Thursday, January 7, 2010

DUA DUNIA EPISOD 29

“Mama…”

Puan Lim memandang ke arah Brian. Brian tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.

“Yes, my son. What do you want?”

Brian masih tersengih-sengih. Puan Lim turut tersengih. Dia tahu Brian mesti berkeinginankan sesuatu daripadanya.

“Mama… Can I go out tonight?” tanya Brian.

Puan Lim memandang tajam ke arah Brian yang masih tersengih-sengih.

“Don’t you forgot something Brian?”, tanya Puan Lim.

“Forgot what?”

“Forgot that your father has already had already punish you from going out with your friend on night day?”

Brian merengus. Mukanya menunjukkan riak kecewa.

“I thought you are the cool one,” rengus Brian.

“Cool?”

“Yeah. I thought you were cool. Tak de la nak kongkong Brian. More easy on me. But you are just the same like papa.”

Puan Lim senyum. Dia tahu anaknya itu akan mengambil peluang untuk keluar malam untuk berhibur ketika ketiadaan suaminya.

“Who said that I won’t let you go out tonight?”

Brian bersorak riang mendengar penjelasan ibunya itu. Dia segera memeluk Puan Lim.

“I love you. I rrreeeaalllyyyy love you.”

Puan Lim hanya tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya itu. Sudah pasti Puan Lim tidak akan sesekali mengecewakan hajat anaknya itu.

“But you must promise me one thing,” tegas Puan Lim.

“What? Everything for you, mama.”

“Good. Don’t get caught in another problem, ok?”

“Ok, boss,” kata Brian sambil membuat tabik hormat.

“And don’t ever tell papa about this,” sambung Puan Lim.

“Of course.”

Brian pun mencapai kunci keretanya.

“And one more thing…”

“What, mama?”

“Drive carefully.”

“Ok.”

Brian pun terus keluar meluru kea rah keretanya.

Puan Lim hanya melihat pemergian Brian. Dia sedar perbuatanya itu salah tetapi dia tidak sampai hati untuk menidakkan tindakan anaknya yang seorang itu.

Puan Lim tersenyum.

Begitu juga dengan Brian. Malahan, senyumannya lebih panjang.

Bodoh punya orang tua. Aku senyum sikit-sikit. Sengih sikit-sikit. Terus bagi aku keluar. Bongok!

Brian terus menghidupkan enjin keretanya. Sedia untuk beredar keluar dari rumahnya.

Aku mesti cari “dia” dengan segera.

Brian pun memecut laju keretanya.

=======

Adam begitu gembira hari ini. Selepas sembahyang Maghrib, dia terus keluar menaiki kereta. Dengan kereta yang baru dibelinya petang tadi.

Adam berasa puas hati dengan kereta Proton BLM Special Edition yang baru dibelinya. Nasib baik dia ada menyimpan sedikit duit simpanan untuk down payment kereta tersebut.

Walaupun kereta ini tidak sehebat dan semewah keretanya semasa dia tinggal bersama Keluarga Lim, tetapi Adam sudah cukup berpuas hati dengan apa yang dimilikinya.

Sudah agak lama dia tidak memandu kereta. Selama ini, dia terpaksa bergantung kepada Bas dan LRT untuk pergi ke tempat kerja.

Dengan adanya kereta ni, dapat la aku bawak mak, ayah & Rai jalan-jalan nanti.

Adam senyum sendirian.

Tiba-tiba Adam ternampak seorang lelaki sedang membetulkan kereta. Lelaki tersebut kelihatan kusut masai. Mungkin kerana gagal membetulkan keretanya itu.

Adam memandu melepasi lelaki dan kereta rosaknya itu. Adam malas hendak membantu lelaki tersebut. Adam risau jika-jika itu hanyalah helah sekumpulan perompak. 

Apabila dia cuba membantu membetulkan kereta tersebut, tiba-tiba kawan-kawan kepada lelaki tersebut muncul dari semak dan membelasah dirinya sebelum mengambil duit di dalam dompet dan juga mencuri keretanya.

Adam meneruskan pemanduan setelah menetapkan pendiriannya untuk tidak membantu lelaki tersebut.

Tapi, macam mana pulak kalau-kalau lelaki tersebut betul-betul dalam kesusahan? Dah la jalan tu jarang-jarang ada orang lalu. Siapa pulak nak tolong orang tu?

Adam mula merasa serba salah. Perasaannya mula menjadi tidak menentu.

Adam mula teringat nasihat ustaz yang mengajarnya dalam kelas agama yang dihadirinya setiap malam Selasa dan Jumaat. Nasihat ustaz yang menyuruhnya untuk tolong menolong sesama Islam untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim kerana semua umat Islam adalah bersaudara.

Adam menetapkan pendiriannya. Adam pun berpusimg kembali untuk membantu lelaki tersebut.

Adam pun menjumpai kembali lelaki tersebut yang masih gigih mencari punca kerosakkan keretanya itu.

Adam pun turun dari keretanya.

“Assalammualaikum,” ucap Adam.

“Waalaikumussalam,” sahut lelaki tersebut.

“Kenapa ni, saudara?,” tanya Adam.

“Ni, ha…. Kereta ni.. Entah kenapa entah. Tiba-tiba mati pulak.”

