"Wooo... Besarnya...."
Mulut Riz terlopong besar. Tak pernah seumur hidupnya dia melihat bilik tidur yang begitu besar.
"Mak aih... Bilik tidur ni dah sama besar dengan rumah saya yang dulu.."
"Kami cuma nak kamu rasa selesa saja...", kata Puan Lim yang teruja dengan kehadiran Riz dalam keluarganya.
"Kamu berehatlah dulu. Kamu pun belum sembuh sepenuhnya..", sampuk Encik Lim pula.
"Terima kasih... eemmm..."
"Call us mama and papa.."
"Hehe... Thanks mama... papa...."
Encik dan Puan Lim gembira melihat Riz. Mereka pun beredar untuk membiarkan Riz berehat. Mereka melewati bilik Alex yang pintunya luas terbuka. Encik Lim pun menjengah masuk. Alex kelihatan terbaring kelesuan.
"Alex... Are you ok?"
Alex terkejut. Dia tidak perasan yang ayahnya sedang memerhatikannya dan tidak perasan langsung yang ayahnya telah pun berdiri di sebelah katilnya.
"I'm ok...", jawab Alex malas.
"Sejak balik dari hospital, Alex asyik diam saja... Boleh papa tahu kenapa?"
"Nothing... I'm just still in shock."
"Ok. Alex rehat dulu. Esok kita bual lagi ya?"
"Ok... Good night, papa."
"Good night, Alex."
Encik Lim pun keluar dan menutup pintu bilik Alex. Dia sedar, Alex pasti risau akan perubahan yang bakal berlaku dalam rumah ini. Malah, dia sendiri tidak pasti dapat melalui semua ini dengan selamat.
==========================
Alex berasa lega bila melihat ayahnya keluar dari biliknya. Alex betul-betul tiada mood untuk berbual dengan sesiapa buat masa sekarang.
Bayangan Rahman dan Maryam terus berlegar di ruang mindanya. Entah kenapa sejak pulang dari hospital hingga kini, bayangan tersebut tidak lekang-lekang menggangu segenap jiwanya itu.
Shit!!! I don't like this!!!
Masih terbayang riak muka kecewa Rahman dan Maryam apabila dia memeluk ibunya apabila Rahman memintanya pulang bersama mereka.
Hati Alex mula bergolak.
Secara biologinya, mereka memang parents aku. Aku datang dari benih mereka. Memang Puan Maryam tu yang mengandungkan aku. Tapi, dah dekat 25 tahun papa dan mama besarkan aku. Aku dibelai dengan penuh kasih sayang oleh mereka. Tak kan aku nak tinggalkan papa dan mama macam tu aje?
Alex mula risau kembali. Kali ini, fikirannya lebih bercelaru ketika dia rasa yang dia sudah alergi dengan alkohol.
Sial!!! Kalau aku tau, aku biarkan aje mat rempit tu mati kat tengah jalan.
Bukan setakat Rahman dan Maryam sahaja yang menghantui fikirannya, tapi Alex juga mula memikirkan tentang statusnya dalam keluarga sekarang.
Adakah mereka akan terus menganggap aku sebagai anak mereka?
Adakah mereka akan terus melayan aku sebaik dahulu?
Adakah aku akan disisihkan nanti?
Makin berat kepalanya. Alex dapat merasakan yang dia bakal disisihkan oleh kedua ibubapanya nanti.
Papa dan mama janji, kami akan jaga Alex dan bagi kasih sayang sepenuhnya pada Alex.
Itulah janji ayahnya dahulu. Janji yang pernah diucapkannya semenjak Alex kecil lagi. Dan janji itu sering kali diulang cakap oleh ayah dan ibunya pada masa dahulu. Janji yang menunjukkan mereka benar-benar sayang pada Alex.
Alex satu-satunya anak kami. Alex bakal menjadi penyambung waris pada keluarga kami.
Lamunan Alex terberhenti secara tiba-tiba.
Penyambung waris....
Dua perkataan yang telah membunuh lamunan Alex.
Kalau macam ni, papa dan mama dah tahu siapa anak sebenar mereka. Dan aku bukan anak kandung mereka. Dengan kata lain, aku bukan penyambung waris mereka lagi. Mat rempit tu yang jadi waris mereka. Mat rempit tu yang bakal dapat mewarisi harta mereka. Mat rempit tu yang sebenarnya darah daging mereka.
Alex terdiam. Dia bukan lagi pewaris keluarganya. Bukan lagi ahli keluarga Lim.
Adakah aku kan dibuang oleh mereka?
Alex tersentap. Alex merasakan bagai bumbung rumahnya sedang runtuh dan menghempap kepalanya.
=============================
Riz bangun sejurus Encik dan Puan Lim keluar. Dengan bantuan tongkat, dia berjalan mengelilingi bilik tidur barunya itu.
Fuuuyyyoo... Puas hati babi ni. Tak pernah aku bayangkan aku dapat duduk dalam bilik besar macam ni.
Riz masih teruja dengan biliknya. Biliknya masih kosong. Cuma ada katil King Size dan almari baju serta meja solek.
Nanti aku nak mintak mak bapak baru aku ni TV plasma. Letak kat dalam bilik ni. Pasang Astro sekali. Senang sikit nak tengok bola. Tak de la kena pergi kedai mamak lagi.
Riz berfikir lagi.
Hhhaaaa.... PS3 pun nak jugak. Baru complete.
Riz berjalan ke salah satu sudut di biliknya itu.
