Telefon bimbit Adam berbunyi.
Adam melihat nama ‘Bidin’ terpapar di skrin telefon bimbitnya.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Encik Adam apa khabar?”
“Khabar baik. Encik Bidin macam mana pulak?”
“Saya pun ok. So, macam mana Encik Adam? Boleh saya belanja encik hari ni?”
Adam berfikir sebentar.
“Maaf la, Encik Bidin. Saya busy sikit la hari ni. Apa kata kalau kita jumpa esok je?”
“Oh… Kalau Encik Adam sibuk tak pe la. Kita jumpa esok saje.”
“Ok. Tak payah la nak berencik-encik. Panggil saya Adam je.”
“Samalah kalau mcam tu. Panggil saya Bidin je.”
“Ok. Esok kita jumpa ya, Bidin?”
“Ok. Esok-esok.”
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Talian terputus.
Damn! Busy pulak si Adam ni. Apa aku nak buat ni?
Tiba-tiba Bidin ternampak seorang kelibat lelaki.
Eh? Tu macam….
Bidin pun terus pergi mendapatkan lelaki tersebut.
==========
Fizan termenung. Bosan. Dunia Fizan rasa bagaikan kosong sekarang.
Semenjak Fizan memutuskan tali persahabtannya dengan Brian 2 bulan lepas, dia mulai bosan.
Persahabatab Fizan dan Riz (Brian) bermula semenjak sekolah rendah lagi. Semasa darjah 3. Walaupun mereka sudah menjadi rakan sedarjah semenjak darjah 1 lagi, tapi perkenalan mereka bermula pada darjah 3, semasa Fizan dibuli oleh sekumpulan budak-budak nakal.
Semenjak darjah satu, Fizan merupakan seorang budak yang tiada keyakinan untuk bergaul dengan pelajar lain. Setiap kali pergi ke sekolah, Fizan akan duduk bersendirian di tempat duduk paling belakang di kelas.
Fizan hanya berdiam diri di dalam kelas. Dia tidak bergaul dengan budak-budak lain. Amat jarang sekali dia mahu membuka mulut untuk berbual dengan pelajar-pelajar lain.
Kawan-kawan sedarjahnya juga memandang aneh ke arahnya. Sikap menyendiri Fizan telah menyebabkan rakan sedarjahnya menggelarkan dirinya ‘Budak Pelik’.
Suatu hari, semasa darjah 3, Fizan bersendirian semasa waktu rehat. Emak Fizan sering membekalkannya makanan untuk Fizan makan pada waktu rehat. Oleh kerana sifat Fizan yang tidak suka bergaul dengan orang lain, emaknya membekalkan makanan untuknya supaya Fizan tidak perlu beratur di kantin dan makan bersama-sama pelajar lain.
Fizan biasanya akan makan bersendirian di sebuah pondok tidak jauh dari koperasi sekolah. Ditepi pondok tersebut, ada sebuah kolam perhiasan yang dibuat oleh pihak sekolah bagi mencantikkan landskap sekolah.
Keadaan di sana memang amat menenangkan. Persekitaran yang amat tenteram itu menyebabkan Fizan memilih tempat tersebut sebagai tempat yang paling sesuai untuk dirinya makan bersendirian.
Fizan pun membuka bekal yang disediakan oleh emaknya. Nasi lemak. Setiap hari, emak Fizan akan membekalkannya nasi lemak. Emak Fizan dikenali sebagai ‘Mak Limah Nasi Lemak’ kerana mak Fizan merupakan peniaga nasi lemak yang dikenali ramai di sekitar taman perumahannya.
Nasi lemak yang dijual oleh emak Fizan memang terkenal. Rasa nasi lemak maknya memang sedap dan sering kali dibandingkan dengan keenakan Nasi Lemak Kampung Baru.
Walaupun setiap hari emaknya membekalkan nasi lemak kepadanya, Fizan tidak pernah jemu memakannya setiap hari. Kadang-kadang emaknya risau jika anaknya akan merasa jemu kerana terpaksa memakan nasi lemaknya setiap hari. Tetapi Fizan tidak pernah sekali pun merungut tentang itu.
Bagi Fizan, dia tidak kisah langsung jika terpaksa memakan nasi lemak emaknya sepanjang hidupnya kerana dengan duit hasil perniagaan nasi lemak tersebutlah yang telah membesarkan dan menyekolahkan dirinya itu.
Bau nasi lemak tersebut keluar dari bekas tersebut. Bau keharuman nasi lemak itu hinggap ke hidung Fizan. Fizan tersenyum. Nasi lemak yang dihidang bersama sambal, telur, timun, dan sedikit kacan dan ikan bilis itu memang membuka seleranya.
Baru sahaja Fizan ingin memulakan suapannya, ada suara yang menyapanya.
“Sedap nasi lemak kau tu. Nasi Lemak Mak Limah tu kan?”
