Wednesday, July 8, 2009

DUA DUNIA EPISOD 17

Seperti biasa, setiap kali ada tetamu datang ke rumah kecil keluarga Rahman, Maryam biasanya yang bertugas untuk membuat minuman untuk tetamu yang datang menghilangkan kehausan mereka. Air kopi menjadi pilihan Maryam untuk dihidangkan kepada tetamu rumahnya itu.


Maryam akan membuat air untuk tetamunya dengan rasa gembira kerana ada juga tetamu yang sudi datang ke rumah kecilnya untuk melawat dan bertanya khabar keluarganya.

Tetapi kali ini berbeza. Maryam membuat air kopi untuk tetamunya dengan perasaan yang bercampur-baur. Gembira, sedih, ragu-ragu.... Semuanya ada.

Maryam sedang membuatkan air minuman untuk tetamu yang paling tidak disangka-sangkakan akan datang ke rumahnya. 

Tetamu yang datang kali ini ialah bayi yang dikandungkannya selama 9 bulan lebih kurang 25 tahun dahulu tetapi akhirnya telah bertukar dengan bayi yang lain.

Beberapa bulan yang lepas, tetamu itu tidak mahu mengaku dan menerima dirinya dan juga suaminya sebagai ibu dan ayahnya. Tetapi pada malam ini, tetamu itu sudah berada di depan mata mereka.

"Mak... Ayah... Adik.... Saya dah balik..."

Dia panggil aku mak?

Maryam tersenyum sendiri. Timbul rasa gembira dan bersyukur terhadap apa yang terjadi pada malam ini.

Kopi sudah siap dibancuh. Maryam pun membawa kopi ke ruang tamu.

Alex kelihatan kepenatan dan senyap sahaja. Raihana dan Rahman yang duduk bersama juga tidak bersuara.

"Mana Alex dapat tahu kami tinggal kat sini...," tanya Maryam memecah kebuntuan.

Alex sedikit terkejut dengan pertanyaan Maryam. Alex memandang ke arah muka Maryam. Maryam tersenyum. Senyuman yang menghilangkan rasa takut dan gelisah Alex.

"Eerr... Dari Doktor Wong. Saya call dia tadi.. Dia yang bagi alamat rumah ni..."

"Oohhh..."

Keadaan senyap kembali.

"Kenapa awak datang ke sini?"

Pertanyaan Raihana telah menyentak lamunan semua orang terutamanya Alex.

Muka Alex serta merta berubah. Raihana yang perasan dengan perubahan riak muka Alex segera meminta maaf pada Alex.

"Sorry ye..."

"It's ok..."

Berat rasa Alex mahu bercerita. Tapi dia tahu dan sedar dia kini ingin menjadi ahli keluarga mereka dan rasanya tidak perlulah untuk dia berahsia lagi.

===============================

Encik Lim duduk di sofa empuk di ruang tamunya. Keempukan sofa tersebut bagaikan tidak terasa lagi setelah pemergian Alex tadi.

Encik Lim masih teringat lagi pandangan mata Alex bila dia melangkah keluar dari rumah itu. Pandangan mata yang penuh dengan perasaan kecewa dan sedih.

Air mata Encik Lim mula mengalir. Anak kesayangannya kini sudah hilang dari pada pandangan matanya.

Encik Lim mula risau tentang Alex. Ke mana dia pergi? Dah makan ke belum? Di mana dia tidur malam ini?

Bercelaru kepala Encik Lim. Anak yang dibesarkan dan ditatang seperti minyak yang penuh sehingga 25 tahun kini menghilang entah ke mana.

"Darling.... What are you doing down here?"

Encik Lim berpaling ke belakang. Kelihatan Puan Lim sedang tersenyum lebar.

"You ni kenapa? Gelisah tak tentu pasal aje ni?"

"You ni memang.... Memang tak berhati perut!!!" Akhirnya Encik Lim tidak mampu lagi membendung perasannya. Kali ini dia akan meluahkan perasaannya.

"Haa?? What with you?"

“Not me. It’s You!!!! Why the hell you throw away our son?”

“What do you mean? I tak buat apa-apa pun..”

“You halau anak kita. Itu you kata tak buat ape-ape?”

“Halau anak kita. No. Anak kita tu sihat je. Ada kat atas tu. Dalam bilik, tengah tidur. His fine..”

“Not him…. Alex…”

“Alex?? His not our son….. And hell, his also not your son!!”

Encik Lim terdiam sejenak. Dia tidak sangka isteri kesayangannya itu sanggup berkata demikian.

"Look, dear... You have to forget Alex... His not our son. Brian is our son. Our biology son. Anak yang datang dari darah daging kita. Dari benih kita. Dalam badan dia tu, mengalir darah keluarga Lim. That's Brian. Not Alex!! Alex tak de darah keturunan Lim, ok? Dia bukan anak kita. Bukan datang dari benih kita..."

