetapi Bidin yang beria-ia ingin membelanja Adam. Serba salah pula dia mahu menolak.

Enjin kereta dihidupkan. Adam pun memandu kereta keluar dari perkarangan rumahnya.

==========

Fizan sampai di tempat berkumpul. Kelihatan kawan-kawannya sedang menantikan kedatangannya. Zali dan kawan-kawannya pula berada di satu sudut yang lain.

Fizan memberhentikan motornya. Dengan perlahan dia turun dari motornya.

“Pegh. Lambat betul kau sampai,” tegur Samad.

“Rilek la. Bukannya datang awal boleh dapat anugerah kedatangan cemerlang macam masa sekolah rendah dulu,” gurau Fizan. Mungkin ingin menenangkan hatinya sendiri.

Mereka semua ketawa.

“Woi! Apa gelak-gelak lagi tu? Nak race ke tak? Ke telur dah tertinggal kat rumah. Dah cuak nak race ke?,” Zali mula melontarkan kata-kata pedas untuk menimbulkan rasa amarah Fizan.

“Fizan, cepat la. Anjing dah mula menyalak tu,” tegur Samad.

Fizan pun melangkah menghampiri Zali.

“Race macam biasa la eh? Ikut jalan biasa je. Kita jangan lalu Kepong. Dengar cite ade road block kat situ malam ni,” Zali memberikan cadangannya.

“Ok. Aku setuju. Kau dah bersedia nak kalah ke Zali?”

Zali ketawa besar.

“Sorry la, bro. Malam ni, bukan aku yang nak race dengan kau.”

Fizan tersenyum sinis.

“Aku dah agak dah. Kau memang tak de telur nak lawan aku.”

Fizan mengalihkan pandangannya pada kelompok kawan-kawan Zali. Kelihatan Cip dalam kelompok itu.

“So, aku race dengan Cip la malam ni?”

“Tak-tak... Ko race dengan kawan baru aku. Kejap lagi dia sampai.”

Sejurus selepas Zali menghabiskan ayatnya, datang seorang lelaki dengan motor. Lelaki tersebut memakai helmet full-face, tidak kelihatan mukanya.

Lelaki tersebut pun turun dari motor. Dia pun menghampiri Zali dan Fizan.

Fizan masih cuba meneka-neka siapakah lawannya itu.

“Malam ni, gua race dengan lu.”

Fizan terkejut mendengar suara lelaki tersebut. Dia memang cam suara lelaki tersebut.

Tak kan lah...

Lelaki tersebut membuka helmetnya. Fizan, Samad dan kesemua kawan-kawannya yang lain terkejut melihat muka lelaki tersebut.

“Malam ni, kau lawan dengan kawan baru aku ni. Riz. Eh, silap. Sekarang dah tukar nama. Brian!”

FIzan betul-betul terkejut. Patut hatinya rasa tak keruan. Rupa-rupanya, lawannya malam ini adalah bekas kawan baiknya, Brian.

3 Komen Pembaca:

nabilah_2908 said...

tunggu epsd 32 lak.. :)

INDRA QIRANA said...

ye ko seorang penulis novel rupanyer, cayalah bro... aku follow ko. ada masa aku baca eh.

aremierulez/Amirul said...

bro indra...
hahaha... tak de la novel ape pun..
tulis ikut syok sendiri je...

ok2.. baca slow2 bro... hehehe

nabilah...
ok.. nk update dah ni...