Fizan mengangkatkan kepalanya. Kelihatan 3 orang budak yang seusianya sedang berdiri dihadapannya. Fizan tidak kenal siapa mereka bertiga tetapi dia tahu yang mereka dari kelas sebelah. Dan Fizan juga tahu reputasi mereka sebagai kaki buli yang terkenal di sekolah ini.
“Aku tanya ni! Nasi Lemak Mak Limah kan?,” tanya budak itu lagi.Badan budak yang bertanyakan soalan tersebut agak besar. Sama besar seperti pelajar darjah 6.
Fizan menganggukkan kepalanya dengan lemah.
“Man, ni la anak Mak Limah tu. Yang jual nasi lemak tu,” sampuk salah seorang lagi antara mereka itu.
“Oh… Anak Mak Limah… Mesti kau hari-hari makan nasi lemak kan?”
Fizan angguk lagi.
“Kau ni bisu ke? Asyik angguk je?,” budak yang berbadan besar itu cuba menggertak Fizan.
“Tak. Saya tak bisu.” Jawab Fizan ketakutan.
“Kau mesti hari-hari makan nasi lemak kan? Apa kata kau bagi nasi lemak tu kan kitorang?”
Fizan mula merasa takut. Untuk memberikan nasi lemak pemberian emaknya pada orang lain, dia memang tidak rela. Tetapi kemungkinan akan dibelasah oleh 3 orang ini menakutkan Fizan.
“Baik kau bagi nasi lemak tu. Aku kira sampai 3. Kalau kau tak nak bagi, memang teruk la kitorang belasah kau,” ancam budak yang berbadan besar itu lagi.
Fizan serba salah. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
“satu….. Dua…. Ti…”
“Kalau nak membuli pun, buli la orang yang sepadan dengan korang tu.”
Fizan dan ketiga-tiga budak itu terkejut mendengar suara yang menyampuk itu. Mereka pun mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.
Kelihatan seorang budak yang mempunyai saiz badan yang sama dengan Fizan sedang berdiri, seolah-olah mencabar ketiga-tiga budak tersebut.
“Budak pelik tu korang berani la buli. Kalau nak gaduh, meh la sini gaduh dengan aku!”
Ketiga-tiga pembuli tersebut terasa tercabar dengan cabaran budak tersebut. Mereka bertiga pun meluru ke arah budak tersebut.
Fizan beranggapan yang budak tersebut pasti akan dibelasah teruk oleh ketiga-tiga pembuli tersebut. Tetapi, apa yang disaksikan oleh Fizan benar-benar diluar dugaan. Dengan mudah budak tersebut berjaya mengalahkan ketiga-tiga pembuli tersebut. Pembuli-pembuli itu pun segera melarikan diri.
“Samseng konon. Samseng taik kucing.”
Budak itu pun datang ke arah Fizan. Fizan masih dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
“Kau ni budak pelik yang duduk kat belakang kelas tu kan?,” tanya budak tersebut.
Fizan mengangguk.
“Aku Rizal. Tapi kau panggil aku Riz je.”
Budak itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fizan.
Fizan agak ragu-ragu untuk menyambut salamnya itu.
“Kau takut dengan aku ke?”
“Tak.”
Fizan terus menyambut salam Riz.
“Betul ke kau ni anak Mak Limah Nasi Lemak tu?,” tanya Riz.
“Ya..”
“Memandangkan aku dah selamatkan kau hari ni, aku nak mintak sesuatu dari kau. Boleh?”
Fizan terdiam. Sedikit risau mendengar ayat tersebut.
“Boleh tak kau bawak nasi lemak mak kau ni untuk aku esok. Aku tak pernah rasa nasi lemak ni.”
Fizan tersenyum.
Ingatkan apa yang budak ni nak mintak tadi.
“Boleh tak?,” tanya Riz lagi.
“Boleh.”
Semenjak itu, mereka mula berkawan rapat. Setiap hari, Fizan akan membawakan nasi lemak emaknya untuk Riz.
Perwatakan Fizan juga semakin berubah semenjak berkenalan dengan Riz. Dia kini sudah pandai bergaul dengan rakan-rakan sedarjahnya. Fizan kini sudah banyak mulut. Dia bukan lagi ‘budak pelik yang duduk di belakang kelas’. Fizan kini lebih berani berbanding dahulu.
Malahan, sikap Fizan juga sedikit demi sedikit mula berubah. Fizan mula melawan perintah ibubapa dan cikgunya. Fizan mula berubah menjadi liar. Fizan semakin rapat dengan Riz yang terkenal dengan sikap liarnya. Di mana ada Riz, di situ ada Fizan.
Fizan semakin terpengaruh dengan Riz. Semasa tingkatan satu, Riz telah mengajar Fizan merokok. Menjerit emak Fizan apabila mendapati kotak rokok yang berada dalam beg sekolah Fizan.
