Karen membetulkan bajunya. Sudah 5 pasang baju di cubanya. Sudah lebih sejam dia di depan cermin. Semuanya kerana Alex.
Dia mahu sentiasa kelihatan cantik dan menawan apabila keluar dengan Alex. Dia tidak mahu Alex memandang perempuan lain ketika keluar bersamanya.
Karen tersenyum. Dia sudah berpuas hati dengan penampilannya.
Kristy masuk ke bilik Karen. Tersengih-sengih.
“Kenapa kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni?” tanya Karen.
“Amboi… Pasang badan nampak. Untung Alex ya..,’ usik Kristy, teman serumahnya itu.
Karen tersenyum malu. Karen selalu disakat oleh Kristy kerana tabiat buruknya itu, iaitu memerlukan 2 jam untuk bersiap jika dia punya temujanji dengan Alex.
“Nak ke mana hari ni? Ada something special ke?” tanya Kristy cuba mengorek rahsia.
“Tak lah. Date biasa aje..”
“Bila kau nak kawin dengan Alex tu?”
Satu soalan yang paling tidak digemari oleh Karen.
“Kenapa pulak? Kau tu bila pulak nak kawin?”, Karen cuba berdalih dengan menanya soalan pada Krysty pula.
“Aku lain.. Aku baru kenal setahun… Kau dengan Alex.. Dari sekolah menengah lagi…”
Bunyi hon kereta. Karen tahu itu bunyi kereta Alex.
“Ok la. Lain tahun la aku jawab soalan kau tu ye?”, Karen senyum sinis.
“Ye la. Ok, take care. Have Fun.”
“I wil…”
Karen pun bergegas keluar dari rumah.
====================================
Karen masuk ke dalam kereta Alex. Seperti biasa, mereka akan berkucupan bila bertemu.
“I miss you, dear..,” Alex cuba membangkitkan aroma romantis.
“Me too… Me too..,” balas Karen.
Kereta Alex mula meninggalkan kawasan perumahan Karen.
Mereka berdua berbual dan ketawa sepanjang masa. Setiap kali bertemu, pasti penuh dengan hilai ketawa. Mereka amat jarang bergaduh.
Sedang rancang berbual, Karen ternampak sesuatu di kerusi belakang kereta Alex.
“Apa kat belakang tu?” tanya Karen.
“Buku. I singgah kedai buku kejap tadi…. Beli buku,” jawap Alex.
“Buku apa?”
“You tengoklah sendiri..”
Karen mencapai buku tersebut. Karen agak terkejut melihat buku yang dibeli oleh Alex.
“Buku apa ni?”, tanya Karen dengan nada terkejut.
“kenapa?”
“Kenapa? You tanya kenapa? Kenapa you baca buku ni? Pengertian Islam? Sejarah 25 nabi dan rasul? Sejarah islam?”
“Salah ke I baca buku tu?”
“Tapi ini pasal islam…,” ayat Karen terberhenti. Masih tergamam.
“Kenapa dengan islam? What’s wrong? Masa I baca buku pasal kristian, you tak marah pun…”
“You tau kan… Islam kan terrorist..”
Alex terkejut. Dia menggelengkan kepala.
“Miss Karen… Can I ask you something?”
“Sure.. What is it?”
“You duduk kat Negara apa sekarang ni?”
“Malaysia la..”
“Malaysia ni, apa agama rasminya?”
Karen terdian seketika. Kemudia menjawap dengan perlahan.
“…Islam…”
“Ha… So, semua orang islam dalam islam ni pengganas ke?”
Karen terdiam. Dia menggelengkan kepala.
“Ha.. So, why you risau sangat? You ni prasangka la..”
“Tapi..”
“You jangan risau. I still penganut agama Budha. Jangan risau ya?”
Karen membisu. Dia berasa risau. Karen pun melontarkan pandangannya keluar kereta. Fikirannya menerawang…..
=================================
“La…. Ni je ke kau nak cakap?” tanya Riz.
Fizan mengangguk.
