"Maka... Zack, Mia, Maria dan Kamal pun hanyut setelah kapal yang mereka naik tu pecah di pukul ombak..."
Am berhenti sebentar. Rasa seperti nafasnya tersekat-sekat. Am pun mencapai segelas air suam lalu meminumair tersebut.
"Lepas tu apa jadi, ayah? Diorang semua tu mati ke?", Aisyah sudah tidak sabar hendak mengetahui kisah yang ayahnya ceritakan.
"Mayat mereka semua dijumpai terapung-apung di tengah laut, termasuk tokan kapal dan anak buahnya. Tapi dari bedah siasat, polis mendapati yang Zack dan Kamal mati kerana di tembak dan ditikam. Bukan Mati lemas..."
"Oohh.... Tu je ke, ayah?"
"Ada lagi. Mak dan Ayah Kamal amat sedih atas kematian Kamal. Walaupun Kamal tu anak angkat, tapi mereka sayang Kamal macam anak sendiri. Mereka tak keluar rumah sampai sebulan...."
Am terdiam. Dia menyambung kembali.
"Mak Mia amat sedih sampai dia sanggup gantung diri sampai mati. Ayah Mia terkejut bila terjumpa mayat isteri dia dalam tandas. Ayah Mia pun jadi gila lepas tu."
"Wwwaaaa... Dashyat ye, ayah. Hanya di sebabkan cinta, diorang semua jadi macam tu..."
Am merapatkan dirinya kepada Aisyah. Dia mengusap kepala Aisyah dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
"Itu sebab ayah ceritakan cerita ini pada Aisyah. Ayah tau Aisyah dah besar. Dah ada keinginan nak bercinta. Ada keinginan nak berkenalan dengan manusia yang berlainan jantina. Ada keinginan nak merasa kemanisan waktu bercinta. Ayah tak nak di sebabkan cinta, Aisyah sanggup membuat perbuatan yang bodoh secara melulu. Tanpa berfikir buruk baik nya. Faham?"
Aisyah memeluk ayahnya.
"Ayah jangan risau. Aisyah tak kan lari dari rumah. Lagipun, kalau Aisyah lari... Macam mana Aisyah nak makan masakan mak yang sedap tu? Dan yang paling penting sekali... Siapa la yang nak bercerita pada Aisyah masa Aisyah nak tidur kan? No more bad time story for me kalau lari dari rumah..."
Mereka berdua ketawa. Sempat juga Aisyah berjenaka di dalam keseriusan ayahnya itu.
"Tapi pelik la ayah ni... Biasakan, ayah ni selalu kalau nak cerita bed time story kat Aisyah, mesti cerita kelakar ke, cerita rakyat ke. Ni tak. Ayah bagi cerita nasihat lak. Sedih lak tu ending dia."
"Lepas tu kan, rasanya sejak Aisyah masuk sekolah menengah, ayah dah tak bercerita kat Aisyah lagi dah. Ni bila Aisyah dah tingkatan 3, ayah tiba-tiba nak bagi bed time story balik. Kenapa ye?"
Am terdiam. Dia seperti tidak mahu menjawab.
Aisyah kehairanan. Dia mengulangi soalan yang sama.
"Aisyah... Sebenarnya kisah yang ayah ceritakan tu memang cerita betul. Cerita tu sebenarnya kisah kawan baik ayah yang terlampau ikutkan kata hati sampai mereka semua terkorban di sebabkan cinta.."
"Hah? Ye ke? Ooh... Jadi, yang nama Am dalam cerita ayah tadi tu, memang ayah la ye? Nama ayah Amran.. So, Am tu betul lah ayah?"
"Ye, Aisyah... Am tu memang ayah. Semua watak dalam cerita tadi amat bermakna buat ayah..."
Airmata mula mengalir di mata Am. Aisyah pun mengelap airmata Am dengan tisu dan memeluk Am semula.
"Tak sangka cerita ni cerita betul rupanya... Jadi kubur pak cik Kamal yang kita selalu ziarah tu, kubur Kamal dalam cerita ayah ni la ye?"
Am mengangguk. Mereka berdua terdiam buat sementara. Tiba-tiba Aisyah mendapati sesuatu.
"Ayah, apa jadi kat anak Zack dengan Mia? Mati jugak ke? Ayah tak cerita pun..."
"Dengan izin Allah, bayi kecik tu selamat. Dia terapung pada serpihan kayu bot tu. Bayi tu tak tenggelam."
"Alhamdulillah... Selamat budak tu. Apa jadi kat bayi tu?"
"Dia sihat. Duduk dengan keluarga angkat. Pergi ke sekolah. Pandai budak tu sekarang. Dia menjalani hidup dengan normal macam budak-budak lain."
"Ooh... Dia kat mana sekarang?"
"Ada dekat-dekat sini je. Tak jauh."
"Ye ke, ayah? Dekat mana tu."
"Ada dekat-dekat sini."
"Dekat mana tu, ayah?"
"Ada depan mata ayah ni..."
"Apa?"
"Ada depan mata ayah ni..."
Dan di saat ini Am tidak mampu menahan lagi. Dia perlu meluahkan segala rahsia malam ini.
"Aisyah... Maafkan ayah sebab menyimpan rahsia ni sekian lama dari Aisyah. Sebenarnya Aisyah ni bukan anak ayah. tapi anak kepada Zack dan Mia."
Aisyah terkejut. Dia tergamam. Seolah-olah di panah petir. Aisyah amat terkejut dengan kenyataan Am itu.