"Tapi.. Dah hampir 25 tahun kita besarkan dia..."

"I know dear.... But you have to face the reality.... Brian is our son..."

Encik Lim terdiam semula. Dia sedar, tiada apa lagi yang mampu mengubah pemikiran isterinya itu. Di dalam hati isterinya itu kini sudah dipenuhi dengan api kebencian.

"Come, dear... Let's go up stairs...," pujuk Puan Lim apabila melihat ketidak keruan suaminya itu.

"Tak pe... You naik dulu.. Nanti I naik."

Tanp mereka sedari, Brian sedang mendengar segala perbualan dan perbalahan kedua suami isteri itu.

Brian tersenyum puas. Dia pun segera masuk ke dalam biliknya. Mencapai telefon bimbitnya. Dengan segera Brian menelefon Fizan.

"Hello...," kedengaran suara Fizan sayu di corong telefon. Fizan yang sudah tertidur.

"Hello... Oit, Fizan! Kau tengah buat apa je tu?"

"Siot la kau ni!!! Cuba la bawak-bawak bagi salam."

"Banyak la kau. Aku bukannya Islam lagi!"

"Oh... Ye tak ye jugak... Ha, apa hal ko call aku malam-malam buta ni?"

"Yang kau tidur awal ni kenapa? Tak pernah-pernah kau tidur awal ni?'

"Sakit la perut aku. Kena sepak dengan Alex tadi..."

"Baru kena sepak sekali dah kecoh!!! Gua banyak kali kena tumbuk dengan dia, rileks je...."

"Ha.. Ye la, ye la. Ni kenapa kau call aku ni?"

"Besok keluar jom. Kita celebrate sikit..."

"Nak celebrate ape pulak ni?"

"Nak celebrate kemenangan aku pada Alex."

Fizan terdiam sekejap. Kehairanan apa maksud Alex dengan kemenangan.

"Apa yang kau menang? Menang motor ke? Kalau ikut-ikutkan, masa bergaduh tadi kau yang kalah.."

Brian ketawa besar.

"Aku menang benda lebih besar dari tu..."

"Apa yang kau menang?"

"Aku dah berjaya buat Alex kena halau keluar dari rumah ni..."

"Ha? Betul ke ni?"

"Yup. Sekarang ni, aku la satu-satunya anak lelaki dalam rumah ni. Aku la satu-satunya pewaris harta keluarga Lim ni kalau kedua-dua mak bapak aku tu mampus nanti..."

"Haaa..?? Ye ke? Kau biar betul ni!! Bila dia kena halau, beb?"

"Tadi. Baru je."

"So, nak pergi mana esok?"

"Malam esok kita keluar. Pergi disko. Kita kasi mabuk."

"Ok, set. Kita mabuk sampai lupa dunia!!!"

Mereka gelak besar bersama.

============================

Rahman, Maryam dan Raihana terkejut mendengar cerita dari Alex. Mereka semua tidak sangka yang ibubapa Alex akan menghalau dia kerana Brian.

"Tak sangka pulak mereka sanggup halau awak..."

Alex tersenyum sinis.

"Saya lagi tak sangka. Mungkin ini takdir saya..."

Mereka terdiam semula.

"Boleh saya minta sesuatu...," sambung Alex semula.

"Ya, apa yang anak nak?" jawab Maryam ramah.

"Boleh saya tumpang tidur kat sini untuk sementara waktu?"

"Sementara waktu? Sampai bila-bila pun boleh. Awak kan anak kami. Betul kan, bang?", Maryam memandang Rahman.

Rahman tersenyum. Tanda setuju.

"Selamat datang ke dalam keluarga kami."

Maryam memeluk Alex.

Alex bagaikan tidak percaya. Beberapa jam yang lepas, dia berasa sedih kerana telah di halau oleh ibunya. Beberapa jam yang lepas, dia kehilangan keluarga.

Tetapi beberapa jam kemudian, dia kini sudah menjadi ahli keluarga kepada satu keluarga baru yang asing baginya. Tetapi yang pasti, ini memang keluarganya yang sebenar. Keluarga yang berkongsi darah daging yang sama dengannya.

Bersambung........

=========================

P/S: Aku memohon maaf kepada pembaca kerana aku menggunakan istilah Mr. Lim dan Mrs. Lim. Sepatutnya Encik Lim dan Puan Lim. Harap maaf.

2 Komen Pembaca:

nabilah_2908 said...

rasanya penggunaan Mr n Mrs tak menjejaskan cerita ni..:)

Amirul said...

nabilah...
takut ade yg tak puas hati atau keliru pulak..

ape2 pun, thanks for the support..