“Sial la kau. Aku cepat-cepat keluar rumah, tapi yang kau nak cakap Cuma ni je?”
FIzan menghabiskan air teh aisnya dengan perlahan. Kemudian baru dia bersuara.
“Ya. Aku Cuma nak bagitau kau, yang Zali ajak rematch dengan kau..”
Riz bersandar pada kerusi. Rasa kecewa. Dia berkejar untuk bertemu dengan Fizan. Untuk mengetahui apakah berita yang amat penting itu.
“Tapi Riz… Kau kena hati-hati sikit kali ni..”
“Eh? Kenapa pulak?”
“sebab aku dengar cerita, Zali nak pakai motor lain untuk race dengan kau malam esok.”
“Motor lain? Motor bot ke? Ke Ajinomoto?” Riz cuba bergurau.
“Ajinomoto, bapak kau. 3 bulan lepas, Zali ni ada beli motor baru. Tapi dia terus hantar motor tu ke Sungai Petani.”
“Buat apa hantar ke sana?”
“Dia hantar kat sepupu dia kat sana lah..”
“Apsal lak hantar kat sepupu dia? Sepupu dia bomoh? Boleh jampi motor tu laju macam Ferrari?”
“Sial la kau ni. Aku tengah serius ni,” Fizan mula naik angin dengan sikap Riz yang tidak serius itu.
“Rilek la. Macam tak biasa pulak kau ni..”
“Sebab aku dapat tau yang diorang kalau boleh, nak kau mati malam esok.”
Riz terdiam. Dia tidak menyangka yang Zali mempunyai niat hendak membunuh dia dalam perlumbaan esok.
Tiba-tiba, ada sikit perasaan timbul dalam hatinya. Perasaan takut. Perasaan ini sudah lama tidak timbul dalam hatinya. Setiap malam dia menyabung nyawa dalam perlumbaan, tapi dia tidak pernah merasa takut.
Tapi bila Riz tahu lawannya memang mempunyai niat untuk mencabut nyawanya, dia mula sedikit gentar.
“Riz…,” Fizan nampak perubahan riak muka Riz.
“Hei!! Ini Riz la. Kau ingat aku takut ke dengan dia tu. Kalau dia rasa dia boleh nak bunuh aku, cuba la. Aku nak tengok sape yang mati nanti.”
“Riz… baik kau fikir dalam-dalam..”
“Kau jangan risau. Lagipun aku tak rasa la yang Zali ni nak bunuh aku.”
Fizan hanya membisu. Nampaknya, Riz sudah membulatkan tekadnya.
“Ha, pasal motor tu.. Kenapa dia hantar ke SP?” tanya Riz semula.
“Oh, lupa nak cakap. Sepupu dia tu mekanik merangkap otai rempit kat sana…”
“Oh… Sepupu dia tolong bikin motor la ni?”
“Ye la kot…”
“Kau jangan risau la, Fizan. Dengan sebelah tangan aku boleh kalahkan dia la.”
“Wow. Belagak gila kau ni..”
“Bukan berlagak la, bodoh. Tapi yakin.”
Telefon bimbit Riz berbunyi. Mesej diterima.
Riz membaca mesej tersebut. Dari Liza. Riz tersenyum.
“sape mesej tu?”tanya Fizan selepas melihat riak senyum dari wajah Riz.
“Liza,” jawab Riz singkat.
“Liza? Liza bohsia tu?”
Riz angguk.
“Yadoyai… Kata la lu main cinta dengan dia.”
“Mana ada!!” Riz tegas menafikan.
“Habis, kau senyum pulak dapat mesej dari dia..”
“Mesti la senyum. Malam ni dia nak ‘main’ dengan aku la,” sengih Riz.
“Waa… Kata la Liza tu dah gian kena batang kau tu…”
“Mestilah… Tengok la berapa besar. Beb..”
Mereka ketawa serentak. Dengan kuat sehingga pelanggan lain di kedai mamak itu memandang mereka.
Bersambung…
2 Komen Pembaca:
besh..:)
keep up bro.. ;)
nabilah...
thank u very much..
Post a Comment