"Aisyah.. Ayah tak bermaksud nak melukakan hati Aisyah sebab tak nakbagitahu Aisyah perkara yang sebenar dari awal. Tapi ayah cuma nak menunggu waktu yang sesuai."
Aisyah hanya terdiam. Airmata mula mengalir dari kelopak mata Aisyah. Dia pun memeluk Am.
"Ayah.. Kubur Zakaria dan Miasara yang ayah selalu ziarahtu, yang sebelah kubur pak cik Kamal tu... tu kubur ayah dan mama Aisyah ke? Zack dan Mia?"
"Ya, sayang. Tu kubur ayah dan mama Aisyah.."
Aisyah menangis lagi. Setelah seketika, baru dia melepaskan pelukan dengan Am.
"Aisyah... Ayah mintak maaf ye.."
"Ayah tak salah. Aisyah faham kenapa ayah rahsiakan semua ni. Aisyah tak marah pun kat ayah."
"Aisyah, ayah janji ayah akan menjaga Aisyah macam anak sendiri.."
"Ayah... terima kasih sebab sudi menjaga Aisyah selama ni. Aisyah pun tak pernah rasa macam anak angkat pun selama ni..."
Mereka berdua tersenyum. Masing-masing sudah merasa lega di hati.
"Ayah... Boleh tak esok pagi kita ziarah kubur ayah dan mama Aisyah?"
"Boleh. Nanti kita semua pergi ke sana ye?"
"Ok. terima kasih, ayah. Aisyah nak tidur ni. Good night.."
"good night.."
Am bangun dan beredar dari bilik Aisyah selepas menunggu sehingga Aisyah tertidur. Am kemudian pergi ke luar tamu. Di ambilnya sebuah album gambar.
Di dalam album tersebut penuh gambar bersama Zack dan Mia. Gambar dari zaman universiti sehinggalah mereka berkerja. Di dalam album itu, terselit juga gambar Maria.
Zack dan Mia. Sepasang kekasih yang amat mencintai pasangan mereka sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk bersama.
Maria. Bekas kekasih Zack yang terus mengejar cinta dari Zack walaupun tahu ia hanya perbuatan yang sia-sia.
Kamal. Menggunakan wang dan anasir lain untuk membeli cinta Mia. Namun, dia gagal. Nafsu dan dendam membara di hati sehingga dia sanggup membunuh sesiapa sahaja yang menjadi penghalang.
Am. Menjadi saksi kepada kisah cinta empat insan ini. Sedaya upaya membantu apa yang termampu kepada kawannya tetapi akhirnya tidak dapat melawan takdir apabila keempat mereka pergi menyahut seruan Ilahi.
Aisyah. Tanda cinta Zack dan Mia. Hasil dari kecelaruan kisah cinta empat insan ini. Akan sentiasa berada di sisi Am sebagai tanda kenangan Am pada kawan-kwan nya yang lain.
Am akhirnya terjumpa sekeping gambar Zack dan Mia. Airmatanya mengalir dengan tiba-tiba.
"Zack... Mia... Aku janji akan menjaga Aisyah dengan baik. Aku akan didik dia menjadi insan yang sempurna. Aku tak kan biarkan kisah cinta kamu berdua hilang begitu sahaja...."
Maka tamatlah sebuah kisah cinta yang mengorbankan empat jiwa. Tetapi melahirkan satu jiwa baru yang akan terus menjadi tanda cinta mereka semua.
=========== T.A.M.A.T.============
Nota Pengarang
Alhamdulillah. Dengan izin Allah, tamat juga cerita ini.
Aku nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ini. terima kasih atas sokongan anda.
Aku juga nak minta maaf banyak-banyak pada kamu semua sebab membiarkan kamu menunggu lama untuk sambungan cerita ini. Dan juga sebab banyak kesilapan ejaan.
Ini merupakan eksperimen aku yang pertama. So, aku berharap kamu dapat bagi komen tentang cerita aku. Komen apa kelemahan aku supaya aku dapat memperbaiki lagi kualiti penulisan aku.
Ok, hingga berjumpa pada cerita yang baru nanti.
11 Komen Pembaca:
nai...
apa ni..
kenapa da abis...
alaaaaaa
hmm...
ending yg menyedihkan..tp penuh dgn moral values..
admire la kt penulisan u nie..
harap ps nie ade cite br yg lebih menarik..
best of luck bro.. :)
Noh a.k.a. tongah...
kau ni..
tak kan kau nak aku sambung sampai aisyah tu besar & kawin lak kot...
tunggu la cite baru..
nabilah...
tq for the support..
tunggu cite baru eh..
tak sangka.....
berlenang jugak air mata aku.....
sungguh tm touch sekali....
best gila la....
boleh dapat award ni....
oh, tamat sudah. kejap, am tiada anak lainkah?
puaka petaka...
award? masih jauh standard nak dapat award ni..
wandai...
ada. tapi malas aku nak ceritakan kat sini...
Tahniah.
Aku suka karya kau.
nana cs..
terima kasih..
harap terus menyokong karya seterusnya..
Overall, cerita ni, mempunyai mesej untuk disampaikan...
Cinta...tak semestinya indah...
Saya jarang jumpa lelaki menulis.
Pernah beli satu novel, penulis lelaki, tak best pun cerita dia. Walaupun cerita agak pendek, tak berapa puas baca, tapi yang paling penting ada mesej yang nak disampaikan.
Good Luck...untuk karya seterusnya.
nice story...
first time jumpa lelaki yg tulis love story...
hehe... salam perkenalan
faratira...
thank you..
harap terus menyokong blog ini..
lily lover..
ya ke? jarang ke lelaki tulis cerita cinta?
ahadiat akashah kan ade?
Post a Comment