Semasa tingkatan lima, Riz mula berjinak-jinak dengan ganja. Pada mulanya, Fizan menolak ganja. Dia takut akan kesan dan akibatnya. Namun setelah dipujuk oleh Riz, dia akhirnya akur.
Selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Riz mula terjebak dalam perlumbaan haram. Kini Riz mempunyai gelaran baru, Mat Rempit. Riz memujuk Fizan untuk menjadi ahli kumpulannya.
“Kita buat satu team. Team kita akan jadi team yang paling power kat KL ni. Biar diorang semua kenal gandingan Riz dan Fizan yang bakal mengegarkan KL.”
Itulah ayat pujukan Riz yang membuatkan dia terjebak dalam dunia mat rempit.
Akhirnya, kumpulan mereka menjadi antara kumpulan rempit terhebat di Kuala Lumpur. Siapa tidak kenal Riz dan kumpulannya. Pernah sekali ada sekumpulan mat rempit mahu membelasah Fizan. Tetapi setelah menyebut yang dia berasal dari kumpulan yang sama dengan Riz, mereka terus tidak berani membelasah Fizan.
Tetapi itu dahulu. Sekarang dia bukan lagi Riz. Dia kini sudah menjadi Brian. Bukan setakat namanya sahaja berubah, tetapi kesemua tentang dirinya berubah.
Brian kini bukan lagi berasal dari keluarga yang susah. Dia kini tinggal bersama dengan Keluarga Lim yang serba berada.
Brian kini bukan lagi Mat Rempit yang gemar memecut laju dijalanan dengan motornya. Brian kini lebih gemar bersiar-siar dengan kereta mewahnya.
Fizan betul-betul merindui Riz yang dahulu. Dia sama sekali tidak sukakan Brian.
Semenjak peristiwa 2 bulan lepas, dia tidak lagi menghubungi Brian. Begitu juga dengan Brian. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi pada kawan baiknya itu.
Tiba-tiba telefon bimbit Fizan berbunyi. Memecahkan lamunannya.
“Hello!”
“Woi, bangsat! Kenal aku tak?”
Fizan sedikit terkejut dengan jerkahan tersebut. Zali rupanya.
“Hah! Apa kau nak ni?”
“Fizan! Kau dengar sini baik-baik. Aku nak cabar kau race ni.”
Fizan ketawa.
“Dah la, Zali. Malas aku nak race dgn kau. Asyik kalah je. Dari Riz jadi ketua team aku, sampai la aku pulak yang jadi ketua, kau tak pernah pun kalahkan team kiitorang.”
“Sial! Belagak kau eh? Kali ni aku jamin kau akan kalah teruk dengan aku.”
“Wow. Confident gila! Ok. Aku tak kisah. Bila kau nak race?”
“Malam esok. Pukul 10 tempat biasa.”
“Ok. Gua tak de hal. Seperti biasa la ya, Zali?”
“Seperti biasa? Apa yang biasa?”
“Seperti biasa… Bersedia la untuk kalah ye?”
“Babi lu!”
Zali terus memutuskan talian.
Fizan ketawa gembira. Tetapi entah kenapa, di sudut hatinya timbul perasaan risau dengan tidak tentu fasal.
Kenapa ni?
===========
Brian keluar dari pejabat. Bosan. Bila Encik Lim tiada di pejabat, dia bebas untuk keluar masuk pejabat. Tidak menjadi masalah langsung.
Brian berfikir sebentra. Tidak tahu ke mana arah tuju.
Kat mana aku nak lepak ni? Dengan sape aku nak lepak?
Brian berfikir sebentar.
Kalau dulu boleh aku ajak Fizan sekarang ni…
Bullshit!!! Buat apa aku ingat si bangsat tu.
Tiba-tiba ada seorang lelaki telah melanggar Brian. Brian hampir kehilangan keseimbangan badannya dan hampir terjatuh.
“Hoi! Buta ke?,” jerkah Brian.
“Sorry, bro. Tak sengaja,” lelaki tersebut meminta maaf kepada Brian.
Brian baru sahaja mahu beredar, tiba-tiba lelaki tersebut bersuara kembali.
“Eh? Bro, ni kerja dengan Lim Corporation kan?”
Langkah Brian terhenti. Dia kembali berpaling kepada lelaki tersebut.
“Ya. Aku Brian. Anak kepada Lim Ah Chun. Pemilik Lim Corporation.”
“Wah.. Bertuah saya dapat kenal dengan anak lelaki Encik Lim ni. Mesti encik ni sama hebat dengan Encik Lim tu kan?”
“Heh… Ya. Memang saya macam papa saya tu,” Brian mula berasa riak apabila dipuji.
“Encik, salam perkenalan,” lelaki tersebut menghulurkan tangannya untuk berjabat.
“Saya Brian. Brian Lim. Siapa awak?”
“Bidin. Panggil saya Bidin je.”
Bersambung....
2 Komen Pembaca:
best citer dia.. tp kena baca dr mula..huhuh
baca slow-slow ye...?
hehehe...
Post a Comment