Kat sini aku nak letak komputer. Siap pasang internet. Senang gua nak chatting ke, main myspace ke.... Masuk porn site ke... hehehe...
Riz pergi ke satu kawasan kosong ditengah biliknya. Riz memikirkan apa yang patut diletakkan pada tegah-tegah biliknya.
Aku boleh letak sofa yang empuk kat sini. Boleh duduk-duduk kat sini.
Riz senyum bersendirian. Senyumnya sampai ke telinga.
Aku kena bagitau Fizan ni... Jealous la mamat tu nanti...
Riz mengeluarkan telefon bimbitnya. Ingin menelefon Fizan. Tapi tiba-tiba dia memerhatikan telefon bimbitnya.
Adoi... Tak kan la bilik gempak, tapi aku pakai Nokia 3310 jek. Tak pe. Aku boleh mintak kat mak bapak aku tu iPhone 3G kan?
Riz tersenyum lagi. Dia pun melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil.
Nanti-nantilah aku call si Fizan tu. Tak selera pulak nak call guna handphone murah ni.
Dan Riz kembali ke katilnya. Baring dengan perasaan puas. Tiba-tiba dia teringat wajah ibubapanya yang lama, Rahman dan Maryam.
Riz masih ingin bagaimana wajah Maryam menangis apabila melihat dia memilih untuk mengikut Keluarga Lim. Tidak lupa juga wajah kecewa Rahman. Dia benci kepada Rahman.
Mampuslah sama lu orang. Dasar taik judi. Disebabkan kau la aku jadi Mat Rempit. Cuba kau kerja elok-elok, mesti hidup aku pun senang.
Namun begitu wajah emakya itu masih diingati. Emak yang tidak kenal erti penat dan letih membesarkannya dari kecil sehingga kini.
Ala... Diorang ada Raihana lagi... Bukan tak de anak lagipun.
Riz menarik selimutnya. Sejuk rasa biliknya kerana penghawa dingin yang dihidupkan pada tahap suhu paling sejuk. Riz tidak tahu cara mahu menguatkan suhu penghawa dingin itu.
Selamat tinggal kehidupan penuh miskin.....
Selamat datang anak orang kaya baru...
Riz tidur dalam keadaan Senyum.
=============================
Maryam sedih melihat suaminya terus menangis selepas pulang dari hospital tadi. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia melihat suaminya menunjukkan perasaan kasih sayang kepada anak-anaknya.
Raihana juga hanya termenung. Walaupun dia tidak rapat dengan Riz, tetapi hatinya tetap sedih dengan apa yang terjadi pada malam ini.
Maryam mendekati suaminya.
"Abang.... Sabar ya...."
Rahman memandang muka isterinya. Dipeluk isterinya itu semahu-mahunya. Rahman kemudian memandang Raihana yang sedang duduk berdekatan dengannya.
"Maryam.... Raihana..."
Rahman melepaskan pelukannya pada Maryam.
"Pertama.... Saya nak mintak maaf pada awak. Apa yang jadi pada malam ni semuanya disebabkan oleh saya. Saya selalu mengabaikan awak.... Abaikan anak-anak.... Saya biarkan awak kerja sorang-sorang untuk tanggung keluarga ni... Saya ambik duit awak untuk saya berjudi... Saya tak hiraukan apa yang jadi pada anak kita... Saya biarkan anak-anak kita jadi liar... Saya lari dari tanggungjawab saya selama ni..."
"Sabar la abang. Maryam tak pernah pun menyimpan dendam pada apa yang abang buat selama ni. Maryam tahu, satu hari nanti abang akan sedar dengan kesilapan abang dan balik ke pangkal jalan..."
Mereka menangis bersama. Rahman mengalihkan pandangannya pada Raihana.
"Rai... Ke sini, nak..."
Raihana datang mendekati kedua ibubapanya.
"Ayah nak mintak maaf pada Raihana kerana tak menjalankan tugas sebagai seorang bapa pada Raihana. Ayah abaikan Raihana. Ayah sendiri pun sebenarnya tak tahu berapa umur Raihana. Ayah tak tau keputusan peperiksaan Raihana sebelum ni... Ayah mintak maaf banyak-banyak...."
Raihana tidak mampu berkata-kata. Dia terus memeluk ayahnya itu.
Melihat anaknya memeluk suaminya, hati Maryam menjadi sayu. Untuk pertama kalinya dalam hidup mereka, iakatan kekeluargaan muncul dalam hidup mereka.
"Mulai hari ini, saya akan berjanji untuk menjadi suami dan ayah yang lebih bertanggungjawab. Saya akan tebus semua dosa saya pada kelurga ini..."
Dan pada malam itu, mereka telah kehilangan seorang anak lelaki....
Tetapi, kini keluarga tersebut telah mendapat ayah dan suami yang telah hilang selama ini....
3 Komen Pembaca:
ewah berangan mcm2 si Riz ni
tak sedar diri betol..
mula lupa daratan
x insaf2 lg nyawa hmpir melayang mase accident dulu..
makin liar la die nnti
nnti Fizan tu pon tumpang skaki
perabihkan duit mak bapak riz yg bru
hrumm...rs sebak lak bila bc part yg akhir...wht's nxt..?? cant wait..huhuhu.. :)
alkene...
biasa la tu...
manusia mudah lupa diri bila dihidangkan dengan harta kekayaan...
nabilah..
wait for it..
something gotta happen to this family...
Post a Comment