Monday, February 2, 2009

DUA DUNIA EPISOD 3

Alex termenung. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, setiap kali dia minum arak dan liquor walaupun dalam jumlah yang sikit, dia sakit kepala.

Aku elergi pada alcohol ke? Ade ke alergi jenis tu?

Ke aku dah ada penyakit kronik? Tak boleh minum alcohol lagi.

Shit!!!! Alex geram.

Minuman alcohol memang kegemarannya. Walaupun dia tahu minuman tersebut boleh memudaratkan kesihatan jika di minum berlebihan.

Alex mula bosan memikirkan perihal tersebut. Dia keluar dari bilik menuju ke ruang makan yang berada di tingkat bawah.

Di meja makan, kelihatan ayah dan ibu Alex sedang bersarapan.

“Waaa… Papa dengan mama breakfast tak ajak Alex pun ya? Kecik hati tau..”

Mereka berdua tersenyum.

“Ini apa mimpi anak kesayangan kita ni, bang?” tanya ibu Alex pada suaminya.

“Mimpi apa pula?” tanya ayahnya yang kurang faham dengan soalan ibunya.

“Ala.. Awak ni. Biasanya, anak kita ni kan tak kan bangun kalau tak tengahari. Biasa la.. Weekends… Mesti la pergi parti sampai pagi.. Macam semalam, subuh baru balik..”

Alex hanya tersenyum. Dia bingkas duduk dan mencapai roti bakar yang di bakar oleh ibunya itu.

“Alex… Why you wake up so early today?” tanya ayahnya.

“Entah la papa. Tiba-tiba je terbangun pagi tadi.”

“Alex gaduh dengan Karen ke?”, sampuk ibunya semula.

“Tak lah mama. Kami ok je.”

“Bagus la. Mama betul-betul sukakan Karen. Dalam banyak-banyak girlfriend yang Alex bawak, Karen nil ah yang mak paling suka sekali.”

Alex hanya tersenyum. Sifat Karen yang lemah lembut dan peramah itu yang menjadi kunci yang membuka hati ibunya itu.

Sesudah bersarapan, Alex pun keluar ke halaman rumahnya. Alex ternampak Haji Mahat sedang membersihkan halaman rumah yang dipenuhi dengan bunga-bunga. Alex tahu yang Haji Mahat memang suka menanam bunga.

“Hai, pak cik,” tegur Alex dengar mesra.

“Ha.. Kamu Alex. Kamu dah sihat?”

“Eh? Mana saya ada sakit?”

“Semalam pagi yang kamu terduduk tepi pagar tu sambil pegang kepala tu?”

“Oh.. Itu sakit sikit saja pak cik..”

Perbualan terhenti seketika. Alex membiarkan Haji Mahat membetulkan kedudukan pasu bunga.

“Bagus la pak cik ni. Halaman rumah pakcik penuh dengah pokok bunga. Tengok halaman saya. Kosong saje..”

“Hahaha… Bukan lawa sangat pun bunga yang pak cik tanam ni. Saje je, sebagai hobi.”

Perbualan terhenti lagi. Muka Alex berkerut-kerut.

“kenapa kamu ni, Alex?”

“Pak cik.. Boleh saya tanya sikit tak?”

“Ha.. Tanya aje lah..”

"Pasal azan tu.."

"Azan?", Haji Mahat agak terkejut. Tidak sangka yang Alex akan bertanya mengenai azan.

"Ya. Azan."

"Kenapa dengan azan?"

"Kenapa nak kena azan tu?"

"Azan tu untuk menyeru semua umat Islam supaya sembahyang berjemaah."

"Sembahyang jemaah?", Alex tidak faham.

"Sembahyang bersama-sama di masjid atau surau.."

"Oh... Kenapa nak sembahyang jemaah?", tanya Alex lagi.

"Sembahyang berjemaah ni dapat memupuk perpaduan sesama umat islam. Lagipun, dengan sembahyang berjemaah ni, kita akan dapat kenal dengan lebih ramai orang..," jelas Haji Mahat.

"Oh... Jadi sembahyang jemaah ni bukan sahaja menuntut umat Islam untuk sembahyang sama-sama, tapi ada objektif lain iaitu meyatukan perpaduan sesama islam...," Alex mula faham.

"Ya. Islam ni, bukan sahaja agama yang perlu dianuti. Tetapi juga adalah cara hidup. Islam meliputi segala-galanya."

Alex angguk tanda faham.

"Ok la, pak cik. Saya nak jumpa kawan sekejap lagi. Saya minta diri dulu ya?"

"Ok. Jalan baik-baik."

Alex berlalu.

Alex ada temu janji dengan Karen pada waktu tengahari nanti. Lagipun, Alex hendak singgah ke satu tempat lain sebelum berjumpa Karen.

=================================

"Riz!!!!! Bangun!!!! Dah pukul berapa dah ni!!!"

Laungan ibu Riz menyebabkan dia terbangun. Sudah berkali-kali ibunya menjerit membangunkannya dari tidur. Akhirnya Riz bangkit jua.

"Mak ni kacau la. Baru pukul berapa ni...", Riz cuba mempertahankan tindakannya yang lewat bangun itu.

"Pukulberapa kau cakap. Dah pukul 12 tengahari dah ni. Cepat la mandi. Kalau bapak kau bali kejap lagi, tengok kau tak mandi.... Mahu dia belasah kau karang.."

RIz berlalu. Mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. 3 minit kemudian Riz keluar dengan badan yang basah.

"kejapnya kau mandi, Riz...," tegur ibunya kehairanan melihat begitu cepat anaknya mandi.

"Sejuklah mak."

"Sejuk apanya? Dah pukul 12 dah ni. Kalau kau bangun masa subuh, memang la air tu sejuk."

"Jimat air la," balas Riz lagi. Malas dia mahu mendengar bebelan ibunya itu.

Riz masuk ke dalam bilik. Sedang dia mengeringkan badannya dengan tuala, telefon bimbitnya berbunyi. Riz mencapai telefonnya itu. Nama Fizan terpapar di skrin.

"Ha, lahanat! Apa kau nak call aku pagi-pagi buta ni?"

"Pagi bapak kau!!! Dah tengahari ni, bodoh!!!" balas Fizan.

Mereka ketawa. Mereka memang sudah biasa bergurau dengan kasar dan memaki hamun sesama sendiri.

"Ha... pehal kau call aku ni?"

"Aku nak jumpa kau. Ada hal sikit ni."

"Hal apa pulak ni...."

"Datang je la rumah aku. Nanti aku cerita dengan detail."

"Ye lah.."

Riz pun segera mengenakan pakaian. Sesudah menyikat rambutnya, Riz keluar dari bilik. Tangan mencapai helmet.

"Kau nak ke mana pulak tu Riz?" tanya ibunya.

"Jumpa kawan."

"Jangan balik lewat sang..."

Belum habis ayat nasihat dari ibunya, Riz telah pun berlalu dengan motornya.

Ibu Riz hanya memerhati dari pintu.

Riz... Bila kau nak berubah, nak.....

Airmata ibunya mengalir...

2 Komen Pembaca:

Noh said...

ada gak update...
aku baru nak piket mintak update..
hahaha

confuse sikit
haji mahat ke haji minhat...

aremierulez said...

noh..
ade..
lambat sikit je..
oh..
aku salah eja..
nnt aku betulkan