“Boleh saya tolong? Mana la tau, saya dapat membantu saudara,” Adam menawarkan pertolongan kepada lelaki tersebut.

“Ha..! Boleh jugak tu, encik. Saya ni sebenarnya bukan tahu sangat hal perihal kereta ni. Sila la, encik.”

Adam pun mengambil lampu suluh dari tangan lelaki tersebut. Dia pun menyuluh enjin kereta lelaki tersebut. Setelah  memeriksa untuk seketika, Adam pun berjaya menjumpai masalah kerosakan lelaki tersebut.

“Saudara, saya rasa saya dah tau apa masalah kereta saudara ni.”

“Ha? Ye ke? Apa dia encik?”

“Ni ha…”

Adam menunjukkan wajar bateri yang sedikit longgar. Lelaki tersebut pun ketawa.

“Hahahaha… Cuai betul la saya ni. Benda kecik macam tu pun saya tak nampak.”

Adam pun membetulkan wayar tersebut.

“Cuba saudara hidupkan enjin.”

Lelaki tersebut menganggukan kepala. Dia pun segera masuk semula ke dalam kereta dan menghidupkan keretanya. Berjaya. Kereta lelaki tersebut dapat dihidupkan seperti biasa.

Lelaki tersebut pun keluar dari kereta.

“Terima kasih banyak-banyak la encik. Kalau encik tak tolong saya, agaknya, sampai kiamat pun belum tentu saya dapat hidupkan balik kereta ni.”

“Tak de la, saudara. Benda kecik je. Saya tak buat apa pun,” Adam merendah diri.

“Eh… Jangan cakap macam tu. Apa kata kalau saya belanja awak makan?”

“Sorry la. Saya baru je lepas tolak pinggan. Dah kenyang ni,” Adam menolak dengan baik.

“Kalau macam tu, saya belanja esok? Tak pun lusa? Tak pun bila-bila masa awak lapar la. Tak pernah saya jumpa orang nak tolong saya kalau kereta saya rosak. Awak sorang je yang sanggup berhenti dan tolong saya.”

Adam sedar yang dia tidak mampu menolak tawaran lelaki tersebut. Ternyata lelaki tersebut ikhlas untuk membalas kembali pertolongan yang dihulurkannya itu.

“Ok la. Apa kata saudara bagi nombor telefon saudara pada saya. Bila saya free, saya call awak. Boleh?,” cadang Adam.

“Boleh, boleh. Cantik sangat tu. Encik bagi naombor telefon encik dulu.”

Adam pun memberikan nombor telefonnya kepada lelaki tersebut.

“Siapa nama encik?,” tanya lelaki tersebut.

“Adam.”

“ok. Ni nombor saya…”

Lelaki tersebut pun memberikan nombor telefonnya kepada Adam. Adam pun menyimpan nombor telefon tersebut.

“Siapa nama saudara?,” tanya Adam.

“Bidin. Nama saya Bidin.”

Bidin tersenyum. Rancangannya untuk berkawan rapat dengan Adam telah bermula dengan baik.

=======

Zali geram. Dia pun menghempaskan air mineral yang berada ditangannya. Kawan-kawannya hanya melihat perilaku Zali. Tidak berani nak menegurnya.

“Relax la, bro,” Cip cuba menenangkan Zali.

“Sial. Aku ingatkan bila Riz tu dah tak de, senang la aku nak kalahkan team diorang tu. Sekali si Fizan tu pun boleh tahan jugak rupanya. Susah pulak aku nak kalahkan dia. Babi!!!!”

Cip terdiam. Dia tahu Zali benar-benar geram dengan Riz(Brian) kerana sudah sekian lama gagal menewaskannya dalam perlumbaan haram selama ini. Bila Brian menarik diri dari kumpulan tersebut, Zali seperti percaya sudah sampai masanya dia merajai Kuala Lumpur.

Tetapi, anggapan tersebut meleset sama sekali. Tidak disangka-sangka kawan Brian, Fizan, juga hebat dalam perlumbaan. Semenjak mengambil alih kumpulan tersebut, Fizan menjadi pelumba utama kumpulan tersebut dan mengambil alih tahta yang ditinggalkan dengan Brian dengan baik. Sekali pun Zali belum mampu untuk menewaskan Fizan.

“Cibai! Apa susah sangat nak kalahkan Fizan tu?”

Cip memandang kea rah kawan-kawannya yang lain. Mereka semua tunduk membisukan diri.

“Cuba korang piker-pikirkan sikit cara-cara yang paling terbaik macam mana aku nak kalahkan hamjadah tu?”

Senyap.

“Babi! Korang semua pun tak boleh harap!”

“Kalau kau nak kalahkan Fizan, kau kena menggunakan khidmat orang yang tahu kelemahan dan kekuatan dia. Dan orang yang paling sesuai, ialah aku.”

Zali pun memandang kepada arah suara tersebut. Zali amat cam dengan suara tersebut dan sudah agak lama tidak mendengar suara tersebut. Dan dia memang tidak sangka akan mendengar suara tersebut sekali lagi pada malam ini.

Zali memang tidak menyangka yang Brian berada di situ, dan menghulurkan bantuan untuk memusnahkan Fizan.

Dan memang tidak disangka-sangka "dia" yang ingin sangat Brian jumpa ialah Zali.

0 Komen Pembaca: